Showing posts with label Syaitan. Show all posts
Showing posts with label Syaitan. Show all posts

Sunday

Kemaruk Harta “Bathil”



Mengumpul dan memperbanyakkan harta, pangkat, kuasa dan pengaruh adalah salah satu dari sifat biasa manusia. Kita sukakan harta disebabkan manfaat segera yang boleh dinikmati darinya. Sama ada harta tersebut dalam bentuk wang tunai atau juga aset seperti kenderaan, tanah, rumah, saham dan sebagainya.
Dalam pada itu, terlalu ramai manusia yang menjadikan harta dan wang sebagai objektif utama dalam kehdiupannya. Mungkin pada asalnya niat berkerja dan berusaha adalah untuk kehidupan, namun ramai juga yang dalam proses pencarian itu, mereka terpesona dengan kenikmatan segera dari harta ini, lantaran itu kehidupan mula berubah dan tindakan mereka juga terkesan.
Allah swt berfirman :


Bermegah-megahan telah melalaikan kamu[1598], sampai kamu masuk ke dalam kubur.”
(At Takaatsur : 1-2)

Huraian : (1598) Maksudnya: bermegah-megahan dalam soal banyak harta, anak, pengikut, kemuliaan, dan seumpamanya telah melalaikan kamu dari ketaatan.

Kelalaian itu hingga membawa manusia mencari harta walau dengan apa cara sekalipun, sehingga ramai yang tanpa merasa bersalah atau mengendahkan perasaan orang lain, mengambil hak yang bukan miliknya yang sah, tidak pula diiktiraf oleh hukum Islam.
Nabi s.a.w sudah mengingatkan kita agar mengasihi saudara kita sama seperti mengasihi diri sendiri. Sudah tentu, sesuatu yang buruk tidak pernah kita ingini berlaku kepada diri dan keluarga kita. Sesuatu yang kita benci, amat sekali tidak wajar dilakukannya kepada manusia yang lain, tentunya dia juga tidak suka diperlakukan sedemikian.

Ada Yang Bertanya Kepada Saya:
"Ustaz bolehkah kita ubah jumlah kos claim kerana kita layak tetapi kita tidak menggunakannya, justeru kita buat resit sendiri"
yang lain pula bertanya :
"Sebagai kakitangan syarikat, apa pandangan ustaz jika kita ambil serba sedikit kemudahan syarikat untuk faedah kita seperti fotostat, telefon dan sebagainya, boleh tak ustaz?"
Saya kira, soalan ini diketahui jawapannya oleh penanya, tetapi ada sebahagiannya bertanya kerana nafsu dan mindanya cuba untuk mencari jalan mengharuskan.
"Bagaimana kalau kita yang menjadi boss, adakah kita suka kakitangan kita melakukan sedemikian terhadap harta syarikat kita?, tentunya purata kita tidak akan suka, maka  mengapa kita tergamak melakukannya kepada orang lain? Itulah jawapannya, apabila seseorang tidak suka dan tidak benarkan, penggunaan itu adalah penggunaan harta yang bathil” Jawab saya ringkas.
Begitu dalam maksud dari hadis nabi yang kerap mengajar kita untuk meletakkan diri kita di tempat mangsa.
Syeikh Rashid Ridha menegaskan “penghormatan harta yang dimiliki oleh orang lain itu sebenarnya adalah merupakan penghormatan kepada hartamu sendiri.”
( Tafsir Al-Manar, 2/195) 

Saturday

Syaitan Membantu Pemuda Ke Masjid


 Seorang pemuda bangun awal pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid.
Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu.
Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab “Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..”
Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .
Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali kali dan, lagi, jawabannya sama.
Pemuda bertanya : kenapa menolak untuk masuk dan solat..?
lelaki itu menjawab :"Aku adalah IBLIS"
Pemuda itu terkejut dengan jawaban lelaki itu.
Syaitan kemudian menjelaskan :
Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah telah memaafkan semua dosa-dosamu. Saya membuatmu jatuh kali kedua, dan bahkan itupun tidak membuatmu berubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid. Karena hal itu, Allah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu.
Saya KAWATIR dan TAKUT jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai di masjid dengan selamat....'
Moral:
Jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yang akan kamu dapat dari segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut..
Waallahua’lam

Wednesday

Hati Hitam Syaitan



Seorang saudagar yang soleh lagi kaya telah menyuruh seorang hamba untuk menjaga kambing-kambingnya. Setiap hari sihamba ini akan membawa kambing ke padang ragut dan memasukan semula ke kandang bila hari telah malam. Suatu hari bila kambing ini pulang, saudagar melihat ada seekor kambing yang kakinya telah hilang satu. Ini menyebabkan kambing itu berjalan terhenjut-henjut. Timbul-lah perasaan kasihan pada hati saudagar soleh serta bercampur kehairanan. Lalu ia bertanya, “Angkara siapakah ini ?”
                Jawab sihamba, “Saya yang membuatnya menjadi begitu.” Mendengar pengakuan sihamba ini maka beristifarlah saudagar lalu berkata, “Mengapa engkau sanggup melakukan seperti ini, bagaimana pula jika ia berlaku pada kakimu,tidakkah kamu menaruh perasaan kasihan padanya?” Balas sihamba, “Saja untuk suka-suka dan aku ingin melihat engkau marah.” “Baiklah, sekarang aku akan membuat syaitan yang menghasutmu melakukan seperti itu menjadi sakit hati.” Kata sisoleh. “Membuat hati syaitan sakit tetapi bagaimana?” Tanya sihamba.
                “Mulai sekarang engkau aku merdekakan semata-mata kerana Allah Ta’ala, pergilah kemana engkau suka.” Kata sisoleh.bukan main girang hati sihamba bila tindakkanya untuk menyakitkan hati tuannya tidak berhasil sebaliknya menjadikan dirinya pula dimerdekakan. Siapakah yang sakit hati dalam peristiwa ini?
Waallahua’lam

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏