Tuesday

JiwaJihad ( Part Two )


Sambungan seterusnya..
The next connection ..

Maksud Definasi Jihad (Dalam Islam).
Allah berfirman di dalam Al-Quran yang mulia yang mafhumnya:


"Perangilah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah dan Hari Kemudian, yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah dan rasulNya dan tidak pula beragama dengan agama yang benar (iaitu) di antara ahli kitab kecuali mereka membayar jizyah(##) dengan kepatuhan yang rela dan merasa diri mereka ditawan."
(At-Taubah:29)
(##) Jizyah ialah pajak per kepala yang dipungut oleh pemerintah Islam dari orang-orang yang bukan Islam, sebagai imbangan bagi keamanan diri mereka.


"Perangilah orang-orang musyrik semuanya, sebagaimana mereka memerangi kamu semua"
(At-Taubah: 36)

Definisi Jihad:

            Di dalam Al-Quran terdapat 121 ayat yang menyentuh persoalan memerangi orang kafir, perkataan-perkataan Bahasa Arab mungkin membawa pelbagai makna, tetapi dengan ketibaan ISLAM, beberapa perkataan Arab telah dihadkan maknanya kepada satu istilah sahaja iaitu istilah shari'ahnya.

            Dalam istilah bahasa, jihad datangnya dari perkataan `jahada' yang bermakna "menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu". Dengan istilah ini, kita mungkin berjihad ketika belajar dengan menghadapi peperiksaan. Tetapi "Jihad" dalam definisi shari'ah hanya boleh membawa satu makna iaitu "menentang orang kafir di medan pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap da'wah bagi menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi setinggi-tingginya".

Islam bukan satu agama Arab, dan tidak dikhususkan kepada kaum Arab. Allah SWT.berfirman:

"Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan kepada sekalian umat manusia, untuk memberi khabar gembira (dengan syurga) dan untuk memberi peringatan (dengan neraka), tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui."
( Saba’:28 )

Maka dari ayat di atas telah jelaslah, Islam perlu disebarkan ke seluruh umat manusia; dakwah adalah asas dasar luar negeri bagi daulah Islam semenjak Rasulullah saw mendirikan daulah di Madinah dan akan diteruskan hingga ke akhir zaman dan caranya ialah dengan Jihad.

 Rasulullah saw bersabda:

"Saya telah diperintahkan untuk memerangi orang ramai sehingga mereka berkata `La Ilaha Illa-Allah Muhammadun rasul-Allah'. Dan sekiranya mereka berkata demikian, maka mereka telat menyelamatkan darah (nyawa) serta harta benda mereka kecuali apa yang hak (dengan sebab)."

Dan Rasulullah saw juga bersabda:

"Al Jihad telah wujud semenjak Allah SWT mengutuskan saya dan (berterusan) sehingga yang terakhir di antara ummah saya memerangi Al Dajjal. Tiada kezaliman (seseorang) yang zalim atau keadilan (seseorang) yang adil akan menghentikannya."

Tujuan Jihad :

Jihad adalah alat yang digunakan oleh Daulah Islam untuk menyebarkan serta menyampaikan syi'ar Islam. Ianya digunakan sebagai tindakan fizikal menghapuskan segala halangan kepada dakwah Islam dan dengan cara inilah Islam dibawa keseluruh kawasan Daulah Islam baik pada zaman Rasulullah mahupun zaman para sahabat dan begitu juga di zaman khulafa' yang seterusnya.

Jizyah
Ianya mempunyai tiga peringkat. Yang pertama, penduduk disesuatu kawasan itu akan diajak memeluk Islam, dan mereka akan diberi tempoh untuk mengkaji dan memahami Islam; sekiranya mereka menolak mereka akan dipelawa menjadi rakyat Daulah Islam dengan membayar `jizyah' dan Islam akan diimplimentasikan ke atas mereka, dan mereka akan diberikan hak -hak yang sama seperti mana-mana umat Islam. Sekiranya pelawaan ini ditolak juga, maka tatkala itu barulah tentera Islam akan berjihad.

Perlulah difahami bahawa jihad hanyalah untuk menghapuskan rintangan terhadap dakwah kepada Islam; bukan untuk menakluk atau memperhambakan mana-mana kaum dan bukan untuk membina empayar dan tidak sekali untuk memaksa seseorang itu memeluk Islam. Allah SWT berfirman:

"Tidak ada paksaan dalam beragama..."
(Al-Baqarah: 256)

            Jika diteliti setiap satu `sariah' serta `ghazwah' Rasulullah saw, kita dapati kesemuanya merupakan jihad menyerang (offensive) dan hanya satu sahaja yang merupakan defensif (itu pun merupakan satu tindakan yang taktikal sewaktu Perang Khandak). Tetapi dalam konteks masa kini, semua bentuk jihad yang wujud hanyalah jihad defensif berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah.

Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw berkata:

"Tiada siapa yang telah memasuki syurga akan mahu pulang ke dunia, walaupun jika ianya diberi segala apa yang dikandungi dunia; kecuali yang syahid, dia akan asyik mengharapkan dapat pulang ke dunia dan disyahidkan 10 kali lagi `fi sabilillah' disebabkan penghormatan yang diberi sebagai balasan syahidnya."
[Bukhari dan Muslim]

Waallahua’lam

JiwaJihad ( Part One )



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada antum semua. Tujuan ana menulis Blog ini adalah untuk mendedahkan realiti yang berkaitan dengan Umat Islam serta menulis tauladan-tauladan dari kisah-kisah para sahabat supaya kita boleh mengamalkan untuk di jadikan iktibar.
Terutama sekali ana ingin menghuraikan maksud definasi Blog ana iaitu bertajuk “JiwaJihad”. Ramai segolongan dari kalangan terutamanya orang barat amat takut akan makna/perkataan Definasi Jihad. Dengan huraian ini Insya’allah ana dapat menyelesaikan permasalahan kepada antum semua. JazakAllah Khairan Katsiran
Waallahua’lam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh to antum all. The purpose of this Blog is ana writing to disclose the reality relating to Muslims and write model-example of his stories so that we can practice to be made ​​lessons.
Especially to describe the purpose of ana definition of Blog on "JiwaJihad". Body among many, especially the west was afraid of the meaning / definition of the word Jihad. With this explanation is god willing to solve the problem of ana antum all. In the hope of you who do not understand the Malay language, can translate in English language. Thank you JazakAllah Khairan Katsiran
Maksud Definasi Jiwa.

Firman Allah :
Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku. (Al Fajr :27-30)
Ana sangat terkesan dengan ayat ini. Ada kerinduan untuk dipanggil oleh Allah dengan mesra. Tapi mungkinkah? Karena jiwa masih terlekat dengan dosa, sangatlah sukar untuk membuatnya menjadi cemerlang/baik.

Firman Allah :
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (Asy Syams:9-10)
                Didalam sebuah artikel dijelaskan bahwa jiwa mampu menyimpan semua memori dari semenjak sejak lahir hingga ke akhir hayat kita. Ibarat sebuah server yang besar, mampu menyimpan data yang besar pula. Tidak ada yang lupus dari server ini, semua tersimpan dengan baik. Baik itu data kejahatan maupun data kebaikan. Berbeza dengan memori otak yang sangatlah terbatas.
                Misalnya kita disuruh untuk Menghafal jenis kereta dan warnanya yang kita jumpai sepanjang perjalanan dari rumah ke pejabat. Sudah tentu terbatas sekali yang dapat kita Menghafalkannya. Namun kalau jiwa yang tenang. Jangankan jenis kereta dan warnanya. Nombor daftar kenderaan  pun ia boleh menghafal dengan baik bahkan dijalan apa dan pada jam berapa kita menjumpainya.
                Data kejahatan membuat jiwa menjadi redup cahayanya atau bahkan padam sama sekali. Sedangkan data kebaikan membuat jiwa menjadi bersinar terang. Dan sinar ini mampu menerangi cahaya kegelapan. Dan di Akhirat kelak data di server ini akan di keluarkan semua.
Namun sebenarnya file kejahatan tidak semuanya akan di keluarkan. Kerana ada kemudahan Delete File atau Hidden File. Siapa yang boleh melakukan perkara ini. Sudah pasti pemilik server tentunya. Allah Rabbal Alamin. Dia mengampuni siapa yang di kehendakinya. 

Firman Allah:
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az Zumar:53)
Semakin terang cahaya jiwa, semakin dekatlah ia kepada Allah. Dan semakin berat pula godaan iblis. Karena iblis akan selalu mengirimkan pasukannya silih berganti untuk melalailkan sang jiwa ini. Dan jangan tanya berapa banyaknya. Semakin bersih jiwa semakin kuat iblis yang dikirimkan.
Firman Allah :
Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (Al A'raaf:16-17)
                Banyak yang dikelirukan antara JIWA (nafs) dan ROH. Banyak yang menganggapnya sama, padahal sesungguhnya keduanya sangat berbeza.
                Yang seperti apakah Jiwa itu? Jiwa adalah badan halus manusia, yang boleh – keluar dari Jasad badan, ketika manusia sedang bermimpi, atau ketika ber ’OBE’ ria (Out of Body Experience) atau PLB – Perjalanan Luar Badan. Jiwa, merupakan tubuh halus manusia. Jiwa memiliki peringkat-peringkat yang menyebabkan manusia dicap sebagai makhluk sosial, makhluk cergas (Aqal), makhluk rohani (Qolbu). Jiwa yang menanggung semua akibat perbuatan tubuh fizik dan tubuh halus.
Waallahua’lam

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏