Justeru
sebuah masyarakat yang bertamadun menurut perspektif Islam, berkepimpinan
cemerlang dalam tanggungjawab adalah mereka yang berjaya membentuk rakyat
sehingga hatinya bertaut jernih di antara satu dengan lain. Sanggup dan 'ringan
tulang', bantu membantu dan harmoni tanpa ada kerakusan untuk mengambil harta
orang lain secara salah.
Hanya
dengan itu statistik rasuah benar-benar akan berjaya dikurangkan, demikian
juga rompakan, pencurian, pecah amanah, penindasan riba dan lain-lain jenayah.
Selagi kepimpinan meletakkan sasaran kemajuan hartabenda, kekayaan harta dan
material sebagai ‘standard’ atau kayu ukur kejayaan sehingga mengabaikan tugas
memulih dan membersihkan jiwa dan hati rakyat, selagi itulah pertambahan manusia
rakus akan sentiasa seiringan dengan pembangunan material. Tatkala itu
pembangunan material itu akan naik bersama sekumpulan manusia rakus yang
memonopoli dan mengambil keuntungan dari pembangunan itu. Keuntungan menjadi
tersekat kepada satu kumpulan sahaja, tanpa dapat ia dikongsi oleh masyarakat
ramai. Di waktu itu, yang kaya bertambah kaya, yang miskin semakin papa
kedana.(Sekularisme).
Kerana itulah Allah swt
berfirman ;
“..supaya
harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara
kamu..”
(TQS Al-Hasyr : 7)
Namun apabila bab hukum
dalam pentadbiran kuasa, ekonomi, perniagaan dan kontrak pertukaran hak
pemilikan ini tidak diberikan perhatian wajar, gejala negatif akan meningkat.
Nabi bersabda :
“Tiadalah
seorang hamba yang diberikan oleh Allah tanggungjawab kepimpinan, lalu dia
tidak menasihati rakyatnya, kecuali tiadalah akan diperolehi bau syurga (sekalipun).”
Ibn Umar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah,
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Apabila kamu hendak makan,
hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah
dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan
tangan kiri.” (Sahih Muslim)
Sudah menjadi kebiasaan masyarakat timur untuk
mendahulukan apa jua perbuatan dengan tangan kanan, baik bersalam, makan,
menunjuk dan sebagainya jadi apabila kita mendengar hadis diatas bukanlah ia
menjadi sesuatu yang janggal. Akan
tetapi rata-rata masyarakat moden dizaman ini mula makan dengan tangan kiri,
baik di majlis-majlis rasmi hinggalah ke makan di tempat-tempat ternama seperti
di hotel-hotel besar.
Akan tetapi Nabi berpesan agar makan
menggunakan tangan kanan dan sesiapa yang makan menggunakan tangan kiri, mereka
mengikut amalan syaitan. Melihat tamadun barat yang menyuap makanan dengan
tangan kiri malah itu juga diikuti oleh golongan elit bangsa kita di
majlis-majlis “high level”, pasti
ada hikmah mengapa Nabi melarang berbuat demikian.
Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfere
kiri dan kanan, bahagian kiri badan dikawal oleh bahagian kanan otak dan
sebaliknya. Kajian sains mengenai aktiviti otak menunjukkan, secara amnya lebih
banyak aktiviti dibahagian kiri otak ketika seseorang itu sedang berada dalam
keadaan yg positif contohnya mesra, riang gembira dan sebagainya. Sifat-sifat
negatif seperti menyendiri lebih aktif diotak sebelah kanan.
Mengapa apabila kita dilanda masaalah, meluahkan
perasaan ataupun bercakap samada kepada diri sendiri ataupun kepada manusia
lain serba sedikit dapat mengurangkan tekanan didalam diri kita? Ini
berkemungkinan disebabkan otak kiri terlibat lebih aktif dalam bahasa
pertuturan, aktiviti berkomunikasi dengan tidak secara langsung membuat
bahagian kiri otak aktif lantas menimbulkan perasaan positif dan mengurangkan
tekanan perasaan.
Jadi jika kita kaitkan dengan aktiviti makan
menggunakan tangan kanan yang mana akan mengaktifkan bahagian kiri otak, bukankah
ia akan menimbulkan perasaan positif? Lebih positif semasa kita menjamu selera,
lebih mudah makanan dihadamkan dan makin sihatlah tubuh badan.
Makan dengan tangan kiri mengaktifkan otak
kanan yg dikaitkan dgn sifat-sifat negatif, sebab itulah makan dengan tangan
kiri meniru syaitan kerana sifat syaitan itu sendiri yang penuh dengan dengki dan sombong. Lebih bahaya lagi apabila
perbuatan makan dengan tangan kiri itu juga akan membuatkan manusia lebih
mementingkan diri sendiri dan tidak peduli lagi pada insan-insan lain
terutamanya dalam hal makan tersebut.
Realiti
& Fikirkannya.
Masih ingat lagi ketika mula memasuki bidang
perkhidmatan VIP, kami rakan-rakan sekerja diarahkan untuk menghadiri kursus
etika pakaian dan pemakanan. Kami diajar cara berpakaian yang “betul”
termasuklah cara menggunakan segala jenis sudu garpu pisau, etika pemakanan
barat sebagai persiapan untuk meghadiri majlis-majlis rasmi, ini termasuklah
dengan menyuap makanan dengan tangan kiri.
Persoalannya.
Persoalannya adalah, jika etika makan ala
barat di praktikkan oleh golongan elit masyarakat kita yang rata-ratanya adalah
pemimpin, maka lebih kerap otak kanan diaktifkan ketika makan yg mana ianya
boleh dikaitkan dgn sikap negatif, menyendiri dan pentingkan diri sendiri,
mungkinkah itu penjelasan mengapa pemimpin-pemimpin kita rata-ratanya membuat
keputusan lebih untuk kepentingan diri, kroni berbanding masyarakat? Mungkinkah
ini penjelasan mengapa manusia yang kaya makin bertambah kaya, berniaga dan
mengambil untung berganda-ganda tanpa mengira kesan terhadap masyarakat dan
persekitaran?
Apa yang saya kemukakan ini hanyalah hipotesis
saya sahaja dari pembacaan, tepuk dada dan guna frontal lobe anda untuk
berfikir sedalam-dalamnya. Tiada perintah Allah dan anjuran Nabi yang tiada
kebaikan untuk umat manusia, hanya mereka yang melihat dengan mata hati
keimanan sahaja yang dapat memahami.