Sunday

Persoalan Hidup Seorang Manusia, Kenapa?


 Kenapa Aku Diuji?
“ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan  saja mengatakan ; “ kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?
“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
“ Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”
-Surah Ali-Imran ayat 139

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?
“ Hai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu Berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200

“Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka…….”
-Surah At-Taubah ayat 111

Kepada Siapa Aku Berharap?
“ ….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal… ’’
-Surah At-Taubah ayat 129

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!!
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12
Lembaran Al-Quran

Pesanan Ana kepada Antum semua..  Jadikan Ayat Al-Quran ini Satu Panduan kita seharian supaya kita tidak terleka daripada ZatNya.

Jazakallah Khairan
Ilallah : An-Nuayman Ibn Amru

Saturday

Tinggal Satu Peluru

Dunia hari ini kadang-kadang mengukur kemaskulinan lelaki pada apakah dompetnya penuh. Nampaknya dunia seolah-olah tidak adil, tetapi untuk kelihatan macho memang poket perlu penuh. Seorang lelaki ibarat kehilangan taring tanpa duit. Seorang yang selalu pokai menggambarkan banyak kelemahan pada dirinya, contohnya dia tidak pendai menguruskan wang atau tidak pandai mencari wang. Semua berkaitan dengan harta pada kehidupan kini boleh meletakan seseorang itu di hormati ataupun tidak.
            Tuntutan untuk memiliki harta ataupun sekurang-kurangnya pendapatan yang menjamin cukup penting untuk berada pada tahap kemaskulinan yang sejati. Bayangkan seorang lelaki tanpa duit, segalanya akan terbatas buat dia. Seorang lelaki tanpa duit ibarat seorang pahlawan tanpa senjata. Apa yang hendak diharapkan pada pahlawan tanpa senjata?
            Seseorang lelaki itu meskipun handsome tetapi miskin adalah amat rendah di sisi seorang wanita yang buruk tetapi kaya. Sekurang-kurangnya seorang lelaki perlu yakin dengan keupayaannya untuk melindungi dan memberikan kebahagiaan kepada seseorang wanita dan wang yang mencukupi adalah satu.
            Anda lelaki? Maka anda perlukan pekerjaan menjamin pendapatan. Kemuncak kemaskulinan masa kini adalah pangkat dan pendapatan. Tanpa menyampingkan soal-soal keperibadian dan kerohanian yang baik, duit tetap menjadi dalam kesempurnaan kehidupan seorang lelaki.
            Sebuah Negara yang terkategori dalam kelompok Negara miskin telah mencapai pertumbuhan yang merangsangkan, sudah tentu ini satu cabaran bagi anda yang tinggal di Malaysia, sebuah Negara yang pesat dalam segala hal.
            Bagaimana? Bukankah itu bermakna usaha untuk mengubah hidup patut menjadi agenda utama anda selain hal-hal lain yang sama penting? Kelakian bermakna kejantanan dan kejantanan yang diperlukan itu adalah yang bersifat melindungi, menjamin, dan harmoni. Kesemuanya ini, boleh di bentuk dengan wang yang cukup. Meskipun, tidak semestinya wang melindungi, menjamin kehidupan dan memberikan keharmonian sejati, ia tetap menjadi faktor menyumbang.
            Bina hidup anda agar boleh dibanggakan sebagai lelaki sejati. 

Berusaha keras
Hari ini adalah untuk keperluan esok. Orang menanam padi hari ini untuk dituai hasilnya kemudian. Setiap yang malas tidak berbuat apa-apa hari ini, besok tidak akan memungut apa-apa hasil. 

 Rancang hidup anda
Rancanglah hari anda agar hidup menjadi lebih bermakna dan terarah. Berikan target-target tertentu untuk dicapai dalam hidup. Kita akan menjadi lebih kuat dan mantap jika ada matlamat besar yang diletakan dihadapan. 

 Bina keperibadian tinggi
Anda akan berada pada pakej yang mengagumkan apabila sumber pendapatan anda kukuh, hidup pula kelihatannya dirancang dengan baik dan teliti serta, memiliki keperibadian yang tinggi. Kemaskulinan sejati yang sebenar adalah pada wang, kedudukan pada masyarakat dan juga keperibadian yang mengagumkan.
Lelaki Muslim Sejati Pemangkin Ummah

Hidup semalam banyak mengajar, ingat-ingat tinggalkan satu peluru, wayang dulu tak pernah reda, hitam putih telah pun diterima, helah mengelah mencuru mimpi.

Jazakallah Khairan.

Friday

Himpunan Doa-Doa Solat Sunat


 Doa Solat Dhuha

“ Ya Allah Bahawasanya Waktu  Dhuha Itu Waktu Dhuha Mu, Kecantikan Itu Ialah KecantikanMu, Keindahan Itu KeindahanMu, Kekuatan Itu KekuatanMu, Kekuasaan Itu KekuasaanMu, Dan Perlindungan Itu PerlindunganMu. Ya Allah Jika Rezekiku Masih Di Atas Langit Turunkanlah Dan Jika Sukar Mudahkanlah Jika,  Haram Sucikanlah, Jika Masih Jauh Dekatkanlah. Waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan Kekuatan Dan Kekuasaan, Limpahkan Kepada Kami Segala Yang Telah Engkau Kepada Hamba-HambaMu Yang Soleh ”.


 Doa Solat Tahajjud
“ Ya Allah, BagiMu Segala Puji. Engkau Penegak Langit Dan Bumi Dan Segala IsiNya. BagiMu Segala Puji. BagiMu Kerajaan Langit Dan Bumi Serta IsiNya. Dan BagiMulah Segala Puji Cahaya Bagi Langit Dan Bumi, Engkaulah Yang Hak, Dan JanjiMu Adalah Hak, Dan Syurga Adalah Hak, Dan Neraka Adalah Hak, Dan Nabi-Nabi Adalah Hak, Dan Nabi Muhammad S.A.W Adalah Hak, Dan Saat Hari Kiamat Itu Adalah Hak, Ya Allah , KepadaMulah Kami Berhukum. Ampunilah Kami Atas Kesalahan Yang Sudah Kami Lakukan Dan Yang Belum Kami Lakukan, Baik Yang Kami Sembunyikan Mahupun Yang Kami Nyatakan. Engkaulah Tuhan Yang Terdahulu Dan Tuhan Yang Terakhir. Tiada Tuhan Melainkan Engkau. Tiada Daya Dan Kekuatan Melainkan Dengan Allah”.

Doa Solat Taubat
“ Ya Allah, Engkau Adalah Tuhanku, Tidak Ada Tuhan Selain Engkau, Engkau Yang Menciptakan Dan Aku AbdiMu, Dan Aku Berada Dalam Perjanjian DenganMu, Ikrar KepadaMu (Yang Akan Kulaksanakan Dengan) Segala Kemampuanku, Aku Berlindung PadaMu Dari Kejahatan Apa-Apa Yang Telah Aku Lakukan, Aku Mengakui (Dengan Sebenar-benarNya) NikmatMu Kepadaku, Dan Aku Mengakui Dosaku, Maka Ampunilah Aku, Kerana Tidak Ada Yang Boleh Mengampuni Dosa-Dosa, Kecuali Engkau”.

Doa Solat Hajat
“ Maha Suci Allah Yang Bersifat Dengan Kemuliaan Dan Dia Berfirman DenganNya. Maha Suci Allah Yang Mempunyai Sifat Ketinggian Dan Menjadi Mulia DenganNya. Maha Suci Allah Yang Meliputi IlmuNya Segala Sesuatu, Maha Suci Allah Yang Tidak Ditasbih MelainkanNya. Maha Suci Allah Yang Mempunyai Pemberian Dan Kelebihan. Maha Suci Allah Yang Mempunyai Kebesaran Dan Kemuliaan. Maha Suci Allah Yang Mempunyai Pemberian Dan Nikmat. Aku Memohon Rahmatmu Dari KitabMu Dan Dengan NamaMu Yang Mulia Dan KehormatanMu Yang Tinggi Dan Kalimat-KalimatMu Yang Sempurna Yang Tidak Dapat Diatasi Oleh Sebarang Kebaikan Dan Kejahatan Bahawa Engkau Selawat Dan Salam Kepada Nabi Muhammad SAW Dan Segala Keluarganya”.

Doa Solat Witir
“ Ya Allah, Sesungguhnya Aku Berlindung Dengan KeredhaanMu Daripada KemurkaanMu, Dan Aku Berlindung Dengan KemaafanMu Daripada BalasanMu, Dan Aku Berlindung DenganMu Seperti PujiMu Sendiri Ke Atas DiriMu. Maka Segala Pujian Dan Sanjungan Sehingga Engkau Redhai”. 

Doa Solat Istikharah.
“ Ya Allah, Aku Pohonkan Pilihan Menurut PengetahuanMu Dan Pohonkan Penetapan Dengan KekuasaanMu. Aku Juga Memohon KurniaMu Yang Besar, Sebab Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui Dan Aku Tidak Mengetahui Apa-Apa. Engkau Maha Mengetahui Segala Yang Ghaib. Ya Allah, Jikalau Di Dalam IlmuMu Bahawa Urusan Ku Baik Untukku Dalam Agamaku, Kehidupanku Serta Akibat Urusanku, Maka Takdirkanlah Untukku Dan Mudahkanlah Serta Berikalah Berkah Kepadaku DalamNya. Sebaliknya Jikalau Di Dalam IlmuMu Bahawa Urusan Ini Buruk Untukku, Dalam Agamaku, Kehidupan Serta Akibat Urusanku, Maka Jauhkanlah Hal Itu Daripadaku Dan Jauhkanlah Aku Daripadanya Serta Takdirkanlah Untukku Yang Baik-Baik Saja Dimana Saja Adanya, Kemudian Puaskanlah Hatiku Dengan Takdirmu Itu”.



Insya’allah dengan doa yang sedia ada ini, bolehlah kita beramal dan menambahkan pahala kebaikan untuk bekalan didunia yang sementara ini..

Apa yang baik itu datangnya dari Allah, yang tidak baik itu datangnya dari silap Ana sendiri…

Dari Usrah Huzaifah Ibn Yaman

Sunday

3 Anak Muda Menggegar Dunia



 
           
            Freemason Adalah Musuh Sebenar Umat Islam..Sedarlah Umat Islam ,Kajilah Tentang Pertubuhan Freemason.. Kelak Kamu Akan Tahu Mengapa Zionist Mahukan Al-Aqsa.. Ada Di Antara Pemimpin Kita Terlibat Secara Langsung Dalam Pertubuhan Freemason (Pertubuhan Penyembah Dajjal).. Yasser Arafat & Mahmoud Abbas Adalah Pengkhianat Umat Islam ,Mereka Adalah Ahli '33rd Masonic'.Bangkitlah Umat Islam, Jalankan Tanggungjawab Kita Sebagai Hamba Allah & Kita Hendaklah Sentiasa Berpegang Kepada Al-Quran Serta Hadith.....

            Tegakkan Khilafah, Hancurkan Kapitalis...Kita Harus Berusaha Sekarang! Imam Mahdi Akan Memimpin Kelak,Nabi Isa Akan Turun Membunuh Dajjal!....Saya Menyeru Pada Saudara Dan Saudari...Mari Bersama-Sama Kita Berjuang Bagi Mengembalikan Kehidupan Islam, Kita Harus Sama2 Berganding Bahu Jangan Hanya Melihat Sahaja,Tapi Berusaha Dengan Mensatukan Diri Kita Di Dalam Golongan Saudara Kita Yg Memperjuangkan Khilafah...Kerana Itulah Institusi Yg Dijanji Allah Dan Rasulnya..

Thursday

♥ AYAH♥




Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

          Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian ?

          Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.?

          Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. 

          Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kepercayaannya...Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

 Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

          Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

          Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakanlah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..




Tatapilah Pengorbanan Wajah Ayahanda Sejenak

Renung-Renungkanlah Pergorbanan Seorang Yang Bergelar AYAH..

Segala Kebaikan Itu Datang Dari Allah SWT Dan Segala Kelemahan Itu Datangnya Dari Diri Saya Sendiri.

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏