Showing posts with label No Excuses. Show all posts
Showing posts with label No Excuses. Show all posts

Saturday

Pemuda Ansar Mencari Abu Jahal

Pemuda Jihad

Sejarah Terdahulu.
Mu'az bin Ammar bin Jamooh dan Mu'az bin Afra adalah di antara pemuda Ansar yang ikut berjuang dalam peperangan Badar. Mereka bercita-cita untuk membunuh Abu Jahal tetapi mereka tidak mengenali Abu Jahal.
Di tengah medan peperangan ,kedua pemuda itu berjuang bermati-matian."Aku akan bunuh Abu Jahal, musuh Islam yang dilaknat Allah itu !!", kata Mu'az bi Amar dengan penuh semangat.
"Ya aku juga akan bersamamu membunuh Abu Jahal yang memusuhi Nabi Muhammad saw., janji Mu'az  bin Afra sahabat karibnya.
"Jika begitu marilah kita cari di mana Abu Jahal. Kita bersatu tenaga membunuh musuh  Allah yang durjana itu. Mari kita tanya orang itu, mungkin dia mengetahui siapa dan di mana Abu Jahal", kata Mu'az bin Amar kepada sahabatnya.
Mereka menghampiri Abdul Rahman bin Auf yang sedang berjuang, lalu memegang tangannya : " Pak Cik, adakah pak cik mengetahui yanbg mana Abu Jahal. Abu Jahal bedebah itu telah mencaci dan menghasut orang menentang Nabi dan Rasul Allah. Aku bersumpah dengan nama Allah, jika aku ternampak Abu Jahal, aku akan membunuhnya, walaupun aku sendiri terbunuh !", kata Mua'z bin Ammar.
Abdul rahman bin Auf terpegun mendengar kata-kata berani yang keluar dari mulut Mu'az bin Ammar yang masih begitu  muda, sedangkan Abu Jahal seorang yang berpengalaman dalam perang.
Tiba-tiba Mu'az bin Afra pula memegang tangan Abdul Rahman dan mengucapkan kata-kata yang serupa. Abdul rahman bin Auf cuba menguji keyakinan pemuda-pemuda itu dengan berkata :"Wahai orang-orang muda, tidakkah kamu mengetahui Abu Jahal itu sangat pandai bermain senjata.Kamu akan mati dibunuhnya.Tambahan pula ia dikawal dengan rapi ".

Kedua pemuda itu tidak berganjak dari cita-cita mereka. Mereka berkata dengan penuh berani : "Kami tidak gentar walau sekuat mana Abu Jahal itu, walau seketat mana dikawal, Abu Jahal mesti mati atau kami terbunuh. Kami rela mati dari membiarkan musuh Islam terus berkuasa dan menghasut orang lain dari menerima cahaya petunjuk Islam. Kami lebih rela mati syahid, dalam menegakkan agama Allah ".

Realiti Sekarang.
Sejak Jatuhnya Daulah Khilafah di Uthmaniyah pada tahun 1924, Nabi Muhammad tidak lagi di lindungi atau dijaga maruahnya malah sekarang semakin teruk di hina dan tiada siapa yang lagi para pemimpin Islam untuk membelanya. Hanya sekadar meluahkan perasaan benci dan mengutuk perbuatan tersebut. Ia sekadar bermain di bibir bukan terus bangkit untuk melancarkan Jihad fisabilillah. Yakinlah hanya Jihadlah dapat mengerunkan hati musuh-musuh Allah.
Firman Allah : Hukum Perang Dalam Islam.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(TQS Al-Baqarah : 216)

Wahai Kaum Muslimin! Siapa sahaja yang mencintai Allah dan RasulNya, dia mesti berjuang untuk mendirikan agamaNya. Dan agamaNya tidak akan dapat didirikan tanpa adanya sebuah negara yang menerapkannya. Justeru, siapa sahaja yang cintakan Allah dan RasulNya, dia wajib berjuang menegakkan Negara Khilafah. Siapa sahaja yang marah terhadap orang yang menghina Rasulullah, dia wajib berjuang untuk mendirikan Khilafah. Siapa sahaja yang menginginkan si penghina Rasulullah dihukum, dia wajib mendirikan Khilafah.
Sejarah Akan Berulang
Siapa sahaja yang ingin memastikan Rasulullah tidak lagi dihina, dia wajib mendirikan Khilafah. Kerana hanya Khilafah sahajalah yang akan secara nyata menghentikan semua penghinaan itu, serta melindungi kehormatan Islam, Rasulullah dan umatnya.

Umpama respons Sultan Abdul Hamid II terhadap Perancis dan British, dengan ketegasan sang Khalifah yang mengisytiharkan jihad jika penghinaan itu diteruskan, maka akhirnya segala rancangan jahat musuh terhenti serta-merta. Sultan Abdul Hamid II telah menunjukkan kepada kita bahawa jika Rasulullah SAW dihina, maka jihad adalah jawapannya. Inilah yang juga bakal dilakukan oleh Khalifah apabila kita bernaung di bawah Daulah Khilafah tidak lama lagi Insya Allah.

Firaman Allah : Penghargaan Allah terhadap para syuhada'


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”
(TQS At Taubah : 111)

Sambungannya


“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat[***], yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.”
(TQS At Taubah : 112)

Tafsiran Ayat (***) :
Maksudnya: melawat untuk mencari ilmu pengetahuan atau berjihad. Ada pula yang menafsirkan dengan orang yang berpuasa.

Firman Allah : Orang-orang mukmin pasti menang, dan orang-orang kafir pasti hancur


“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. “
(TQS Muhammad : 7)

Takbir!!! Takbir!!! Takbir!!!

Wednesday

Penagih Arak Adalah Penyembah Berhala



Hukuman sebat
"Tiap-tiap sesuatu yang yang jika diminum boleh memabukkan, maka sedikitpun hukumnya haram". (HR Nasai dan Abu Daud)
Orang yang meminum arak, hatinya tidak pernah tenang sebenarnya. Kerana Allah SWT telah memberitahu manusia, bahawa dengan meminum arak, syaitan dengan mudah menggoda dan menguasai hati mereka supaya tidak mengingati Allah. Dari tidak mengingati Allah, mereka tidak akan menunaikan sembahyang, kerana sembahyang kepada mereka adalah sesuatu yang amat berat ditunaikan.
Bila hati sudah tidak mengingati Allah dan tidak pula menunaikan sembahyang dengan sebaik-baik dan sekhusyuk-khusyuknya, maka jauhlah manusia itu dari rahmat Allah. Kejauhan manusia dari rahmat itulah akan menambahkan lagi sengsara manusia. Dengannya lahirlah masalah keburukan-keburukan  moral yang amat sulit untuk diatasi.

Di samping itu pula , ada lagi  satu keburukan yang sukar hendak dikesan dengan akal fikiran  yang biasa. Akan tetapi jika dilihat dari keterangan-keterangan al-Qur'an dan as-Sunnah, maka kita akan menerimanya secara ikhlas, bahawa dengan meminum arak maka iman seseorang itu terjejas.
Rasulullah Saw.bersabda yang mafhumnya :
"Penagih arak adalah penyembah berhala". (HR Abu Hurairah).
Pernyataan Rasulullah SAW itu memberi erti yang amat besar, di mana Rasulullah SAW menyamakan penagih  arak itu dengan penyembah berhala . Menyembah berhala adalah perbuatan syirik. Syirik adalah musuh iman, yang akan mencacatkan iman malah merosakkannya sama sekali.
Oleh kerana itu perbuatan meminum arak akan membawa kepada syirik dalam pengertian bahawa amalan-amalan yang dilakukan oleh peminum-peminum arak tidak akan diterima Allah SWT.
Dengan dua keburukan dari perbuatan meminum arak itu maka memang patutlah hukuman yang akan dijatuhkan ke atas mereka di dunia ini lagi jika sabit kesalahan peminum arak itu dengan empat puluh kali dera, sepertimana hadis Rasulullah SAW. yang maksudnya :
Dari Abi Sa'id  al-Khudri katanya :
" Sesungguhnya Rasulullah saw. telah menghukum sebat peminum arak dengan empat puluh kali sebat ".
Untuk menderakan orang yang meminum arak, tidak semestinya dengan menggunakan rotan dan yang seumpamanya. Malahan boleh digunakan alat-alat seperti pelepah kurma (sebagai contoh), dahan-dahan kayu yang sesuai, kasut atau kain yang dijadikan alat untuk menyebat dan sebagainya. Yang pentingnya peminum tersebut menerima 40 kali sebat.
Wallahu A'lam

Rujukan :

Tuesday

Kita Sentiasa Beralasan !


OK!!!

Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis  golongan manusia iaitu:
                                                        I.            Allah menolak alasan dari orang kaya kalau sekiranya ia berkata, “Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan.” Firman Allah kepadanya, “Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman a.s. tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa dari mengingati  Aku.”

                                                      II.            Allah menolak alasan dari hamba sahaya sekiranya ai berkata, “Aku adalah seorang hamba dari sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepada kepadaMu.” Firman Allah kepadanya, “ UtusanKu yang bernama Nabi Yusuf a.s. juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula ia leka dari mengerjakan ibadatnya terhadapKu.’’

                                                    III.            Allah menolak alasan dari orang miskin sekiranya ia berkata, “Kemiskinan dan kekurangan yang kami miliki inilah yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu.” Firman Allah kepadanya, “ Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusanKu iaitu Nabi Isa a.s. dan ia tidaklah pula mengabaikan tanggumgjawabnya kepadaKu.”

                                                    IV.            Allah menolak alasan dari orang yang sedang menderita sakit sekiranya ia berkata, “Penyakit inilah yang menghalang aku dari melakukan sujud kepadaMu.” Firman Allah kepadanya, “Penyakitmu itu tidaklah seteruk seperti apa yang dialami oleh hambaKu yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s. tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti dari menyebutkan akan namaKu.”

Waallahua’lam

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏