Tuesday

Amalan Ayatul Kursi


Amalan Ayatul Kursi
Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.
1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3)  Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4)  Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
5)  Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
6)  Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
7)  Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
8)  Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
9)  Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.
12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.
13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.
16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
*Jangan sekadar dibuat hiasan Ayatul Kursi tetapi diamalkan sebaik-baiknya.Insyaallah!

Soalan Mimie Nurul Mengenai Kahwin Sepupu


Pasangan Bahagia
Terima kasih kepada Mimie Nurul yang bertanyakan soalan ini. Macam mana kalau berkahwin dengan sepupu? Apa pro & kons nyer... Bagaimana pula dari sudut syariah... Ada yang kata anak kemungkinan jadi cacat atau down-sindrom.
Mungkin ada antara kita yang telah berkahwin sepupu. Jadi bagaimana butiran lanjut mengenai perkahwinan seperti ini. Jom kita baca...


Berkahwin dengan kaum keluarga terdekat yang bukan mahram seperti sepupu dan seumpamanya adalah antara perkara yang dibenarkan oleh Allah swt sebagaimana firman Allah setelah menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dalam ayat 24 surah al-Nisa’ yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu…” Juga firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 50 yang bermaksud: “…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”

Tiada perselisihan tentang hukum boleh berkahwin dengan mereka, cuma para ulama berselisih pandangan tentang hukum boleh tersebut. Ada yang mengatakan boleh tetapi makruh seperti pandangan mazhab Syafie dan Hanbali. Ada yang mengatakan harus (boleh), seperti pandangan mazhab Maliki dan ada yang mengatakan sunat seperti pandangan mazhab Zahiri.

Pendapat kedua (yang mengatakan hukum berkahwin dengan mereka boleh atau harus) lebih rajih (kuat) berdasarkan dalil-dalil berikut:

1. Firman Allah swt dalam surah al-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud: “…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari kalangan perempuan…”

2. Rasulullah saw sendiri berkahwin dengan sepupu baginda yang bernama Zainab, bahkan baginda sendiri mengahwinkan anak perempuan baginda Umm Kulthum dan Ruqayyah dengan ‘Utbah dan ‘Utaybah yang kedua-duanya adalah sepupu kepada anak-anak perempuan baginda, serta baginda juga mengahwinkan Fatimah dengan Ali (Ali adalah sepupu baginda).

Oleh itu tidak berbangkit masalah wali dan waris jika berlaku perkahwinan di antara sepupu, kerana perkahwinan itu sendiri adalah dibenarkan oleh Allah swt bahkan dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW.

Mungkin ada yang mengatakan perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu akan menyebabkan berlaku kecacatan pada anak yang bakal dilahirkan. Namun dakwaan ini tidaklah boleh diterima secara mutlak, kerana banyak kajian-kajian perubatan yang dijalankan mutakhir ini menunjukkan risiko untuk mendapat anak yang cacat atau mempunyai penyakit warisan hanya pada nisbah 7-8 peratus sahaja bagi suami dan isteri yang terdiri daripada keluarga terdekat, manakala risiko yang sama hanya pada kadar 5 peratus sahaja jika suami dan isteri bukan terdiri daripada keluarga terdekat. Kajian-kajian tersebut membuat kesimpulan bahawa tidaklah boleh untuk menghalang daripada berlakunya perkahwinan di kalangan keluarga terdekat, sebaliknya mereka hendaklah dinasihatkan menjalankan pemeriksaan perubatan terlebih dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengenal pasti penyakit yang mungkin diperolehi oleh anak yang bakal dilahirkan. Tambahan pula, perkahwinan di antara keluarga terdekat juga turut mempunyai sudut-sudut yang positif, seperti mengekalkan sifat-sifat istimewa tertentu yang terdapat dalam sesebuah keluarga seperti pintar, kuat, cantik dan sebagainya. Pada ketika itu, perkahwinan dengan keluarga terdekat adalah lebih baik daripada perkahwinan dengan orang yang jauh kerana sesuatu keluarga itu akan terus mengekalkan sifat-sifat baik tersebut.
 

Kesimpulannya, perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu adalah halal dan dibolehkan secara mutlak, dan tidak ada kemudaratan yang berterusan padanya. Tidak mungkin Allah membolehkan sesuatu secara berterusan dan mutlak, kemudian perkara itu mempunyai kemudaratan umum terhadap manusia.

Rujukan : Sekretariat Majlis Ulama ISMA

Sunday

Tujuh Fahaman Yang Terdapat Di Dalam Agama Islam


Akhli Sunnah Waljamaah
Golongan orang Islam yang berpegang pada Akidah ( ajaran, kepercayaan, dan amalan) yang dibawa oleh rasullullah mengikut Al-Quran, dan sunnahnya. Fahaman ini juga dijadikan penggangan para sahabat rasullullah ( Al-hadith, ajmak para sahabat, dan Al-khias). Fahaman ini dapat menjernihkan Akhidah umat Islam daripada berbagai-bagai fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
Fahaman Syiah
Golongan yang menganggap Saidinah Ali Radhiallahhuan dan keturunannya yang lain sebagai pengganti Rasullullah sebagai Imam (Pemimpin) yang maksum bagi umat islam. Dan golongan ini tidak mengakui khalifah yang lain sebagai pemimpin. Dan golongan ini di anggap terpesong dari landasan agama Islam. Dan golongan ini ramai berada di Asia Barat.
Fahaman Muktazilah
Golongan yang percaya kepada ketentuan logik akal fikiran atau di kenali dengan ahli fikir. Mereka banyak terpengaruh dengan fahaman Yunani. Mereka percaya kepada keusahaan zat Allah Taala, tetapi tidak percaya Allah Taala mempunyai sifat. (Terlalu taksub kepada logik akal sehingga segala perbuatan manusia di tentukan oleh akal fikiran dan membelakangi kudrat dan irodah Allah Taala).
Fahaman Khodariah
Golongan  yang  mengikut fahaman Muktazilah yang berfahaman bahawa manusia mempunyai kuasa yang tersendiri dan dapat menentukan segala perbuatannya sama ada baik ataupun buruk. Allah Taala tidak ada kena-mengena dengan perbuatan manusia dan hanya mengetahui setelah perbuatan itu dilakukan oleh manusia. Menganggap perbuatan manusia  memberi kesan. 

Fahaman Jabariah
Golongan yang berfahaman bahawa manusia tidak mempunyai ikhtiar dan usaha. Segala-galanya berlaku dan di jadikan oleh Allah Taala, baik dan buruk adalah ketentuan Allah Taala semata-mata.
Fahaman Wahabiat
Golongan yang berpengang pada Al-Quran dan hadith rasullullah  S.A.W serta menolak bidaah termasuk bidaah hassanah dan menganggap semua bidaah adalah sesat. Golongan  ini melarang penganutnya menziarahi makam rasullullah. Melarang penganutnya mempelajari sifat dua puluh Allah Taala.
Di atas ialah 7  fahaman yang terdapat di dalam agama Islam, kenapa saya menulis artikel ini kerana saya ingin berkongsi dengan anda semua, saya tahu ramai di antara anda semua tidak tahu yang agama Islam mempunyai fahaman-fahaman yang berlainan. Di antara semua fahaman di atas hanya satu sahaja fahaman yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar iaitu Akhli Sunnah Waljamaah.
Artikel ini telah di rujuk oleh sidang pengarang sinar jimiyat sdn bhd dan telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Rujukan : Oh Islam..

Friday

Sepuluh Perkara Sia-Sia.

Imam Ibnul Qayyim Rahimahullah Berkata:
Sepuluh Perkara Sia-Sia Dan Tidak Ada Manfaatnya:

Ø  Ilmu yang tidak diamalkan.
Ø  Amal yang tidak ikhlas dan tidak mengikut aturan syarak.
Ø  Harta yang tidak dibelanjakan, sehingga orang yang mengumpulkannya tidak dapat menikmatinya di dunia, dan tidak pula memperolehi manfaatnya di akhirat.
Ø  Hati yang kosong daripada cinta, rindu serta kasih kepada Allah.
Ø  Badan yang menggangur daripada mentaati Allah dan berkhidmat untuk-Nya.
Ø  Cinta yang tidak terikat dengan reda Allah dan melaksanakan perintah-Nya.
Ø  Waktu yang tidak di manfaatkan untukmencari kebaikan dan taqarrub kepada Allah.
Ø  Fikiran yang melayang pada hal-hal yang tidak bermanfaat.
Ø  Khidmat terhadap seseorang yang tidak mendekatkan kamu kepada Allah, dan tidak pula mendatangkan maslahat duniamu.
Ø  Takut dan pengharapanmu kepada orang yang nasibnya pun berada di tangan Allah, dan dia adalah tawanan di genggamanNya, serta tidak boleh memudaratkan dan memberi manfaat kepada dirinya sendiri, dan tidak pula mampu menghidupkan, mematikan dan membangkitkan.
Al Akh Fil Islam… ana An-Nuayman Ibn Amru

Monday

Adab Tentang Pakaian



Hendaklah Memakai Serban, Kopiah Dan Apa Saja Yang Menutup Kepala Anda,
Kerana Ia Lebih Sesuai Untuk Muslim Yang Baik.

Jangan Melabuhkan Pakaian Anda Hingga Ke Bawah Kedua Buku Lali Dan
Jangan Berlagak Ketika Berjalan.

Berpakaianlah Dengan Pakaian Bercirikan Muslim, Jangan Sekali-Kali Anda
Memakai Pakaian Yang Menyerupai Orang Kafir ( Pakaian Punk, Rap, Seluar Pendek, Baju Tiada Lengan, Baju @ Seluar Ketat Dsbnya ).

Mulakan Dengan Anggota Kanan Ketika Anda Menyarungkan Baju Anda.
Tanggalkannya Dengan Anggota Kiri Samada Memakai Baju Atau Kasut.

Jangan Biarkan Anggota Keluarga Anda Memakai Pakaian Pendek Dan Sempit,
Samada Ada Baju Atau Seluar Yang Boleh Menampakkan Rupa Bentuk Anggota Aurat.

Janganlah Anda Memakai Pakaian Yang Diperbuat Daripada Sutera Dan Emas, Kerana Kedua-Dua Itu Pakaian Itu Adalah Haram Bagi Lelaki Muslim.

Elakan Diri Anda Dari Menyerupai Wanita, Dan Elakan Isteri Anda Dari
 Menyerupai Lelaki.

Hindarkan Diri Anda Dari Memakai Pakaian Yang Melambangkan
Kemasyhuran Yang Terlalu Mahal Harganya ( Branded ) Serta Yang Paling
Teruk Bentuknya.

Jika Anda Memakai Pakaian Baru, Bersedekahlah Untuk Kebaikan
Orang Ramai.

Kemaskan Misai Dan Janggut Anda, Agar Kelihatan Cantik Bergaya.

Doa Memakai Pakaian :
Allahumma Inni As Alukumin Khoirihi Wa Khoirima Hualah,
Wa A’uzubikamin Sharrihi Wa Sharrima Hualah.



Jadilah Dirimu Sendiri Yang Terbaik



Jika Kau Tak Dapat Menjadi Meranti Di Puncak Bukit
Jadilah Aur Di Lembah,
Tapi Jadilah Aur Yang Teranggun Di Sisi Bukit
Kalau Bukan Pokok, Aur Saja Pun Jadilah

Jika Kau Tak Boleh Menjadi Rimbun, Jadilah Rumput
Dan Hiasilah Jalan Di Mana-Mana
Jika Kau Tak Dapat Menjadi Haruan, Jadilah Sepat
Tapi Jadilah Sepat Yang Terlincah Di Dalam Paya


Bukan Semua Boleh Jadi Nakhoda, Lainnya Harus Mengikut Saja
Pasti Ada Sesuatu Untuk Semua… Kerana
Ada Tugas Yang Berat Dan Ada Tugas Yang Ringan
Antaranya Dibuat Yang Mana Lebih Berdekatan

Jika Kau Tak Dapat Menjadi Bulan, Jadilah Bintang
Jika Kau Tak Boleh Menjadi Jagung, Jadilah Keledek
Bukannya Mengikut Besar…
Kalah Atau Menang…
Jadilah Dirimu Sendiri Yang Terbaik…

Al Akh Fil Islam… ana An-Nuayman Ibn Amru

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏