Wednesday

Bolehkah Hukum Atau Undang-Undang Allah S.w.t Diubah…!!!



Undang-Undang Islam Lebih Agung daripada Undang-undang lain dan TIDAK BOLEH DIPINDA TAPI . Di dalam Demokrasi Undang-undang Allah boleh di UBAH . Sistem ini tidak berasal daripada Dunia ISLAM . Negara yang mengamalkan demokrasi mempunyai autoriti untuk menggubal undang-undang dan undang-undang negara adalah undang-undang tertinggi.
                Allah SWT telah menetapkan sesuatu itu HARAM TETAPI Negara mempunyai autoriti yang boleh mengubahnya menjadikan ia HALAL. Apabila kita mengakui bahawa undang-undang negara adalah undang-undang tertinggi maka kita telah SYIRIK.
1.              Apabila kita mengakui Artikel 24 & 25 di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa Autoriti Majlis Keselamatan PBB mempunyai kuasa tertinggi di dunia maka kita telah SYIRIK.

2.              Apabila kita mengakui bahawa undang-undang negara sekular adalah undang-undang tertinggi itu adalah SYIRIK.

3.             Apabila mereka mengHalalkan apa yang diHaramkan Oleh ALLAH, MengHaramkan apa yaang diHalalkan Oleh Allah, Itu adalah SYIRIK.


Surah At-Taubah ayat 31 (Sila Rujuk sendiri di dalam Al-Quran)
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai  tuhan selain Allah** dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan  (yang berhak disembah) selain Dia.
Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan penerangan ayat** Maksudnya: Mereka mematuhi ajaran-ajaran orang-orang alim dan rahib-rahib mereka dengan membabi buta, biarpun orang-orang alim dan rahib-rahib  itu menyuruh membuat maksiat atau mengharamkan yang halal.

Adi bin Hatim datang kepada NABI MUHAMMAD SAW dan berkata:
WAhai Pesuruh ALLAH orang Nasrani tidak menyembah Paderi mereka dan Orang Yahudi tidak juga menyembah Rahib mereka, bagaimana Allah berkata begitu.
Nabi SAW menjawab:
“Tidakkah mereka itu menghalalkan bagi mereka apa yang telah diharamkan (oleh Allah) dan mengharamkan apa yang telah dihalalkan?, dan Adi berkata, ‘ya’, maka Rasulullah berkata, ‘Maka mereka itu telah menyembah (rahib dan pendeta) mereka”
Imam Asy-Syaukani dalam tafsirnya menyatakan bahawa, “Sesungguhnya mereka mentaati para pendeta /rahib mereka terhadap perintah  dan larangan mereka. Para pendeta/rahib itu diletakkan pada kedudukan sebagai 'tuhan-tuhan' kerana mereka ditaati sebagaimana tuhan ditaati.”
(Asy-Syaukani, II/452).

Soalan???
Persoalannya jika pendeta dan paderi telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah itu adalah SYIRIK. MAKA jika kerajaan/negara melakukan perkara yang sama bukankah ia SYIRIK..????
               
                Jadi Apa yang Barat buat ialah dengan melancarkan serangan filosofi dan politik  sebelum serangan ketenteraan bagi menggantikan SISTEM KHILAFAH, kemudian mereka akan menghantar ejen-ejen mereka (Al-Jasasah (pengintip) di dalam  hadis Tamim Ad-Dahri) ke Istanbul bagi menyusup masuk bagi menyebarkan fahaman yang bakal menjatuhkan SISTEM KHILAFAH dengan menyebarkan dakwah Fahaman politik Sekular.


Demokrasi.
                SHAYKH ANWAR AL-AWLAKI menyebut dalam seminarnya berkenaan Buku Bertajuk Civil Democratic Islam: Partners, Resources, Strategies ini adalah kajian CIA yang dikeluarkan melalui agensi dibawahnya National Security Research Division (RAND).
                Sememangnyaa RAND telah sekelian lama menjalankan kajian terhadap umat Islam dan  merupakan think tank bagi tindakan strategic US terutama bagi menghadapi kebangkitan Islam. Buku Civil Democratic Islam (CDI) ini boleh saya katakan antara kertas kerja yang paling progresif pernah dikeluarkan oleh RAND.
                Ini bagi memudahkan mereka menentukan siapakah musuh mereka yang sebenar bagi  memudahkan mereka menghantar kekuatan tentera Jadi kata sewajipnya kita bersatu bagi menghadapi serangan ini.

Antara isi kandungannya:
                Siapakah Golongan Moderate Muslim Ataupun Tidak. Secara ringkasnya  Golongan modenis ini mereka mahu melihat Islam menjadi sebahagian dari kemajuan global. Mereka memberi nafas Islam bagi nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, perekonomian dan nilai-nilai lain.
Ia merujuk kepada sesetengah ulama’ dan pemikir Islam hari ini. Golongan lain ialah :
1.          Golongan tradisionalis yang lebih menumpukan soal kerohanian dan keilmuan dan golongan sekular yang menerima pemikiran Barat sepenuhnya.

2.             Golongan yang menjadi musuh utama mereka ialah Golongan Fundamentalis. Yang sama sekali menolak semua bentuk acuan yang dibawa oleh Barat seperti Demokrasi, Hak Asasi Manusia,Common Law,Kapitalisme dsb. Mereka ini adalah gerakan-gerakan jihad serta bercita-cita untuk mendirikan semula Khilafah. Mereka ini dilabel sebagai Terroris/Pengganas. Mahupun Musuh-Musuh islam telah memecahkan kita kepada beberapa golongan bukanlah kita tidak boleh bersatu.

Strategi Musuh Islam Ialah PECAH & PERINTAH.
                Maka Strategi kita ialah BERSATU & PERINTAH. Ingatlah apa yang benar-benar ditakuti oleh Musuh ISLAM ialah mereka yang menolak secara keseluruhan segala bentuk pemikiran yang dibawa  oleh mereka dan ikhlas dalam mendirikan semula KHILAFAH.


Firman Allah bagi orang yang berakal:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (TQS. Ali ‘Imran 3:190 )
WA'ALLAHU A'LAM

Kebesaran Solat Sunat 2 Rakaat



Dari Rasulullah s.a.w. menceritakan bersabda, “Setelah Allah selesai menciptakan Jibril a.s. dalam bentuk yang cantik dan bersamanya juga dengan 600 sayap yang panjangnya dari Timur ke Barat, maka bertanyalah Jibril a.s. kepada Allah, “Adakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik dari aku? “ Firman Allah, “Tidak.” Lalu Jibril a.s. bangun untuk solat sunnat 2 rakaat kerana bersyukur kepada Allah. Setiap rakaat lamanya 20,000 tahun.
                Bila Jibril selesai solat Allah pun berfirman, “Engkau telah menyembah Aku dengan bersungguh-sungguh dan tiada siapa yang pernah menyembah Aku sepertimu itu tetapi aka nada seorang nabi yang mulia akhir zaman nanti namanya “Muhammad”. Umatnya sering melakukan dosa tetapi jika mereka mengerjakan solat sunat 2 rakaat maka demi keagonganKu solat mereka itu lebih aku sukai dari solatmu. Mereka menunaikan solat di atas perintahKu sedangkan solatmu itu bukanlah dari perintahKu.” Jibril a.s. bertanya lagi, “Apakah yang telah Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai balasannya? “Firman Allah, “Aku berikan mereka Syurga Ma’wa.”
                Lalu jibril meminta izin dari Allah untuk pergi melihat syurga itu. Setelah diizinkan ia pun pergi dengan mengembangkan sayap yang besar dan menempuh perjalanan selama 300 tahun. Setelah penat Jibril pun rehat untuk seketika lalu bertanya kepada Allah, “Apakah aku sudah sampai separuh jalan atau sepertiga atau seperempat? “Firman Allah, “Wahai Jibril ! Jika engkau selama 3000 tahun lagi pun engkau tidak akan sampai pada 1/10, itulah syurga Ma’wa yang Aku sediakan untuk Umat Muhammad yang mengerjakan solat sunat dua rakaat.”
Waallahua’lam

Hati Hitam Syaitan



Seorang saudagar yang soleh lagi kaya telah menyuruh seorang hamba untuk menjaga kambing-kambingnya. Setiap hari sihamba ini akan membawa kambing ke padang ragut dan memasukan semula ke kandang bila hari telah malam. Suatu hari bila kambing ini pulang, saudagar melihat ada seekor kambing yang kakinya telah hilang satu. Ini menyebabkan kambing itu berjalan terhenjut-henjut. Timbul-lah perasaan kasihan pada hati saudagar soleh serta bercampur kehairanan. Lalu ia bertanya, “Angkara siapakah ini ?”
                Jawab sihamba, “Saya yang membuatnya menjadi begitu.” Mendengar pengakuan sihamba ini maka beristifarlah saudagar lalu berkata, “Mengapa engkau sanggup melakukan seperti ini, bagaimana pula jika ia berlaku pada kakimu,tidakkah kamu menaruh perasaan kasihan padanya?” Balas sihamba, “Saja untuk suka-suka dan aku ingin melihat engkau marah.” “Baiklah, sekarang aku akan membuat syaitan yang menghasutmu melakukan seperti itu menjadi sakit hati.” Kata sisoleh. “Membuat hati syaitan sakit tetapi bagaimana?” Tanya sihamba.
                “Mulai sekarang engkau aku merdekakan semata-mata kerana Allah Ta’ala, pergilah kemana engkau suka.” Kata sisoleh.bukan main girang hati sihamba bila tindakkanya untuk menyakitkan hati tuannya tidak berhasil sebaliknya menjadikan dirinya pula dimerdekakan. Siapakah yang sakit hati dalam peristiwa ini?
Waallahua’lam

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏