Showing posts with label Tengok rama-rama teringat wanita. Show all posts
Showing posts with label Tengok rama-rama teringat wanita. Show all posts

Friday

Perlukah Bersebab Untuk Bercinta?


Perlukah Bersebab Untuk Bercinta?
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka:

Isteri    : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami  : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri    : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakana abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami  : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri    : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman. Lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang  sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu.  Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

 Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.


Selang Beberapa Hari.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.


Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

 "Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Monday

Secebis Nasihat Untuk Wanita



Untuk Membentuk Bibir Yang Menawan
Ucapkan Kata2 Kebaikan
Untuk Mendapatkan Mata Yang Indah
Carilah Kebaikan Pada Setiap Orang Yang Dijumpai

Untuk Mendapatkan Badan Yang Langsing
Berkongsilah Makanan Dengan Mereka Yang Kelaparan
Untuk Mendapatkan Rambut Yang Indah
Mintalah Sikecil Untuk Menyisir Dengan Jemarinya
Setiap Hari

Untuk Mendapatkan Susuk Tubuh Yang Indah
Berjalanlah Dengan Segala Ilmu Pengetahuan
Dan Engkau Tidak Akan Pernah Berjalan Sendirian
Manusia Jauh Melebihi Segala Ciptaan Yang Lain
Perlu Senantiasa Diubah Diperbaharui,
Di Bentuk Kembali Dan Diampuni

Jadi, Janganlah Ketepikan Seseorang Dari Hatimu,
Apabila Engkau Sudah Melakukan Semuanya Itu,
Maka Ingatlah Sentiasa,
Jika Suatu Ketika Engkau Memerlukan Pertolongan
Akan Sentiasa Ada Tangan Yang Terhulur


Dan Dengan Bertambahnya Usiamu
Engkau Akan Semakin Mensyukuri Nikmat Diberi Dua Tangan
Satu Untuk Menolong Dirimu Sendiri
Dan Satu Lagi Untuk Menolong Insan Lain

Kecantikan Wanita Bukan Terletak Pada  Pakaian Yang Dipakainya
Bukan Pada Tubuhnya, Atau Pada Cara Dia Menyisir Rambutnya
Kecantikan Wanita Ada Pada Matanya,
Cara Dia Memandang Dunia
Kerana Matanyalah Terletak Gerbang Menuju Ke Setiap Hati Manusia
Dimana Cinta Dapat Berkembang

Kecantikan Wanita Bukan Pada Kehalusan Wajahnya,
Tetapi Kecantikan Yang Murni Terpancar Pada Jiwanya,
Yang Penuh Dengan Kasih,
Memberikan Perhatian Dan Cinta
Dan Kecantikan Itu Akan Sentiasa Tumbuh Sepanjang Waktu
Kerana Cintanya Pada Tuhannya Tidak Pernah Padam...



 Kaum Hawa Lebih Cantik Bila Imannya Dan Ilmunya
Di Bawa Oleh  Mereka Bersama-sama

Friday

Tengok Rama-rama Teringat Wanita



Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
         Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihatlah apa yang melekat di jari anda. Warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi.
            Begitulah tamsilan, rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan yang hinggap di tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tak luak, tetapi Harga Diri dan maruahnya telah mula tercemar.
            Begitulah wanita, ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak akan dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya, Harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
            Rama- rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar dari kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong, tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ai lebih di benci.
            Sulit untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenangkanlah kehidupan yang serba susah sebelum itu.  Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu oleh sang lelaki kebaret, usah terlalu mudah untuk menyerah dan diratah. Ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa anda.
            Hak anda adalah memelihara kehormatan diri. Selama-mana maruah anda berada pada taraf A1, sebaik saja anda tidak peduli kepada sesiapa saja maruah itu hendak diberikan, boyfriend yang bertukar-tukar ganti, lepas satu-satu, anda sebenarnya telah kehilangan masa depan. Namun anda cuba nafi dan sembunyikan pada diri anda sendiri.
            Kalaulah rama-rama tahu dan sedar ia sentiasa memukau penglihatan manusia, ia tentu tidak akan bebas sebebasnya untuk terbang ke sana ke mari. Sebab setiap kali ia bebas untuk keluar kemana saja yang ia suka, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun, rama-rama tidak pernah tahu itu. Jesteru, jika anda tidak pernah tahu, kewanitaan  anda itu adalah sasaran terpenting, keutamaan sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
            Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki, semakin mahal nilai anda di sisi seorang lelaki yang budiman berbanding sesorang lelaki yang cacamerba. Lelaki perosak hanya inginkan keseronokan, kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia, bertanggungjawab apatah lagi memelihara dan melindungi anda.
            Usah terperangkap ke dalam tangan yang akan meleraikan warna-warna anda. Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri..anda akan lebih di hormati.
            Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas.
            Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.


Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏