Ayahnya yang Berubah Menjadi Himar
...alam
terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama
zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk
menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik
membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda
tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi.
“Hai saudara,” tegur Abdullah kepada
pemuda tersebut. “Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak
membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat
saudara asyik membaca selawat saja.”
Wajah Mayat Bertukar Jadi Himar.
“Saya ada alasan tersendiri,” jawab
pemuda itu. “Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji
bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit
kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan
kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka
semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu.
Bagaimana saya mahu memberitahu orang ramai tentang kematian ayah saya
sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali?
“Saya terduduk di sisi mayat ayah
saya dalam keadaan kebingungan. Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam
mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda
itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya
dan berkata, “Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?”
“Maka saya menjawab, “Bagaimana saya
tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?”
“Pemuda itu pun mendekati ayah saya
dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti
sediakala. Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya
seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama.
“Engkau
siapa?” tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu.
“Saya
yang terpilih (Muhammad).”
“Saya
lantas memegang jarinya dan berkata, “Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa
peristiwa ini boleh berlaku?”
Rahsia selawat 100 kali
“Sebenarnya ayahmu seorang pemakan
harta riba. Allah telah
menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi
himar di dunia dan di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan
tidak di akhirat.
“Semasa hayatnya juga ayahmu seorang
yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka
ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan
ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku
memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula
keadaan ayahmu.”
Wallahu’alam.
Dipetik
Dari Buku: 2002 Memori - Kumpulan Cerita Ajaib, Aneh & Mencuit Hati
Pengarang:
Abu Hikmah Al Husni