Showing posts with label Munafik. Show all posts
Showing posts with label Munafik. Show all posts

Wednesday

Kisah Kain Batik Dan Kain Kafan


Sebuah kedai kain yang sangat terkenal mendapat pesanan kain BATIK dan kain KAFAN pada hari yang sama. Kain BATIK telah dipesan oleh Seorang Pejabat Negara dan kain KAFAN yang telah dipesan oleh keluarga seorang Alim Ulama yang soleh dan menjadi teladan untuk masyarakat.

Sebelum kain-kain tersebut dibawa oleh pemesannya, terjadilah percakapan antara kain KAFAN dan kain BATIK...



BATIK: “Hey….kain mayat. Selamat tinggal ya?! Sebentar lagi kamu mau masuk ke kubur. Ha…ha….ha….”

KAFAN: “Ya….terimaksih saudaraku sudah memberikan selamat untukku.”

BATIK: “Kasihan ya nasibmu. Kain murahan, dipakai buat bangkai manusia pula. Aku pula kainnya mahal, ada corak, boleh dibangga bersama-sama yang sesiapa, apalagi ia menjadi rebutan Seluruh di Negara Asia . Ha….ha…ha….”

KAFAN: “Aku bangga biarpun cuma jadi kain KAFAN…”

BATIK: “Apanya yang boleh dibanggakan??? Sebentar lagi kamu naik keranda menuju kubur yang gelap. Sedangkan aku akan naik kereta mewah dan menuju ke hotel berbintang tempat resepsi pernikahan. Aku akan dilihat artis, pejabat-pejabat tinggi dan orang-orang hebat lainnya…..”

KAFAN: “Tidak apa-apa aku naik keranda. Aku bahagia karena dalam perjalananku orang-orang akan melafalkan tasbih, tahmid, tahlil, takbir serta do’a yang akan membuat jenazah yang memakaiku nyaman dalam keranda. Aku juga akan bertemu malaikat penjaga kubur. Aku siap menjadi saksi saat manusia soleh yang mengenakanku ditanya oleh malaikat”

BATIK: “Ha…ha….kamu akan masuk tanah membungkusi bangkai manusia lalu akan dikerumunin cacing-cacing….”

KAFAN: “Tidak apa-apa, aku merasa lebih beruntung dari kamu. Aku tidak akan merasakan sakitnya dijahit, tidak akan pernah merasakan betapa tersiksanya di dalam mesin pencuci dengan di putar dan di keringkan di dalamnya . Tidak sampai di situ penderitaanmu, Kamu akan dipanggang di bawah terik matahari, setelah kering kamu akan dihaluskan dengan setrika…”

BATIK: (masih mengapu dan sombong) “Pepatah mengatakan bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Setelah penderitaan yang kamu sebutkan tadi aku akan jadi busana yang boleh di kagumi orang ramai. Sedang kamu akan ditelan BUMI bersama bangkai manusia. Selain itu aku tidak akan pernah masuk kubur. Soalnya belum dengar untuk orang mati memakai BATIK……”

KAFAN: “Kamu lupa saudaraku??? Bahwa manusia cepat sekali bosan. Entah dua(2) bulan, enam(6) bulan atau satu(1)tahun. Kamu akan dicampakkan oleh manusia. Setelah warnamu pudar atau jahitanmu rosak. Kamu hanya akan menjadi sampah yang berada di antara tumpukkan sampah yang baunya busuk dan dibakar. Atau tidak jarang juga manusia menggunakanmu untuk membersihkan kotoran.”

BATIK: “Arrrrrrrrrgggghhhhhhhhhh…… diam jangan bicara lagi!!!!!!!!!!!!!”

Jahannam Tempat Kembali Bagi Orang-Orang Yang Sombong

Allah Ta’ala berfirman:

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku[***] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." (TQS Al Mu'min : 60)

Keterangan [***] : Yang dimaksud dengan menyembah-Ku di sini ialah berdoa kepada-Ku.

Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahannam, kamu kekal di dalamnya. Maka Amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu.”
(TQS An Nahl: 29)

 Allah SWT berfirman dalam Hadits Qudsi:

“Kesombongan adalah selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Oleh karena itu, barang siapa mengambilnya dari-Ku berperilaku dengan salah satu dari keduanya, maka Aku akan mencampakkannya ke neraka.
(HR. Abu Dawwud dari Abu Hurairah ra).

Saudaraku sekalian, dari sini kita mengerti bahwa sifat “kesombongan” adalah sifat yang khusus bagi Allah Ta’ala, maka haram dan dosa besar jika sifat kesombongan ini ada pada diri seorang hamba, sebab yang melekat pada diri hamba adalah sifat “kerendahan dan kehinaan”.
~Nasihat ini ana khaskan pada Diri Ana sendiri, kaum Muslimin dan Muslimat~
~Semoga Allah Melindungi Hati Kita~
~Insya’allah~
~Amin~

Monday

Makan Harta Bathil




Allah berfirman :
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah : 188)

Ayat ini turun berkenaan dengan Imriil Qais bin 'Abis dan 'Abdan bin Asyma' al-Hadlrami yang bertengkar dala soal tanah. Imriil Qais berusaha untuk mendapatkan tanah itu menjadi miliknya dengan bersumpah di depan Hakim. Ayat ini sebagai peringatan kepada orang-orang yang merampas hak orang dengan jalan bathil.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Sa'id bin Jubair.)

Imam ibn Al-‘Arabi
Imam ibn Al-‘Arabi menegaskan ayat ini menerangkan satu dari kaedah utama dalam muamalat Islam, juga merupakan asas bagi semua kontrak pemilikan. Erti ‘makan’ didalam ayat tersebut adalah merangkumi penerimaan, pemberian dan penguasaan, digunakan lafaz ‘makan' sebagai suatu perumpamaan.
Manakala maksud al-bathil menurut Ibn Al-Arabi :
“ Apa sahaja yang tidak halal menurut syarak seperti riba, gharar dan seumpamanya yang tiada satu faedah dan manfaat (buat Islam).”

Imam Al-Qurtubi
Imam Al-Qurtubi memasukkan perjudian, pertaruhan, penipuan, rampasan, khianat, mengingkari hak orang lain, mengambil hak orang lain tanpa restui, upah pelacuran, upah tukang tilik, bomoh, harga dan untung jualan arak, babi dan banyak lagi, semua ini tergolong dalam makanan harta secara bathil.
Imam Al-Qurtubi menyimpulkan bahawa :
“Sesiapa yang memakan harta orang lain tidak di atas landasan izin syarak, maka dia telah makan secara bathil.”

Syeikh Rashid Ridha
Syeikh Rashid Ridha meluaskan lagi bentuk dan erti ‘bathil’ kepada :
“Apa sahaja (bayaran) yang tidak mempunyai timbal balik yang wajar (yang punyai nilai pada pandangan syarak), lagi sebenar, maka ia tergolong dalam erti bathil.”

Kalau Menang Di Mahkamah?
Mungkin ada yang mendakwa bahawa melalui proses kehakiman dan mahkamah, mereka berjaya memperolehi hak ke atas sesutau harta  yang pada asalnya bukan miliknya. Namun, hasil kemenangan tersebut, kini ia telah sah menjadi haknya hasil pengiktirafan hakim atau qadhi.
Al-Qurtubi menolak dakwaan tersebut dengan katanya:
“Barangsiapa yang memakan secara bathil, walaupun jika seorang qadhi (hakim) memutuskan kemenangan kepadamu, sedang kamu sesungguhnya tahu kamu  (hakikatnya) bersalah (menipu), maka yang haram tidak akan sesekali menjadi halal dengan keputusan hakim itu, dia hanya memberikan hukum berdasarkan zahir dan bukti sahaja, dan inilah (hukum yang) ijma’  dalam bab harta.”
 (Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, 2/338)

Pandangan itu jelas bersumberkan hadis Nabi :
“Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka"
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain: Rujuk Naylul Awtar, 8/632,
no 3920 )

Kesimpulan.
Demikian perlunya umat Islam mengambil berat perihal pendapatan mereka, kita bimbang ambil berat ini semakin suram apabila objektif mengumpul dan memperbanyakkan harta menjadi target utama di dalam kehidupan. Apabila itu berlaku, kita akan dapati gejala negatif ini bertambah. Kerana itulah para pemimpin yang berkuasa di semua peringkat perlu segera kembali berperanan untuk mengikat dan mengakarkan hati rakyat jelata dengan pembalasan baik buruk di akhirat. Hanya dengan demikian, keharmonian hakiki akan mampu dikembalikan.
Ringkasannya, termasuk juga dalam erti memakan atau menerima dan mengambil harta secara batil antaranya:-
a.  Menjual sesuatu yang memudaratkan masyarakat seperti menjual ubat dan makanan yang telah tamat tempoh, kesan buruk akibat tercemar atau mempunyai aib tapi disembunyikan,
b.  Upah menjampi yang bercanggah dengan Islam,
c.  Mengadakan kursus motivasi dengan ilmu-ilmu karut dan meragukan seperti sandaran ramal masa hadapan sama ada melalui tarikh lahir, rupa paras dan yang sepertinya,
d.  Menyalahgunakan pekerja sehingga mereka disuruh melakukan tugasan yang tidak dibayar setimpal serta dizalimi dari sebarang kenaikan walau mempunyai merit yang tinggi dan baik.
e.  Mengambil upah hiburan (entertaintment cost) dari syarikat-syarikat sebagai pra-syarat untuk memastikan peluang kontrak dan tender sentiasa baik.
f.   Sengaja dengan niat berhutang dengan niat untuk tidak membayar semula, dan sentiasa beralasan untuk melepaskan diri dari pembayaran semula hutangnya, walau dalam keadaan mampu.
g.  Individu yang tidak termasuk dalam kategori asnaf zakat tetapi menerima wang zakat. Mereka juga adalah pemakan harta secara bathil.
h.  Individu yang mengambil dan menikmati harta waqaf secara peribadi dan menjadikannya sebagai hak miliknya secara tetap. Ini juga ditegah dan termasuk dalam harta bathil.
i.   Memakan dan menyalahgunakan harta anak yatim piatu yang masih kecil.
j.   Hadiah-hadiah yang diberi oleh pelanggan atas alasan kononnya berterima kasih atas kecekapan dan bantuan kita selaku pekerja yang menyiapkan kerja tepat waktunya atau segera. Ia dinamakan wang ‘ghulul’ atau ‘khianat’ oleh Nabi s.a.w.
k.  Mencipta dan menghasilkan filem, novel, penulisan majalah, artikel, kartun, animasi, drama, buku, cerpen dan sepertinya yang meraikan nafsu manusia, bertemakan nafsu dan hiburan bagi meraih keuntungan dari undstri nafsu yang tiada bertepian. Keuntungan yang diperolehi hasil dari hasil 'seni' yang merosakan jatidiri kemanusian, ini tentulah tergolong di dalam harta bathil.
l.   Mencuri dan mengambil kesempatan di atas musibah yang sedang menimpa orang lain, lalu berganda-gandalah dosa mereka.

Akhir sekali nabi mengingatkan kita bersifat unik khususnya di akhir zaman di mana terlalu ramai yang kemaruk wang bathil, sabda Nabi:
“Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya mendengar Nabi Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Seandainya manusia memiliki dua lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah harta) yang ketiga. Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat. “
( Al-Bukhari)

Sunday

Munafik Jika Meninggalkan Solat Jumaat

Bahawa sesungguhnya Hari Jumaat merupakan hari yang agung bagi umat islam dimana Allah SWT menjadikannya sebagai Hari Istimewa dan Hari Kebesaran Islam dan Allah SWT dan sendiri memuliakannya. Sehubungan dengan itu, Hari Jumaat juga merupakan hari pertemuan muslimin yang besar & pertemuan solat Jumaat ini adalah lebih besar KEFARDHUANNYA selain dari pertemuan di Arafah.
Sembahyang Jumaat HUKUMNYA ADALAH FARDHU AIN bagi setiap lelaki yang merdeka, berakal, baligh & bermukim pada tempat yang didirikan solat Jumaat, walaupun ia bukan termasuk bermastautin pada sesuatu tempat.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah SWT mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)” (Riwayat Ahmad).
Dari Abdullah Ibn Mas’ud ra. Menerangkan bahawa Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya aku berkeinginan benar akan menyuruh seseorang bersolat dengan para jemaah, kemudian aku pergi membakar rumah-rumah mereka yang tidak mahu menghadiri jemaah Jumaat beserta dengan mereka sendiri”
Di dalam hadis yang diterangkan diatas tadi, menunjukkan akibat bagi orang yang meninggalkan solat 3 kali berturut-turut yang mana di dalam hatinya, Allah SWT telah mengecopkan sebagai MUNAFIK yang mana kita tahu bahawa orang munafik duduknya di bawah api neraka.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka”. 
( TQS 4: 145 )
Di Haruskan Tinggal Solat Jemaah ( DARURAT )
 
1.                  Mati
2.                  Negeri Dalam Keadaan Berperang
3.                  Panas / Sejuk Yang Keterlaluan Hingga Menyebabkan Pensan @ Mati
4.                  Takut ( Haiwan Buas / Pemerintah Zalim )

*                    Alasan Anda Pula Bagaimana?
*                    Kukuh Sangatkah Alasan Kita Nak Beritahu Allah Nanti?
 
HAYATILAH KALIMAH AZAN INI :
MARILAH SEMBAHYANG DAN
MARILAH MENUJU KEJAYAAN.
Al-Faqir Ilallah : Al-Huzaifah Ibn Yaman


Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏