Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Monday

Standard Islam Bagi Masyarakat Maju


Justeru sebuah masyarakat yang bertamadun menurut perspektif Islam, berkepimpinan cemerlang dalam tanggungjawab adalah mereka yang berjaya membentuk rakyat sehingga hatinya bertaut jernih di antara satu dengan lain. Sanggup dan 'ringan tulang', bantu membantu dan harmoni tanpa ada kerakusan untuk mengambil harta orang lain secara salah.
Hanya dengan itu statistik rasuah benar-benar akan berjaya dikurangkan, demikian juga rompakan, pencurian, pecah amanah, penindasan riba dan lain-lain jenayah. Selagi kepimpinan meletakkan sasaran kemajuan hartabenda, kekayaan harta dan material sebagai ‘standard’ atau kayu ukur kejayaan sehingga mengabaikan tugas memulih dan membersihkan jiwa dan hati rakyat, selagi itulah pertambahan manusia rakus akan sentiasa seiringan dengan pembangunan material. Tatkala itu pembangunan material itu akan naik bersama sekumpulan manusia rakus yang memonopoli dan mengambil keuntungan dari pembangunan itu. Keuntungan menjadi tersekat kepada satu kumpulan sahaja, tanpa dapat ia dikongsi oleh masyarakat ramai. Di waktu itu, yang kaya bertambah kaya, yang miskin semakin papa kedana. (Sekularisme).

Kerana itulah Allah swt berfirman ;
“..supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu..” 
(TQS Al-Hasyr : 7)


Namun apabila bab hukum dalam pentadbiran kuasa, ekonomi, perniagaan dan kontrak pertukaran hak pemilikan ini tidak diberikan perhatian wajar, gejala negatif akan meningkat.
Nabi bersabda :
“Tiadalah seorang hamba yang diberikan oleh Allah tanggungjawab kepimpinan, lalu dia tidak menasihati rakyatnya, kecuali tiadalah akan diperolehi bau syurga (sekalipun).”
(Riwayat Al-Bukhari, kitab al-ahkam, no 6731) 

Saturday

Kisah Rahsia Di Sebalik Sembahyang Lima (5) Waktu.

               
Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : “Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.” Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda:”Silakan bertanya.” Berkata orang Yahudi: “Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.”
Rahsia Solat
                 Sabda Rasullullah S.A.W.: “Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S.,maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.”

Pahala Orang Yang Menunaikan Solat
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: “Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.”
Rasullullah S.A.W bersabda: “Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan keatasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.” Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: “Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.' Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: “Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.”
                Sabda Rasullullah S.A.W.: “ Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.' Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: “ Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
               1. Dibebaskan dari api neraka.
               2. Dibebaskan dari nifaq.*
Klik Gambar Ini Untuk Besarkannya
Selamat Beramal

Puasa 30 Hari?
                Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W.maka mereka berkata: “Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?”.
Sabda Rasullullah S.A.W.: “Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S.selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S.berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.”


Ganjaran Berpuasa
                Kata orang Yahudi: “Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.”
Sabda Rasullullah S.A.W.: “Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:

1.  Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang    
 tumbuh dengan  makanan yang haram)
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan)
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
                         7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'
              
Kelebihan Para-Para Nabi
Kata orang Yahudi: “Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.” Sabda Rasullullah S.A.W.: “Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).”
               Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammad Rasulullah (Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh Allah).”

Firman Allah

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar.”
 (TQS Al-Baqarah : 155)


Pemuda Ansar Mencari Abu Jahal

Pemuda Jihad

Sejarah Terdahulu.
Mu'az bin Ammar bin Jamooh dan Mu'az bin Afra adalah di antara pemuda Ansar yang ikut berjuang dalam peperangan Badar. Mereka bercita-cita untuk membunuh Abu Jahal tetapi mereka tidak mengenali Abu Jahal.
Di tengah medan peperangan ,kedua pemuda itu berjuang bermati-matian."Aku akan bunuh Abu Jahal, musuh Islam yang dilaknat Allah itu !!", kata Mu'az bi Amar dengan penuh semangat.
"Ya aku juga akan bersamamu membunuh Abu Jahal yang memusuhi Nabi Muhammad saw., janji Mu'az  bin Afra sahabat karibnya.
"Jika begitu marilah kita cari di mana Abu Jahal. Kita bersatu tenaga membunuh musuh  Allah yang durjana itu. Mari kita tanya orang itu, mungkin dia mengetahui siapa dan di mana Abu Jahal", kata Mu'az bin Amar kepada sahabatnya.
Mereka menghampiri Abdul Rahman bin Auf yang sedang berjuang, lalu memegang tangannya : " Pak Cik, adakah pak cik mengetahui yanbg mana Abu Jahal. Abu Jahal bedebah itu telah mencaci dan menghasut orang menentang Nabi dan Rasul Allah. Aku bersumpah dengan nama Allah, jika aku ternampak Abu Jahal, aku akan membunuhnya, walaupun aku sendiri terbunuh !", kata Mua'z bin Ammar.
Abdul rahman bin Auf terpegun mendengar kata-kata berani yang keluar dari mulut Mu'az bin Ammar yang masih begitu  muda, sedangkan Abu Jahal seorang yang berpengalaman dalam perang.
Tiba-tiba Mu'az bin Afra pula memegang tangan Abdul Rahman dan mengucapkan kata-kata yang serupa. Abdul rahman bin Auf cuba menguji keyakinan pemuda-pemuda itu dengan berkata :"Wahai orang-orang muda, tidakkah kamu mengetahui Abu Jahal itu sangat pandai bermain senjata.Kamu akan mati dibunuhnya.Tambahan pula ia dikawal dengan rapi ".

Kedua pemuda itu tidak berganjak dari cita-cita mereka. Mereka berkata dengan penuh berani : "Kami tidak gentar walau sekuat mana Abu Jahal itu, walau seketat mana dikawal, Abu Jahal mesti mati atau kami terbunuh. Kami rela mati dari membiarkan musuh Islam terus berkuasa dan menghasut orang lain dari menerima cahaya petunjuk Islam. Kami lebih rela mati syahid, dalam menegakkan agama Allah ".

Realiti Sekarang.
Sejak Jatuhnya Daulah Khilafah di Uthmaniyah pada tahun 1924, Nabi Muhammad tidak lagi di lindungi atau dijaga maruahnya malah sekarang semakin teruk di hina dan tiada siapa yang lagi para pemimpin Islam untuk membelanya. Hanya sekadar meluahkan perasaan benci dan mengutuk perbuatan tersebut. Ia sekadar bermain di bibir bukan terus bangkit untuk melancarkan Jihad fisabilillah. Yakinlah hanya Jihadlah dapat mengerunkan hati musuh-musuh Allah.
Firman Allah : Hukum Perang Dalam Islam.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(TQS Al-Baqarah : 216)

Wahai Kaum Muslimin! Siapa sahaja yang mencintai Allah dan RasulNya, dia mesti berjuang untuk mendirikan agamaNya. Dan agamaNya tidak akan dapat didirikan tanpa adanya sebuah negara yang menerapkannya. Justeru, siapa sahaja yang cintakan Allah dan RasulNya, dia wajib berjuang menegakkan Negara Khilafah. Siapa sahaja yang marah terhadap orang yang menghina Rasulullah, dia wajib berjuang untuk mendirikan Khilafah. Siapa sahaja yang menginginkan si penghina Rasulullah dihukum, dia wajib mendirikan Khilafah.
Sejarah Akan Berulang
Siapa sahaja yang ingin memastikan Rasulullah tidak lagi dihina, dia wajib mendirikan Khilafah. Kerana hanya Khilafah sahajalah yang akan secara nyata menghentikan semua penghinaan itu, serta melindungi kehormatan Islam, Rasulullah dan umatnya.

Umpama respons Sultan Abdul Hamid II terhadap Perancis dan British, dengan ketegasan sang Khalifah yang mengisytiharkan jihad jika penghinaan itu diteruskan, maka akhirnya segala rancangan jahat musuh terhenti serta-merta. Sultan Abdul Hamid II telah menunjukkan kepada kita bahawa jika Rasulullah SAW dihina, maka jihad adalah jawapannya. Inilah yang juga bakal dilakukan oleh Khalifah apabila kita bernaung di bawah Daulah Khilafah tidak lama lagi Insya Allah.

Firaman Allah : Penghargaan Allah terhadap para syuhada'


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”
(TQS At Taubah : 111)

Sambungannya


“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat[***], yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.”
(TQS At Taubah : 112)

Tafsiran Ayat (***) :
Maksudnya: melawat untuk mencari ilmu pengetahuan atau berjihad. Ada pula yang menafsirkan dengan orang yang berpuasa.

Firman Allah : Orang-orang mukmin pasti menang, dan orang-orang kafir pasti hancur


“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. “
(TQS Muhammad : 7)

Takbir!!! Takbir!!! Takbir!!!

Sepuluh Orang Yang Mayatnya Tidak Busuk Dan Tidak Reput Di Hari Qiamat Kelak

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun Umur Akhirat dalam keadaan Tidak Makan dan Tidak Minum , Tidak Duduk dan Tidak Bercakap .
Bertanya Sahabat kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali Orang-Orang Mukmin kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw “Umatku dikenali kerana Wajah mereka putih disebabkan oleh Wudhu'.” Bila qiamat datang, maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka Kecuali pada tempat sujud. Bekas Sujud tidak dihilangkan. Subhanallah..
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu Keimanan' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam Syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Orang Alim Ulama
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya Tidak Busuk dan Tidak Reput dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1.               Para Nabi
2.               Para Ahli Jihad
3.               Para Alim Ulama
4.               Para Syuhada
5.               Para Penghafal Al Quran
6.               Imam atau Pemimpin yang Adil
7.               Muazzin (Tukang Azan)
8.               Wanita yang mati kelahiran / beranak
9.               Orang mati dibunuh atau dianiaya
10.      Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari Qiamat dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
“Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan Syurga.”
Gambaran Semata-Mata
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

(kepada mereka dikatakan): "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu." (TQS Al-Haqqah : 24)

Untuk renungan dan amalan bersama ..

Doa Nabi Yunus Ikan Nun
'Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minalzhaalimiin' 

Wednesday

Penagih Arak Adalah Penyembah Berhala



Hukuman sebat
"Tiap-tiap sesuatu yang yang jika diminum boleh memabukkan, maka sedikitpun hukumnya haram". (HR Nasai dan Abu Daud)
Orang yang meminum arak, hatinya tidak pernah tenang sebenarnya. Kerana Allah SWT telah memberitahu manusia, bahawa dengan meminum arak, syaitan dengan mudah menggoda dan menguasai hati mereka supaya tidak mengingati Allah. Dari tidak mengingati Allah, mereka tidak akan menunaikan sembahyang, kerana sembahyang kepada mereka adalah sesuatu yang amat berat ditunaikan.
Bila hati sudah tidak mengingati Allah dan tidak pula menunaikan sembahyang dengan sebaik-baik dan sekhusyuk-khusyuknya, maka jauhlah manusia itu dari rahmat Allah. Kejauhan manusia dari rahmat itulah akan menambahkan lagi sengsara manusia. Dengannya lahirlah masalah keburukan-keburukan  moral yang amat sulit untuk diatasi.

Di samping itu pula , ada lagi  satu keburukan yang sukar hendak dikesan dengan akal fikiran  yang biasa. Akan tetapi jika dilihat dari keterangan-keterangan al-Qur'an dan as-Sunnah, maka kita akan menerimanya secara ikhlas, bahawa dengan meminum arak maka iman seseorang itu terjejas.
Rasulullah Saw.bersabda yang mafhumnya :
"Penagih arak adalah penyembah berhala". (HR Abu Hurairah).
Pernyataan Rasulullah SAW itu memberi erti yang amat besar, di mana Rasulullah SAW menyamakan penagih  arak itu dengan penyembah berhala . Menyembah berhala adalah perbuatan syirik. Syirik adalah musuh iman, yang akan mencacatkan iman malah merosakkannya sama sekali.
Oleh kerana itu perbuatan meminum arak akan membawa kepada syirik dalam pengertian bahawa amalan-amalan yang dilakukan oleh peminum-peminum arak tidak akan diterima Allah SWT.
Dengan dua keburukan dari perbuatan meminum arak itu maka memang patutlah hukuman yang akan dijatuhkan ke atas mereka di dunia ini lagi jika sabit kesalahan peminum arak itu dengan empat puluh kali dera, sepertimana hadis Rasulullah SAW. yang maksudnya :
Dari Abi Sa'id  al-Khudri katanya :
" Sesungguhnya Rasulullah saw. telah menghukum sebat peminum arak dengan empat puluh kali sebat ".
Untuk menderakan orang yang meminum arak, tidak semestinya dengan menggunakan rotan dan yang seumpamanya. Malahan boleh digunakan alat-alat seperti pelepah kurma (sebagai contoh), dahan-dahan kayu yang sesuai, kasut atau kain yang dijadikan alat untuk menyebat dan sebagainya. Yang pentingnya peminum tersebut menerima 40 kali sebat.
Wallahu A'lam

Rujukan :

Monday

Makan Harta Bathil




Allah berfirman :
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah : 188)

Ayat ini turun berkenaan dengan Imriil Qais bin 'Abis dan 'Abdan bin Asyma' al-Hadlrami yang bertengkar dala soal tanah. Imriil Qais berusaha untuk mendapatkan tanah itu menjadi miliknya dengan bersumpah di depan Hakim. Ayat ini sebagai peringatan kepada orang-orang yang merampas hak orang dengan jalan bathil.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Sa'id bin Jubair.)

Imam ibn Al-‘Arabi
Imam ibn Al-‘Arabi menegaskan ayat ini menerangkan satu dari kaedah utama dalam muamalat Islam, juga merupakan asas bagi semua kontrak pemilikan. Erti ‘makan’ didalam ayat tersebut adalah merangkumi penerimaan, pemberian dan penguasaan, digunakan lafaz ‘makan' sebagai suatu perumpamaan.
Manakala maksud al-bathil menurut Ibn Al-Arabi :
“ Apa sahaja yang tidak halal menurut syarak seperti riba, gharar dan seumpamanya yang tiada satu faedah dan manfaat (buat Islam).”

Imam Al-Qurtubi
Imam Al-Qurtubi memasukkan perjudian, pertaruhan, penipuan, rampasan, khianat, mengingkari hak orang lain, mengambil hak orang lain tanpa restui, upah pelacuran, upah tukang tilik, bomoh, harga dan untung jualan arak, babi dan banyak lagi, semua ini tergolong dalam makanan harta secara bathil.
Imam Al-Qurtubi menyimpulkan bahawa :
“Sesiapa yang memakan harta orang lain tidak di atas landasan izin syarak, maka dia telah makan secara bathil.”

Syeikh Rashid Ridha
Syeikh Rashid Ridha meluaskan lagi bentuk dan erti ‘bathil’ kepada :
“Apa sahaja (bayaran) yang tidak mempunyai timbal balik yang wajar (yang punyai nilai pada pandangan syarak), lagi sebenar, maka ia tergolong dalam erti bathil.”

Kalau Menang Di Mahkamah?
Mungkin ada yang mendakwa bahawa melalui proses kehakiman dan mahkamah, mereka berjaya memperolehi hak ke atas sesutau harta  yang pada asalnya bukan miliknya. Namun, hasil kemenangan tersebut, kini ia telah sah menjadi haknya hasil pengiktirafan hakim atau qadhi.
Al-Qurtubi menolak dakwaan tersebut dengan katanya:
“Barangsiapa yang memakan secara bathil, walaupun jika seorang qadhi (hakim) memutuskan kemenangan kepadamu, sedang kamu sesungguhnya tahu kamu  (hakikatnya) bersalah (menipu), maka yang haram tidak akan sesekali menjadi halal dengan keputusan hakim itu, dia hanya memberikan hukum berdasarkan zahir dan bukti sahaja, dan inilah (hukum yang) ijma’  dalam bab harta.”
 (Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, 2/338)

Pandangan itu jelas bersumberkan hadis Nabi :
“Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka"
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain: Rujuk Naylul Awtar, 8/632,
no 3920 )

Kesimpulan.
Demikian perlunya umat Islam mengambil berat perihal pendapatan mereka, kita bimbang ambil berat ini semakin suram apabila objektif mengumpul dan memperbanyakkan harta menjadi target utama di dalam kehidupan. Apabila itu berlaku, kita akan dapati gejala negatif ini bertambah. Kerana itulah para pemimpin yang berkuasa di semua peringkat perlu segera kembali berperanan untuk mengikat dan mengakarkan hati rakyat jelata dengan pembalasan baik buruk di akhirat. Hanya dengan demikian, keharmonian hakiki akan mampu dikembalikan.
Ringkasannya, termasuk juga dalam erti memakan atau menerima dan mengambil harta secara batil antaranya:-
a.  Menjual sesuatu yang memudaratkan masyarakat seperti menjual ubat dan makanan yang telah tamat tempoh, kesan buruk akibat tercemar atau mempunyai aib tapi disembunyikan,
b.  Upah menjampi yang bercanggah dengan Islam,
c.  Mengadakan kursus motivasi dengan ilmu-ilmu karut dan meragukan seperti sandaran ramal masa hadapan sama ada melalui tarikh lahir, rupa paras dan yang sepertinya,
d.  Menyalahgunakan pekerja sehingga mereka disuruh melakukan tugasan yang tidak dibayar setimpal serta dizalimi dari sebarang kenaikan walau mempunyai merit yang tinggi dan baik.
e.  Mengambil upah hiburan (entertaintment cost) dari syarikat-syarikat sebagai pra-syarat untuk memastikan peluang kontrak dan tender sentiasa baik.
f.   Sengaja dengan niat berhutang dengan niat untuk tidak membayar semula, dan sentiasa beralasan untuk melepaskan diri dari pembayaran semula hutangnya, walau dalam keadaan mampu.
g.  Individu yang tidak termasuk dalam kategori asnaf zakat tetapi menerima wang zakat. Mereka juga adalah pemakan harta secara bathil.
h.  Individu yang mengambil dan menikmati harta waqaf secara peribadi dan menjadikannya sebagai hak miliknya secara tetap. Ini juga ditegah dan termasuk dalam harta bathil.
i.   Memakan dan menyalahgunakan harta anak yatim piatu yang masih kecil.
j.   Hadiah-hadiah yang diberi oleh pelanggan atas alasan kononnya berterima kasih atas kecekapan dan bantuan kita selaku pekerja yang menyiapkan kerja tepat waktunya atau segera. Ia dinamakan wang ‘ghulul’ atau ‘khianat’ oleh Nabi s.a.w.
k.  Mencipta dan menghasilkan filem, novel, penulisan majalah, artikel, kartun, animasi, drama, buku, cerpen dan sepertinya yang meraikan nafsu manusia, bertemakan nafsu dan hiburan bagi meraih keuntungan dari undstri nafsu yang tiada bertepian. Keuntungan yang diperolehi hasil dari hasil 'seni' yang merosakan jatidiri kemanusian, ini tentulah tergolong di dalam harta bathil.
l.   Mencuri dan mengambil kesempatan di atas musibah yang sedang menimpa orang lain, lalu berganda-gandalah dosa mereka.

Akhir sekali nabi mengingatkan kita bersifat unik khususnya di akhir zaman di mana terlalu ramai yang kemaruk wang bathil, sabda Nabi:
“Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya mendengar Nabi Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Seandainya manusia memiliki dua lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah harta) yang ketiga. Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat. “
( Al-Bukhari)

Sunday

Kemaruk Harta “Bathil”



Mengumpul dan memperbanyakkan harta, pangkat, kuasa dan pengaruh adalah salah satu dari sifat biasa manusia. Kita sukakan harta disebabkan manfaat segera yang boleh dinikmati darinya. Sama ada harta tersebut dalam bentuk wang tunai atau juga aset seperti kenderaan, tanah, rumah, saham dan sebagainya.
Dalam pada itu, terlalu ramai manusia yang menjadikan harta dan wang sebagai objektif utama dalam kehdiupannya. Mungkin pada asalnya niat berkerja dan berusaha adalah untuk kehidupan, namun ramai juga yang dalam proses pencarian itu, mereka terpesona dengan kenikmatan segera dari harta ini, lantaran itu kehidupan mula berubah dan tindakan mereka juga terkesan.
Allah swt berfirman :


Bermegah-megahan telah melalaikan kamu[1598], sampai kamu masuk ke dalam kubur.”
(At Takaatsur : 1-2)

Huraian : (1598) Maksudnya: bermegah-megahan dalam soal banyak harta, anak, pengikut, kemuliaan, dan seumpamanya telah melalaikan kamu dari ketaatan.

Kelalaian itu hingga membawa manusia mencari harta walau dengan apa cara sekalipun, sehingga ramai yang tanpa merasa bersalah atau mengendahkan perasaan orang lain, mengambil hak yang bukan miliknya yang sah, tidak pula diiktiraf oleh hukum Islam.
Nabi s.a.w sudah mengingatkan kita agar mengasihi saudara kita sama seperti mengasihi diri sendiri. Sudah tentu, sesuatu yang buruk tidak pernah kita ingini berlaku kepada diri dan keluarga kita. Sesuatu yang kita benci, amat sekali tidak wajar dilakukannya kepada manusia yang lain, tentunya dia juga tidak suka diperlakukan sedemikian.

Ada Yang Bertanya Kepada Saya:
"Ustaz bolehkah kita ubah jumlah kos claim kerana kita layak tetapi kita tidak menggunakannya, justeru kita buat resit sendiri"
yang lain pula bertanya :
"Sebagai kakitangan syarikat, apa pandangan ustaz jika kita ambil serba sedikit kemudahan syarikat untuk faedah kita seperti fotostat, telefon dan sebagainya, boleh tak ustaz?"
Saya kira, soalan ini diketahui jawapannya oleh penanya, tetapi ada sebahagiannya bertanya kerana nafsu dan mindanya cuba untuk mencari jalan mengharuskan.
"Bagaimana kalau kita yang menjadi boss, adakah kita suka kakitangan kita melakukan sedemikian terhadap harta syarikat kita?, tentunya purata kita tidak akan suka, maka  mengapa kita tergamak melakukannya kepada orang lain? Itulah jawapannya, apabila seseorang tidak suka dan tidak benarkan, penggunaan itu adalah penggunaan harta yang bathil” Jawab saya ringkas.
Begitu dalam maksud dari hadis nabi yang kerap mengajar kita untuk meletakkan diri kita di tempat mangsa.
Syeikh Rashid Ridha menegaskan “penghormatan harta yang dimiliki oleh orang lain itu sebenarnya adalah merupakan penghormatan kepada hartamu sendiri.”
( Tafsir Al-Manar, 2/195) 

Thursday

Kelebihan Anak Membaca Al-Quran


 Muadz Al-Juhani r.a memberitahu, Rasulullah s.a.w bersabda,
“ Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri?   Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud
                Melalui  keberkatan membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungan, kedua ibu bapa si pembaca akan dipakaikan mahkota kemuliaan yang sinarnya dapat melebihi sinar matahari yang sinarnya di dalam rumah kita. Sedangkan matahari itu letaknya sangat jauh dari tempat kita  tetapi cahayanya sangat terang, apalagi jika matahari itu berada dalam rumah kita, pasti sinaranya luar biasa.
                Sedangkan cahaya mahkota yang di pakaikan kepada ibu bapa si pembaca al-Quran adalah lebih terang lagi. Sekiranya ibu bapanya sudah diberi kemuliaan begitu hebat, sudah semestinya si pembacanya sendiri akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda banyaknya. Orang yang menjadikan perantaraan sahaja akan mendapat martabat yang tinggi, apalagi orang yang menjadi penyebabnya. Kedua-dua ibu bapa si pembaca di beri kemuliaan ini kerana mereka sudah melahirkan dan mendidiknya.
                Penekanan, beradanya matahari di rumah kita’ mempunyai maksud yang sangat mendalam. Kecintaan dan kesenangan kepada sesuatu akan bertambah sekiranya sesuatu itu selalu berada di samping kita. Walaupun matahari letaknya sangat jauh, tetapi ia mendatangkan rasa cinta kepadanya, apalagi sekiranya ia berada hampir dengan kita.
                Sebagai tambahan dalam menerangkan sinar mahkota yang disebutkan dalam hadis di atas, iaitu adanya kecintaan dan kepuasan terhadap mahkota itu. Setiap orang mendapatkan manfaat dari cahaya matahari, tetapi  jika ia dapat memberikan manfaat itu kepada seseorang, sudah tentu hal ini merupakan kebanggaan kepada si pemberinya.
Contoh Yang Di Maksudkan
Wallahu a'lam
                Hakim r.a meriwayatkan sebuah hadis dari Buraidah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
 “ Seseorang yang membaca al-Quran dan beramal dengannya, dia akan dipakaikan mahkota yang diperbuat dari nur dan kedua-duanya ibu bapanya akan diberi pakaian yang lebih berharga daripada dunia dan seisinya. Mereka akan berkata, “ Wahai Allah! Mengapa kami diberi pakaian ini? ’’ Allah menjawab, “ Kerana bacaan al-Quran yang dibaca oleh anakmu.
                Dari Ibnu Abbas r.a memberitahu, suatu ketika Jibril a.s turun lalu memberitahu kepada Rasulullah s.a.w bahawa akan terjadi banyak fitnah. Rasulullah s.a.w bertanya,
“ Apakah jalan keluarnya ( agar selamat darinya, wahai Jibril a.s ? ” Jibril a.s menjawab, “ Kitabullah ( al-Quran yang mulia ).” Hadis riwayat oleh Razin
Beramal dengan apa yang terkandung dalam kitab Allah akan menjaga kita daripada fitnah dan keberkataan daripada membacanya juga adalah suatu cara bagi menghindari maksiat.
Waallahu a’lam

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏