Sunday

Salah Satu Cara Muhasabah Diri


Kanak-kanak

1.    Bila Berjumpa Dengan Kanak-Kanak
Anggap kanak-kanak lebih mulia daripada kita sebab mereka kurang mempunyai dosa berbanding kita.

Orang Tua

2.    Bila Berjumpa Orang Tua
Mesti beranggapan orang tua adalah lebih banyak beribadat berbanding kita.

Orang Alim

3.    Bila Berjumpa Orang Alim
Kita mesti hormatkan mereka sebab mereka mempunyai lebih banyak ilmu berbanding kita. Kita harus berdamping serta mempelajari ilmu daripadanya.

Orang Jahil

4.    Bila Berjumpa Oaring Jahil
Kita mesti beranggapan bahawa mereka membuat dosa di dalam kejahilan mereka sendiri padahal kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.

Orang Jahat

5.    Bila Berjumpa Orang Jahat
Kita mesti bersabar dengannya dan beranggapan bahawa mereka akan bertaubat kepada Allah SWT.

Orang kafir

6.    BILA BERJUMPA ORANG KAFIR
Kita mesti beranggapan dan berdoa agar mereka akan memeluk agama Islam yang tak lama lagi.


Insya’allah Segala Usaha Untuk Berubah Menjadi Insan Yang Baik Dan Berguna, Pasti Allah Memberi Hidayah Kepada Kita...

Petua Imam As-Syafie


Petua Imam As-Syafie

Empat Perkara Untuk Sihat
Empat Perkara Untuk Menyihatkan Badan :
1.   Makan daging.
2.   Memakai haruman.
3.   Kerap mandi.
4.   Berpakaian dari kapas.
Empat Perkara Melemahkan Badan :
1.   Banyak berkelamin( bersetubuh ).
2.   Selalu cemas.
3.   Banyak minum air ketika makan.
4.   Banyak makan bahan yang masam.
Empat Perkara Yang Menajamkan Mata :
1.   Duduk mengadap qiblat.
2.   Bercelak sebelum tidur.
3.   Memandang yang hijau.
4.   Berpakaian bersih.
Empat Merosakkan Mata :
1.   Memandang najis.
2.   Melihat orang dibunuh.
3.   Melihat kemaluan.
4.   Membelakangi qiblat.
Empat Perkara Menajamkan Akal :
1.   Tidak banyak berbual kosong.
2.   Rajin bersugi.
3.   Bercakap dengan orang soleh.
4.   Bergaul dengan para ulamak.
Empat Cara Tidur :
1.   Tidur Cara Nabi : Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit & bumi.
2.   Tidur Cara Ulamak & Ahli Ibadah : Miring kesebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3.   Tidur Para Raja Yang Haloba : Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4.   Tidur Syaitan : Menelengkapkup seperti tidurnya ahli neraka.






Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏