Sunday

Niat Puasa



Ada yang dah lupa ke lafaz niat puasa? Mentang-mentang puasa sebulan setahun. Kita tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
Lafaz Niat Ringkas
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Lengkap
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Sebenarnya, bangun untuk bersahur sudah dikira sebagai niat puasa.
Lafaz Niat Untuk Sebulan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Ragam Ramadhan


وَبَرَكَاتُهُ للهِا وَرَحْمَةُ عَلَيْكُمْ السَّلاَمُ…

KiTa Sekarang telah berada di dalam bulan Ramadhan…Bulan Penghulu segala Bulan..Bulan Rahmat…Bulan diturunkan Al-Quran…Bulan yang di dalam nya terdapat malam Yang lebih Baik daripada 1000 bulan beribadah…Inilah bUlan Ramadhan yang merupakan Bonus kepada uMat IsLam…
Jadi Di Atas kertas yang sempit ini Ana nak berkongsi 2 GoLongan Yang Wujud ketika saat Ramadhan MenjelanG…
1.Golongan Pertama.
Golongan yang merasa gembira dan bersyukur dengan kehadiran bulan Ramadhan . Mereka sentiasa bersedia untuk bertemu dengan Ramadhan, bahkan mereka merasa tidak sabar untuk memasukinya. Doa sentiasa dipanjatkan untuk sampai ke bulan yang dirindui. Bulan yang agung, bulan yang mulia. Supaya mereka boleh melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya dengan penuh barakah yang dipunyai oleh Ramadhan. Mereka ini adalah golongan yang mengikuti jejak Rasulullah s.a.w. dan Salaful Soleh dari kalangan sahabat dan tabiin.
Dari Anas r.a. : Bahawa Rasulullah s.a.w. telah berdoa agar berjaya sampai ke bulan Ramadhan, apabila tiba bulan Rejab, Rasulullah berdoa :
اللهم بارك لنا في رجب و شعبان و بلغنا رمضان                            
Ya Allah.. Berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikanlah kami dengan Ramadhan.

2. Golongan kedua
Mempunyai ragam yang amat berbeza. Mereka tidak bergembira dengan ketibaan Ramadhan, bahkan tidak bersedia menanti kehadiran Ramadhan. Apabila tiba bulan Ramadhan, mereka berpuasa dan ada juga dikalangan mereka yang Qiyam. Namun ia hanyalah amalan sementara. Mereka membilang hari-hari  yang telah berlalu, lantas bergembira dengan perkara itu. Mereka menjadikan bulan Ramadhan seolah tetamu yang  tidak dijemput, mereka menanti berlalu bulan tersebut, Hari Raya seumpama hari kemerdekaan buat mereka!
Hari-hari yang berlalu di bulan Ramadhan dirasakan begitu lambat dan perlahan. Hari pertama berpuasa dirasakan seolah telah berpuasa sebulan penuh. Setelah berbuka mereka membilang kalender lalu berkata: Ramadhan berbaki seminggu, sehari dan esok!
Tuntasnya, marilah kita berdoa semoga kita termasuk dalam golongan yang bergembira dengan kehadiran Ramadhan. Supaya kita dapat berpuasa dan qiyam pada bulan tersebut dengan penuh keyakinan, keikhlasan dan ketaqwaan sepertimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat radhiallahu anhum . Semoga kita tergolong dalam golongan mereka  yang soleh. Amin.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sekiranya manusia mengetahui apa yang ada pada bulan Ramadhan, pastinya umat aku akan berharap supaya sepanjang tahun adalah bulan Ramadhan."
Jadi Adakah Antum semua yang membaca artikel ini berada di kalangan golongan yang pertama ataupun yang kedua...?? Bagi Antum yang berada di Malaysia sebuah negara yang boleh dikatakan aman pada kulitnya...tentu ada di kalangan Antum telah berfikir untuk menempah baju raya dan warna apa betul tak...? Bagi yang terkejar-kejar dengan kelazatan juadah berbuka puasa tentu Antum Semua ada yang merancang Untuk membeli makanan di Bazar Ramadhan mengikut Selera Nafsu Antum...Bagi yang sukakan hiburan tentu ada yang berfikir untuk menyelongkar “Folder” lagu Raya Koleksi Antum yang berdebu itu...
Bagi Yang Ingkar Dan Kufur dengan perintah berpuasa Ramadhan sudah tentu golongan ini sudah “mensasarkan” kedai makan yang manakah mereka perlu mereka pergi bagi Melanggar Hukum Allah, ini...kan...?? Bagi Yang segan-segan dan berlagak beriman Juadah “Mee Segera” sudah cukup bagi mereka membelakangi perintah Allah...
            Inilah realiti keadaan ketika Ramadhan sedang berlabuh di muka Bumi dunia...sudah lupakah Antum Semua Adik dan saudara Islam Kita di Timur Tengah terutamanya terpaksa menahan lapar Tapi kita di sini Enak Dengan “Ayam Golek” yang baru di beli di Bazar Ramadhan...Lupakah Antum semua Anak Kecil yang sejukan kerana Tidak Cukup pakaian Di luar sana...??Lupakan Antum Semua dengan Bunyi Bedilan Senjata api yang menjadi Lagu Raya Saudara Kita di Palestin...?? Ataupun Antum Buta tidak nampak Golongan Tua yang fizikal nya lemah mampu berpuasa Tetapi Antum Yang bertubuh sasa yang merupakan ahli sukan tetapi dengan suka hati tidak berpuasa...
Bagi merasakan Dirinya berada di dalam kalangan golongan yang pertama Haruslah BerSyukur.....
Bagi Yang “TAK SENGAJA” merasakan dirinya berada di kalangan GoLonGan Yang KeDua Cepat-Cepat Lah Anta Mengubah Paradigma diri Anda...
Wallahu A’Lam...

Saturday

Alasan BangangNalisme Mengelak Solat


Pernah tak ajak adik-beradik atau kawan-kawan korang untuk tunaikan solat? Tanggungjawab kita bukan saja tunaikan solat, tapi menjadi tanggungjawab kita untuk ajak saudara seislam kita untuk tunaikan solat, lebih-lebih lagi solat berjamaah.

Tapi entah kenapa, paling lama pun 15 minit je untuk tunaikan solat, ramai yang mengelat. Main bola terkejar-kejar atas padang boleh pulak? Ayat-ayat kat bawah ni, mungkin korang biasa dengar...

1. "Gi dulu... Gi dulu..."
Ini ayat rasmi untuk orang yang mengelat solat. Kononnya suruh kita pergi dulu, nanti dia datang. Tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul jugak.

2. "Aku pakai seluar pendek ni... Mana boleh solat"
Dah ko pakai seluar pendek tu, sapa suruh? Sapa suruh dedahkan aurat? Aurat lelaki (antara pusat hingga lutut) adalah dalam semua keadaan, kecuali bersama isteri tau tak? Dedah aurat boleh, solat tak boleh pulak. Pelik... pelik...

3. "Aku berpeluh ni..."
Mak aihhh... berpeluh punya pasal, tak nak solat? Peluh tu najis ke, bang? Lainlah peluh yang ko keluarkan tu, keluar air kencing.

4. "Baju aku kotor..."
Baju kotor, boleh solat lagi. Kotor tu bukannya najis, cuma lebih baik berpakain kemas dan bersih untuk menghadap Allah. Tapi lebih baik solat dalam berpakaian kotor daripada terus tinggalkan solat. Ye dak?

5. "Tunggu aku habis main game jap..."
Nanti ko main game dengan Mungkar dan Nakir ye?

6. "Sibuk kerja... Tak sempat"
Kerja berjam-jam boleh. Nak solat, 15 minit tak boleh. Sedarlah, rezeki tu, Allah yang bagi. Bila-bila je Dia boleh tarik. Syirik kalau kita yakin kerja yang bagi kita rezeki!

7. "Nantilah aku solat"
Ada orang yang ingatkan kita solat pun kita boleh nak tangguh-tangguh. Kalau takde orang yang ingatkan, lagilah teruk. Dengan manusia, kita nak tepati masa. Tapi, dengan Allah, kita buat acuh tak acuh je. Tapi, bab nak solat di awal waktu ni memang payah. Nilainya begitu mahal. Beruntung kita kalau kita dapat jaga solat 5 waktu di awal waktu.




Solatlah Walau Pahit Macam Mana Pun


*****


Tajuk Entry Sentap Sikit. Sebab Kadang-Kala Perlu Sentap-Menyentap Sikit Golongan Macam iNi. Peringatan Untuk Diri Sendiri Juga...

Monday

Seruan Khilafah Di Surau Adtec Kulim, Kedah



Assalamualaikum.. Disini Ana ingin berkongsikan aktiviti-aktiviti ana kepada antum semua tentang perlaksanaan “ PALESTINE.. JALAN PENYELESAIAN & KEBANGKITAN KHILAFAH SEBAGAI PENYELAMAT UMAT” di Surau Adtec Kulim, Kedah.

Alhamdulillah dengan limpah rahmatnya, pelaksanaan ini Berjaya dengan izin Allah Yang Maha Esa dan Ana bersyukur program ini di setujui oleh Pihak Adtec kerana membenarkan Syabab-Syabab HTM di undang sebagai penceramah.
Aktiviti ini merangkumi pelbagai aspek, antaranya ialah tayangan ILAMATA ( Sampai Bila ), Pameran-pameran tentang Artikel Sirah Nabi Dan sedikit jualan.

Pameran
Slot Slide Show

Jualan

Pengerusi Majlis

Syabab-Syabab Sebagai Penceramah
Muslimin & Muslimah Adtec Kulim
Kelibat pelajar menyertai program
Kemeriahan Di Dalam Surau

Bersama Rakan Seperjuangan

Bersama Naib Pengerusi Surau


Kerjasama Antara Pelajar


Dan Ana tidak lupa juga kepada Presiden MPP Adtec Kulim, Ajk Surau Dan Sahabat-sahabat yang lain yang membantu kami tidak kira lapisan agama yang menjayakan program ini buat julung kali pertamanya secara terbuka dan besar-besaran di sini. Sekali lagi Ana Ucapakan Ribuan Terima Kasih Kepada Mereka. 
Penerimaan Cenderahati



Bersama Presiden Pelajar dan Penceramah Ustz. Wazir



Saturday

Qunut Nazilah Senjata Mu'min


(klik untuk lebih jelas)

Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.
Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.
Dari Abu Hurairah RA :"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).  
 
1. Mazhab Hanafiah: 
    Tidak disyariatkan bacaan qunut pada Solat Fajar dan solat lima waktu,    
    melainkan pada solat witir.

2. Mazhab Hanabilah (hambali): 
    Bacaan doa qunut nazilah pada Solat Fajar sahaja.

3. Adapun Mazhab Syafie, Maliki dan sebahagian ulama’ lain: 
    Disunatkan membaca qunut nazilah pada solat lima waktu dan juga pada 
    Solat Fajar.


Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita kaum muslimin dimana saja berada, khususnya yang sedang terkena ancaman, penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah. 

Inilah Doa Qunut Nazilah,rumi(Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab) ;
Allahumma inna naj’aluka fii nuhuri a’ada ina wa nauzubilLahi min syuruurihim, Allahumma badid syamlahum, wa farriq jam’ahum, wa syattits kalimatahum, wa zalzil aqdaamahum, wa sallidt ‘alaihim kalban min kilabik Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim, Ya Allah ,Ya Allah, Ya Allah.
Allahumma ya munzilal kitab, wa Ya mujriassahaab, wa Ya hazimal Ahzab ihzimhum, wansurna alaihim. Amiin.



Ertinya:
"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin, Perbaikilah keadaan mereka, Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuhMu, dan musuh-musuh mereka Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,
Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka, Hancur leburkan kekuatan mereka, Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa..
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"

Ingatlah Senjata Orang Mukmin Itu Adalah Doa Yang Sememangnya Lebih Tajam Daripada Mata Pedang
 -JANJI ALLAH PASTI BERLAKU-

Friday

Mukjizat Di Sebalik BISMILLAH


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.." (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya..

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya..

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Andai Bidadari Berbicara...


Satu kisah di dalam syurga..... 
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."

Si adik tidak berpuas hati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. 
Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih x puas hati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun
adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri."Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...
 

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan...
  Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir.

Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya.

Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit.Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga?

Wallahu'alam.

Sembilan Jenis Anak Syaitan


1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.



2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat . contuh: disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

TAMBAHAN..............


10.Ngkor ;
Merupakan orang suka duduk di depan komputer…membaca email,melayari facebook dan bermain game ping-pong dan lain-lain….. (@_-)..
( kawan bergurau je ye….)






Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏