Friday

Kama keramat mu


Kama keramat mu
Demi nafas serta nyawa, yang berlegar di nyali.
Tak pernah ku naksir, kisikan nama mu.

            Kalau menonton kisah Haji Bakhil dalam filem ‘Labu Labi’, kita akan setuju untuk mengatakan orang lelaki kebanyakannya memang kedekut. Kajian psikologi pula sebaliknya orang pempuan selalunya lebih kedekut sebab hendak berjimat manakala orang lelaki pemurah atau boros sebab nak tunjuk lagak.
Anda jadi amat boros apabila menghendaki sesuatu misalnya gelang, rantai dan perhiasan-perhiasan diri yang lain dan sanggup berhabisan untuk mendapatkannya. Lelaki pula akan menganggap ianya satu pembaziran dan tidak patut di lakukan.
Samalah juga ketika suami membeli kereta import dengan harga tiga empat kali ganda kereta tempatan, anda mengatakan ia boros dan tidak tahu berjimat padahal dia menggangap anda tidak faham serta tidak pandai menilai istlah kualiti dan jenama. Kadang-kadang dia menggangap anda ketinggalan zaman.
Lelaki selalunya kurang fokus terhadap sesuatu perkara. Maka itu, pada waktu ia bercinta dengan wanita A, dalam masa yang sama dia boleh bercinta dengan sepuluh lagi wanita lain. Anda berbeza, kan? Ketika anda telah mencintai seorang lelaki, anda setia kepadanya.
Pun saya tidak menafikan, ada wanita yang lebih buaya daripada segala buaya. Dia bercinta dengan ramai lelaki untuk berseronok-seronok, untuk harta dan sebagainya. Sesetengah berbuat begitu atas dendam peribadi.
Satu lagi yang perlu anda tahu tentang lelaki, ialah mereka hanya akan meminta bantuan setelah benar-benar tidak berupaya. Anda pula meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja. Ketika bersama kawan-kawan, anda suka bercakap tentang pasangan masing-masing sedangkan orang lelaki akan lebih gemar bercerita pempuan lain.
Semula jadinya lelaki dianggap ketua. Dia merasakan dirinya ketua lebih-lebih lagi jika gelaran itu tidak diperolehinya di luar, di rumah dia akan bertindak seperti ketua, kadang-kadang adil, kadang-kadang tidak, kadang-kadang rasional, kadang-kadang langsung tidak, kadang-kadang logic dan boleh diterima akal malah kadang-kadang langsung tidak berpijak di bumi yang nyata.
Semula jadinya pula, sebagai wanita anda lebih suka mengikut keputusan yang telah dibuat. Walaupun anda tidak bersetuju, selalunya anda tidak menunjukkanya. Anda memprotes melalui gerak tubuh dan mimik muka meskipun anda patuh, akur dan melaksanakan apa yang telah diputuskan itu. Lelaki pula apabila dia tidak puashati, dia lebih suka diam dan akan keluar rumah.
Sebenarnya, ada 1001 lagi perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Apa yang saya katakan ini  hanyalah sebahagia kecil sahaja.
Tanpa purnama malam gelita, tanpa rahsia hilanglah Takhta, tanpa wanita lelaki kesepian, tanpa lelaki wanita kesunyian. Tanpa kedua-duanya, alam ini tiada ertinya. Maka itu, Nabi Adam a.s tidak pernah berhenti berusaha mencari Hawa setelah diturunkan ke bumi. Juga Hawa tidak pernah berhenti daripada mengingati dan cuba mengesan Adam a.s.
Beruntunglah orang yang faham maksud yang mendalam.




Apa yang baik itu datangnya dari Allah, yang tidak baik itu datangnya dari silap kita sendiri.

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏