Wednesday

Syafaat Untuk Kedua Ibu Bapa



Abi Qalabah r.a. menceritakan tentang mimpinya yang pada suatu malam ia melihat satu kawasan kubur  telah terbongkar lalu keluarlah mayat-mayatnya. Pada setiap mayat terdapat cahaya nur di wajah masing-masing kecuali satu mayat dari jiran tetanggannya. Bertanya Abi Qalabah, “Kenapa dengan wajahmu ?” Jawab mayat itu, “Cahaya nur yang terdapat pada wajah mayat-mayat itu kerana mereka memiliki anak yang soleh dan tidak lupa mendoakan kesejahteraan buat ibu bapa mereka serta sentiasa melakukan amal jariah.
                Aku ada seorang anak tetapi tidak pernah sekalipun ia mendoakan untukku dan tidak pernah melakukan amal soleh buatku. Aku amat sedih dala hal ini dan terasa amat malu dengan jiran-jiranku di sini.” Bila tersedar mimpi Abi Qalabah segera memanggil anak lelaki ini dan menceritakan segala mimpinya itu. Anak lelaki ini mengakui akan kebenaran mimpi itu dan mula menyedari akan kesilapan serta kelalaiannya yang telah ia lakukan selama ini.
                Lalu di depan Abi Qalabah juga ia melafazkan taubatnya dan menginsafi perbuatan lama serta berjanji  akan melakukan amal soleh dan amal jariah buat ayahnya. Setelah sekian lama masa berlalu, Abi Qalabah bermimpi lagi dengan mimpi yang sama. Tetapi kali ini ia melihat pada wajah mayat lelaki itu telah berubah, terdapat cahaya nur pada wajahnya malah lebih terang dari mayat-mayat lain. Kata lelaki ini, “Wahai Abi Qalabah, Aku patut berterima kasih padamu dan semoga Allah sahajalah yang dapat membalas kebaikanmu. Nasihatmu itu telah mententeramkan aku dari malu terhadap jiranku.”
Waallahua’lam

Malaikat Bersama Majlis



Sabda Rasulullah s.a.w., “Allah S.W.T. telah menugaskan para malaikatNya untuk mencari majlis zikir di bumi. Bila menjumpainya mereka akan duduk bersama dengan mereka yang berzikir serta memanggil  pula malaikat-malaikat yang lain dengan menghamparkan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara langit dan bumi. Serta majlis itu selesai para malaikat pun naik ke langit lalu ditanya oleh Allah, “Dari manakah kamu semua?” Jawab malaikat, “Kami baru balik dari memeriksa hambaMu di bumi, mereka telah bertasbih, bertahlil dan bertahmid kepadaMu.
                Mereka juga memohon agar memperolehi tempat di syurgaMu kelak,” Firman Allah, “Pernahkah mereka ini melihat akan syurgaKu! Mereka memohon syurga padahal mereka tidak pernah melihatnya dan apatah lagi jika mereka dapat melihatnya.” Tambah malaikat, “hambaMu juga memohon agar dibebaskan dari neraka jahanam.” Firman Allah, “Pernahkah mereka ini melihat akan nerakaKu! Mereka memohon agar dijauhi dari neraka jahanam padahal mereka belum melihatnya, bagaimana perasaan mereka jika melihatnya.” Berkata malaikat lagi, HambaMu di bumi juga telah memohon keampunan dariMu.”
                Allah lalu berfirman, “Dengarlah wahai para malaikatKu! Aku akan mengampuni mereka dan memperkenankan terhadap apa yang mereka minta dan membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takuti itu.” Tambah malaikat. “Ya Allah! Di dalam majlis itu terdapat seorang hambaMu yang penuh dengan amalan dosa, ia hanya melalui majlis itu lalu singgah dan duduk bersama mereka yang berzikir.” Jawab Allah, “Orang itu pun turut Aku ampuni, begitulah kepada setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir tidak ada yang sia-sia.”
Waallahua’lam

Pedihnya Sakaratul Maut



Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda katanya, “Apabila telah tiba kiamat kelak maka diperintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan sangkakala sebanyak 3 kali. Tiupan pertama sebagai peringatan, tiupan kedua untuk mematikan semua makhluk yang ada di bumi ini dan tiupan ketiga untuk menghidupkan kembali  semua umat, bermula dari umat Nabi Adam hinggalah kepada umat Nabi Muhammad. Setelah semuanya mati maka tinggallah Malaikat Jibril a.s., Mikail a.s, Israfil a.s. dan Hamalatul Arsy.
                Allah lalu memerintahkan Malaikat Maut ( Izrail a.s. ) mencabut semua nyawa malaikatnya. Maka Allah bertanya, “Wahai Izrail ! Siapa yang masih tinggal ?” Jawab Izrail, “Engkau ya Allah, zat yang Maha Hidup dan tidak akan mati untuk selama-lamanya, yang tinggal hanyalah aku seorang, hamba yang lemah dan tak berdaya.” Lalu Allah berfirman, “Wahai Izrail ! Tidakkah engkau tahu, setiap yang bernyawa itu akan merasai mati, Aku jadikan engkau untuk melaksanakan tugasanmu dan kau juga harus mati.”
                Maka pergilah Izrail ke suatu tempat diantara syurga dan neraka ( menurut sebahagian riwayat ) untuk mencabut nyawanya sendiri. Apabila rohnya dicabut maka terjerit terlolonglah Malaikat Izrail seperti orang gila yang tidak keruan. Andaikata masih ada makhluk Allah di muka bumi waktu itu nescaya akan mati semuanya kerana mendengar jeritan yang amat dahsyat. Berkata Malaikat Izrail a.s., “Kalaulah begini kesakitan semasa mencabut nyawa, sudah tentu ketika mencabut roh orang-orang mukmin aku akan cabut dengan cara yang paling lembut sekali.”
Waallahua’lam

Akhirat Adalah Kehidupan Kita



Di ceritakan bahawa ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk memukat ikan. Apabila melabuhkan pukat maka si kafir ini pun menyebut nama Tuhan berhala dan hasilnya ia telah mendapat tangkapan yang banyak. Berlainan pula dengan nelayan yang mukmin ini, bila ia melabuhkan pukatnya maka ia pun menyebutkan nama Allah dan hasilnya tidak ada seekor ikan pun yang tersangkut kedalam pukatnya sekalipun ia telah memukat dari pagi hingga ke senja.
                Maka pulanglah orang mukmin ini dengan tidak membawa sebarang tangkapan pun namun ia tetap bersabar serta reda dengan apa yang telah Allah takdirkan. Sedangkan nelayan kafir ini telah membawa pulang bersamanya berbakul-bakul ikan. Melihat akan hal ini maka malaikat yang bersama nelayan mukmin merasa simpati di atas nasibnya maka ia pun naik ke langit dan mengadu pada Allah.
                Allah lalu memperlihatkan kepada malaikat tempat yang telah disediakan olehNya kepada nelayan mukmin tersebut iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat, “Demi Allah sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika ia telah mendapat tempat di syurga Allah.” Setelah itu Allah menunjukkan pula tempat si nelayan kafir kepada malaikat. Berkata malaikat, “Alangkah malangnya nasib si kafir, sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah ke neraka jahanam juga.”


Waallahua’lam

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏