Showing posts with label Fitnah. Show all posts
Showing posts with label Fitnah. Show all posts

Wednesday

Doa Akhir dan Awal Muharram


Doa Akhir Tahun
Ini adalah cara membaca doa akhir tahun hijrah. Diibaca 3 kali selepas waktu asar sebelum masuk waktu maghrib akhir bulan zulhijjah.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka

Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ringkasan
Manakala berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan:

Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.

Bacalah doa akhir tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.

Kami telah cuba untuk mencari serta menjejak kesemua fadhilat serta kaedah pembacaan di atas, namun sayangnya hasil pencarian kami tidak membuahkan sebarang hasil. Bukan hanya kitab-kitab hadis sittah, malahan kitab hadis dhaif dan palsu juga telah kami cuba mencarinya namun hasilnya serupa, hampa.

Bukan di situ sahaja usaha kami, bahkan fatwa-fatwa dan sumber dari ulama-ulama luar negara selain nusantara telah kami selongkar, tapi juga tidak membuahkan hasil. Maka kami telah membuat kata putus bahawa semua fadhilat serta kaedah pembacaan yang dinyatakan di atas adalah batil dan tidak sabit pada nas al-Quran dan hadis sahih.

Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari yang beerti:
Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak ada hubungan dengan urusan kita, maka ia tertolak.

Maka di sini telah jelas bahawa barangsiapa yang mengamalkan amalan awal Muharam(Doa Awal dan Akhir Tahun), beriqtikadkan bahawa ia mempunyai kelebihan sepertimana yang digambarkan, apatah lagi mengatakan amalan ini adalah sunnah Rasulullah saw, maka amalannya tertolak. Dan Allah Rasulullah saw juga telah memberi amaran kepada mereka yang berdusta terhadap baginda saw dalam hadis sahih yang bermaksud:
Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka. Hadis Mutawtir

Ibnu Masud pernah berkata yang bermaksud:
Hendaklah anda sekalian mengikuti apa saja yang dibawa oleh Rasulullah saw dan jangan anda mengada-adakan sesuatu yang baru. Sesungguhnya sudah cukup bagi anda sekalian(sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw).

Ibnu Abbas juga pernah berkata:
Hendaklah anda sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah. Ikutilah(apa saja yang disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah anda mengada-adakan sesuatu yang baru.

Kesimpulan

Doa pada asal memang terdapat dalam Islam. Dalilnya cukup banyak. Baik di dalam Al-Quran maupun hadis-hadis sahih. Namun begitu, terdapat juga sesetengah pihak yang menaylahgunakan konsep berdoa itu yang sebenar. Mereka menciptakan waktu-waktu khas yang kononnya mustajab yang tidak sabit dari al-Quran dan hadis, mereka menciptakan fadhilat-fadhilat yang kononnya memberi ganjaran apabila dilakukannya dan bermacam-macam lagi. Kesan dari itu wujudlah sepertimana yang sedang kita bincangkan ini iaitu doa awal dan akhir tahun.

Kami berpendapat adalah tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut. Kerana berdoa memanglah digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah seharusnya dijadikan satu amalan yang dilakukan hanya kerana datangnya tahun baru. Apatah lagi dikaitkan doa tersebut kononnya sabit dari Rasulullah saw. Juga mengatakan dengan membacanya maka akan diperolehlah fadhilat-fadhilat tertentu. Kerana kesemua riwayat yang berkaitan doa awal dan akhir tahun ini adalah batil. Ingatlah pada sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud:
Sesungguhnya benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bidah manakala setiap bidah adalah sesat. Hadis riwayat Muslim

Dalam hadis riwayat An-Nasai pula terdapat tambahan:
..dan setiap kesesatan itu di dalam neraka.

Doa tersebut boleh saja dibaca pada lain-lain waktu. Bukan dikhaskan hanya ada awal dan akhir tahun sahaja.

Beginilah pendapat dan pegangan kami. Sekiranya terdapat sesiapa yang mungkin dapat mengutarakan dalil dari al-Quran dan hadis yang sahih berkaitan amalan ini haraplah berbuat demikian. Kerana sesungguhnya kami hanyalah hamba Allah yang lemah.

Rujukan :



Sunday

Riba


Allah SWT berfirman tentang Riba:

 

padahal Allah telah menghalalkan jual beli
dan mengharamkan riba ( TQS Al-Baqarah 2:275 )

Ayat diatas telah menjelaskan secara terang dan tegas bahwa Allah SWT telah mengharamkan riba.


Permasalahan.

            Pertanyaanya, seringkali bermain dalam fikiran kita. Jika Allah SWT telah mengharamkan riba, mengapa ummat Islam saat ini masih juga memperbuatanannya? Mengapa ummat Islam masih juga mengamalkanya? Bahkan, hampir tidak ada aktiviti ekonomi sekarang ini yang terhindar dari riba.
Jawapannya : Yang paling mudah barangkali adalah mungkin kerana ummat Islam itu belum faham apa yang dimaksud dengan riba.
Ini adalah jawapan yang husnuzon, mencuba untuk berprasangka baik terhadap ummat Islam. Sekarang yang akan kita ungkap adalah: Apa yang dimaksud dengan riba itu?


Apa Yang Dimaksud Dengan Riba?
Kita dapat membaca dari salah satu dari hadis Nabi SAW :
“Setiap pinjam-meminjam yang menghasilkan manfaat adalah riba”
            Adanya manfaat itu bererti adanya tambahan yang diberikan dalam hutang-piutang tersebut. Sebagaimana makna riba secara bahasa adalah ziyadah atau tambahan.
            Sedangkan secara syar’i, makna riba adalah setiap tambahan atau keuntungan yang diambil terhadap suatu pinjaman sebagai imbalan kerana masa menunggu. Riba jenis ini dalam kitap fiqh biasa disebut dengan istilah riba nasi’ah.


Apakah Bunga Sama Dengan Riba?
            Setelah kita memahami penjelasan riba dari berbagai Hadist diatas, maka yang menjadi pertanyaan selanjutnya adalah:
Apakah yang dimaksud riba itu sama dengan bunga seperti yang diperbuatankan sekarang ini?
Jawapannya: Jika kita benar-benar memahami makna riba sebagaimana penjelasan dari hadist diatas,,,
            Maka kita boleh menyimpulkan, yang dimaksud dengan riba itu adalah sama dengan bunga atau anak yang dikenakan pada transaksi hutang-piutang. Oleh kerana itu, kita yakin bahwa dimana-mana akan kita temukan perbuatan riba ini. Dibandar-bandar, dikampung-kampung, hampir tidak ada yang terhindar dari perbuatan riba. Baik perbuatan itu melalui bank, koperasi, mahupun yang dilakukan antara individu. Hampir tidak ada yang terbebas dari perbuatan riba ini.
Setuju?

Bagaimana Selanjutnya?
          
     Sekarang yang menjadi masalah adalah, jika sudah tahu atau faham terhadap makna riba, apakah kemudian ummat Islam mahu segera meninggalkannya? Termasuk saudara sekalian, apakah akan dengan ikhlas untuk segera meninggalkan perbuatan ini?
       Bagaimana? Bersedia atau tidak?
       Wah.. Nampaknya begitu berat sekali ye, untuk menjawabnya?


Mengapa Umat Islam Tetap Tidak Mahu Meninggalkannya?
            Jika ummat sudah tahu dan sudah faham, tetapi mengapa tetap saja tidak mahu meninggalkannya? Mungkin dibenak umat masih memiliki banyak alasan. Barangkali masih ada yang menganggap bahwa riba ini adalah masalah kecil. Walaupun haram dan berdosa, barangkali dosanya hanya kecil saja. Apalagi riba yang diambil tidak banyak, atau ringan, mungkin dianggap tidak berdosa.
Setuju?

Bagaimana Dengan Bunga Yang Kecil?
            Jika ummat Islam masih memahami bahwa bunga atau riba yang kecil itu tidak haram. Maka, kita harus melihat kembali penjelasan dari Hadist diatas, bahwa tidak ada batasan apapun terhadap riba. Iaitu setiap tambahan yang diambil dari proses hutang-piutang, semuanya dianggap sebagai riba. Untuk menjelaskan hal ini, kita dapat melihat kembali ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT. Iaitu, bagi mereka yang ingin bertaubat dari mengambil riba, syaratnya adalah dengan cara mengembalikan pokok hutangnya saja.

Hal itu dapat dilihat pada firman Allah SWT

 
Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.
( TQS Al-Baqarah 2:279 )

            Dari pemahaman ayat di atas, kita mengetahui bahawa tambahan yang diberikan dalam hutang-piutang berapa pun besarnya tetap tidak diperbolehkan. Itulah persyaratan taubat dari mengambil riba yang ditentukan Allah SWT. Bererti besar dan kecil itu tidak ada bezanya, semuanya dianggap riba oleh Allah SWT.


Permasalahanya Bukan Besar Atau Kecil.
            Penjelasan diatas ternyata tetap tidak akan berpengaruh apa-apa terhadap sikap umat Islam. Mengapa?
            Sebab, masalahnya memang tidak disitu. Permasalahanya bukan pada perbezaan bunga kecil atau bunga besar. Permasalahanya kerana umat Islam telah menganggap permasalahan riba itu permasalahan yang kecil atau remeh. Kalaupun dosa, dosanya dianggap kecil saja. Bukan permasalahan yang besar, yang harus ditakuti oleh umat Islam.



Antara Ancaman-Ancaman Tentang RIBA :




Thursday

Kelebihan Anak Membaca Al-Quran


 Muadz Al-Juhani r.a memberitahu, Rasulullah s.a.w bersabda,
“ Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri?   Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud
                Melalui  keberkatan membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungan, kedua ibu bapa si pembaca akan dipakaikan mahkota kemuliaan yang sinarnya dapat melebihi sinar matahari yang sinarnya di dalam rumah kita. Sedangkan matahari itu letaknya sangat jauh dari tempat kita  tetapi cahayanya sangat terang, apalagi jika matahari itu berada dalam rumah kita, pasti sinaranya luar biasa.
                Sedangkan cahaya mahkota yang di pakaikan kepada ibu bapa si pembaca al-Quran adalah lebih terang lagi. Sekiranya ibu bapanya sudah diberi kemuliaan begitu hebat, sudah semestinya si pembacanya sendiri akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda banyaknya. Orang yang menjadikan perantaraan sahaja akan mendapat martabat yang tinggi, apalagi orang yang menjadi penyebabnya. Kedua-dua ibu bapa si pembaca di beri kemuliaan ini kerana mereka sudah melahirkan dan mendidiknya.
                Penekanan, beradanya matahari di rumah kita’ mempunyai maksud yang sangat mendalam. Kecintaan dan kesenangan kepada sesuatu akan bertambah sekiranya sesuatu itu selalu berada di samping kita. Walaupun matahari letaknya sangat jauh, tetapi ia mendatangkan rasa cinta kepadanya, apalagi sekiranya ia berada hampir dengan kita.
                Sebagai tambahan dalam menerangkan sinar mahkota yang disebutkan dalam hadis di atas, iaitu adanya kecintaan dan kepuasan terhadap mahkota itu. Setiap orang mendapatkan manfaat dari cahaya matahari, tetapi  jika ia dapat memberikan manfaat itu kepada seseorang, sudah tentu hal ini merupakan kebanggaan kepada si pemberinya.
Contoh Yang Di Maksudkan
Wallahu a'lam
                Hakim r.a meriwayatkan sebuah hadis dari Buraidah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
 “ Seseorang yang membaca al-Quran dan beramal dengannya, dia akan dipakaikan mahkota yang diperbuat dari nur dan kedua-duanya ibu bapanya akan diberi pakaian yang lebih berharga daripada dunia dan seisinya. Mereka akan berkata, “ Wahai Allah! Mengapa kami diberi pakaian ini? ’’ Allah menjawab, “ Kerana bacaan al-Quran yang dibaca oleh anakmu.
                Dari Ibnu Abbas r.a memberitahu, suatu ketika Jibril a.s turun lalu memberitahu kepada Rasulullah s.a.w bahawa akan terjadi banyak fitnah. Rasulullah s.a.w bertanya,
“ Apakah jalan keluarnya ( agar selamat darinya, wahai Jibril a.s ? ” Jibril a.s menjawab, “ Kitabullah ( al-Quran yang mulia ).” Hadis riwayat oleh Razin
Beramal dengan apa yang terkandung dalam kitab Allah akan menjaga kita daripada fitnah dan keberkataan daripada membacanya juga adalah suatu cara bagi menghindari maksiat.
Waallahu a’lam

Sunday

Carta Dosa



Perbuatan Anda Di Dunia
( Dosa Yang Dibuat )

Anugerah Kepada Anda Di Akhirat
( Siksaan Di Neraka )
1.      Meninggalkan Solat
Ular Saqar Sedang Siap Menunggu Anda
2.      Melewat-Lematkan Solat
Neraka Wail Terganga Untuk Anda
3.      Meringan-Ringankan Syariat Islam
Mendapat Pandangan Murka Daripada Allah
4.      Mengumpat Peribadi Orang
Gunting Neraka Sedang Diasah Untuk Mengguntung Lidah Anda

5.      Menyebabkan Fitnah & Gossip
Duri-Duri Neraka Menanti Anda Di Taman Neraka

6.      Tidak Menjaga Pergaulan Lelaki / Perempuan
Libasan Api Neraka Dijanjikan
7.      Tidak Berakhlak Dengan Manusia
Kemurkaan Allah Bersama Dengan Anda
8.      Menyakiti Hati Orang Dengan Lisan
Allah Mengizinkan Anda Masuk Kedalam Neraka Dengan Mana-Mana Pintu

9.      Meringankan Amanah
Angkatlah Seberkas Kayu Dari Neraka
10.   Bersangka Buruk
Akaun Pahala Anda Zero
(Amalan Baik Anda Diambil Orang)


















Apa Yang Dimaksudkan Dengan Perkara…

1.   Meninggalkan Solat :
     Meninggalkan solat dengan sengaja (tiada alasan untuk kita tidak mengerjakan solat)


2.     Melewat-Lewatkan Solat :
    Menangguhkan solat dengan tanpa alasan kukuh. Solat bukan di awal waktu.Seolah-olah solat   itu remeh. Orang mukmin akan bersolat apabila tiba masuk waktunya. Orang munafik akan menagguh-nangguhkan solatnya.


3.     Meringan-Ringankan Syariat Islam :
     Enggan melaksanakan perintah Allah samaada di dalam dirinya mahupun didalam soal kehidupannya. Contoh : tidak mahu menjalankan hokum HUDUD,Isu RIBA, dan beranggapan Isu AURAT itu tidak penting dll.


4.      Mengumpat Peribadi Orang :
    Suka mencari keburukan diri orang lain. Suka menjatuhkan maruah dan imej orang lain. Suka menaikan diri sendiri. Tiada sebab untuk kita umpat peribadi orang, sedangkan diri sendiri masih belum tahu untung nasib diri masing-masing. Sebelum cari kesalahan orang lain, cerminlah keadaan diri sendiri. Anggaplah diri sendiri lebih hina daripada orang lain.


5.      Menyebabkan Fitnah & Gossip :
   Merekacipta perkara-perkara buruk untukmemfitnah @ menjatuhkan seseorang. Suatu perkara yang tidak berlaku dikatakan berlaku. Atau menokok tambah daripada perkara yang asal agar menjadi suatu isu yang jahat. “Dosa menfitnah itu lebih besar daripada membunuh”.


6.        Tidak Menjaga Pergaulan Lelaki / Perempuan :
     Pergaulan 2 jantina ini seolah-olah tiada had batasan. Lelaki wanita bersalaman, bertepuk tampar, bermain bersama, menjalankan aktiviti sebagainya. Seolah-olah lelaki & wanita tiada lagi bezanya. Sepatutnya pergaulan antara 2 jantina ini ada batasnya.


7.     Tidak Berakhlak Dengan Manusia :
    Mempamerkan akhlak yang buruk kepada kedua orang tua, guru-guru, sahabat handai dan jiran tetangga. Berperilaku dan bercakap kasar serta tiada belas ihsan kepada golongan yang lemah. Dan tidak menghormati antara satu dengan yang lain. 


8.      Menyakiti Hati Orang Dengan Lisan :
     Mengeluarkan kata-kata @ perbuatan yang boleh menyakitkan hati orang disekeliling kita. Kata-kata kesat & memek muka yang tidak manis.


9.      Meringankan  Amanah :
  Sanggup menerima jawatan @ amanah tertentu, tetapi tidak melaksanakan amanah yang diberikan. Tak nak buat keje, malas belajar & ambil ringan terhadap tugas.


10.   Bersangka Buruk :
     Berburuk sangka kepada golongan mukmin. Menganggap orang lain lebih teruk dari diri sendiri. Ego & penyakit hati yang banyak di dalam diri.

ANA berpesan kepada diri ANA sendiri dan juga kepada AKHI & UKHTI di luar sana, supaya selalulah bermuhasabah diri untuk kebaikan Di Dunia dan Di Akhirat kelak.
Insya’allah, Jazakallah Khairan… Ana An-Nuayman Ibn Amru.

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏