Monday

Sejarah Al Imam Ahmad Bin Hambal



Sabda Rasulullah, "Sebesar besar jihad adalah menyampaikan kalimah haq di hadapan penguasa yang zalim." Usaha usaha ulama terdahulu yang mempertahankan yang benar dihadapan penguasa zalim sepatutnya menjadi tauladan kepada kita. Kisah kisah mereka banyak dibukukan untuk pembacaan generasi kita dan akan datang. Semoga ringkasan contoh contoh ulama mempertahankan kebenaran ini menjadi tauladan kepada kita.


Di zaman Imam Ahmad terdapat suatu golongan dipanggil Mu'tazilah yang mana mereka percaya bahawa Al Quran adalah makhluk Allah. Golongan Mu'tazilah ini sangat besar pengaruhnya diperingkat tertinggi pemerintahan. Termasuk Amirul Mukminin Al Ma'mun juga terpengaruh sama. Gologan Mu'tazilah senang mempengaruhi  pihak pengusa kerana mereka begitu rapat dengan penguasa dan mereka tidak pernah menentang apa yang dilakukan oleh penguasa dan pegawai-pegawainya. Dengan ini mereka sangat terpengaruh dan diberi kepercayaan oleh penguasa. Mereka menamakan fahaman ini Aqidah Taqiyah.
            Pendapat ini sangat bertentangan dengan pendapat ulama ulama besar ketika itu termasuk Imam Ahmad .  Kaum Mu'tazilah mempengaruhi penguasa supaya meyebarkan fahaman Aqidah Taqiyah mereka dan mana mana yang menentang  akan dikenakan siksaan. Mereka juga menyiksa dan memenjara ulama ulama yang menentang fahaman mereka. Imam Ahmad juga dipenjarakan. Sahabat Imam Ahmad, Muhammad bin Nuh meninggal didalam penjara akibat disiksa begitu kejam sekali.
            Kematian sahabatnya tidak melemahkan imannya supaya terus menentang Aqidah Taqiyah dan kezaliman pengusa. Beliau menerima sebatan sebanyak 110 kali tetapi tetap berkata Al Quran bukanlah makhluk Allah. Imam Ahmad dibebaskan dari penjara dibawah pimpinan Al Wastiq setelah kematian Al Mu'tashim, ayahnya yang mengambil alih kuasa setelah kematian  Al Ma'mun , juga terpengaruh dengan Mu'tazilah. Pembebasan in kerana atas desakan dari rakyat yang bangun menentang kezaliman penguasa. Imam Ahmad hampir tidak dapat berjalan semasa dibebaskan. Setelah kesihatannya pulih beliau meneruskan aktivitinya sebagai ulama yang tegas dengan fatwanya  dan gurubesar disebuah sekolah. Al Wastiq begitu geram kerana rakyat masih menentangnya walaupun telah membebaskan Imam Ahmad. Beliau mula berbincang dengan gologan Mu'tazilah dan akhirnya mereka mula menangkap dan menghalang sesiapa yang pergi belajar dengan Imam Ahmad.
            Cara ini juga tidak berjaya dan akhirnya Al Wastiq yang telah terpengaruh oleh Mu'tazilah mengenakan tahanan rumah yang mana Imam Ahmad tidak boleh keluar dan menerima  kunjungan dari anak anak muridnya maupun saudara-saudaranya. Pemerintah bertujuan menghapuskan pengaruh Imam Ahmad. Penahanan ini berlaku sehinggalah kematian Al Wastiq. (Dipetik dari buku "Ulama' dan Penguasa" - Abdul Aziz Ismail)

Sejarah Al Imam Malik Bin Anas



Sabda Rasulullah, "Sebesar besar jihad adalah menyampaikan kalimah haq di hadapan penguasa yang zalim." Usaha usaha ulama terdahulu yang mempertahankan yang benar dihadapan penguasa zalim sepatutnya menjadi tauladan kepada kita. Kisah kisah mereka banyak dibukukan untuk pembacaan generasi kita dan akan datang. Semoga ringkasan contoh contoh ulama mempertahankan kebenaran ini menjadi tauladan kepada kita.


Fatwanya  "Tidak sah perceraian yang dipaksakan" dan bahkan apa yang dipaksakan dan tidak sesuai dengan kehendak rakyat adalah tidak sah mengikut  hukum Islam. Sedangkan Amirul Mukminin, Al Mansur  melantik pemimpin/penguasa dari kalangan ahli keluarganya dan orang yang dekat dengan keluarganya dan perlantikan itu tidak dari suara orang ramai. Jadi ia bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Imam Malik bersandarkan Hadis Rasulullah yang benar. Imam Malik begitu bertegas dengan fatwanya, walaupun setelah Al Mansur mengarahkan agar fatwanya diubah. Akibatnya pergerakkan Imam Malik dipersempitkan, diawasi dan dihalangi. Walaupun begitu beliau terus menyebarkan wasiat Rasulullah dan menegakkan hukum Allah dan akhirnya beliau dimasukkan penjara dan disebat 70 kali.


Sejarah Al Imam Said Bin Musayyab



Sabda Rasulullah, "Sebesar besar jihad adalah menyampaikan kalimah haq di hadapan penguasa yang zalim." Usaha usaha ulama terdahulu yang mempertahankan yang benar dihadapan penguasa zalim sepatutnya menjadi tauladan kepada kita. Kisah kisah mereka banyak dibukukan untuk pembacaan generasi kita dan akan datang. Semoga ringkasan contoh contoh ulama mempertahankan kebenaran ini menjadi tauladan kepada kita.

1. Al Imam Said Bin Musayyab.
            Menunaikan haji sebanyak 40 kali. Tidak pernah ketinggalan  solat berjemaah jika tiada alasan dan selalu di saf  hadapan.  Menolak lamaran Amirul Mukminin, Abdul Malik bin Marwan untuk dinikahkan dengan puteranya Al  Walid, kerana tidak mahu membiarkan anak gadisnya  dihiasi dengan kemewahan dunia yang boleh mengakibatkannya lupa kepada akhirat. Anak gadisnya dikahwinkan dengan anak muridnya yang kematian isteri dengan mas kahwin  hanya 2 dinar. Tidak menghadiri majlis membai'tkan putera Al Walid  yang dinobatkan  mengganti Amirul Mukminin Abdul Malik dan pelantikan Sulaiman bin Yasar sebagai Pemimpin Pemerintah bagi suatu wilayah kekuasaan Amirul Mukminin, kerana tidak mendapat persetujuan dari masyarakat . Pelantikkan itu terkeluar dari syariat Islam kerana  memperkosa hak hak asasi manusia untuk menentukan orang yang mereka sukai dan cintai. Jadi menurutnya pembai'tan itu dilakukan secara paksa.
            Lalu Imam Al  Said disiksa dengan 50 kali sebatan dan diarak megelilinggi pasar untuk dipertontonkan. Imam Said sekali lagi disiksa dengan 60 kali sebatan kerana tidak bersetuju perlantikkan Jahir Al Aswaad Az Zuhri sebagai wali di sebuah kota, kerana Jahir seorang yang banyak melakukan kesalahan dan tidak mahir dalam syariat Islam.  Imam Said juga dipenjara oleh Jahir.  Dibebaskan semula oleh  Abdullah bin Zubair. Segala penderitaan ini dilalui oleh Imam Al  Said dengan tabah dan lebih berani  kerana membenarkan apa yang benar.  Beliau meninggal pada tahun 91 H.

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏