Thursday

Hukum Merokok

Pernah beberapa kali saya terjumpa artikel di dalam akhbar (Harakah dan lain-lain) yang mengatakah fatwa merokok telah jatuh hukum HARAM dalam mempertimbangkan keadaan sekarang. Masalahnya didapati ramai orang-orang Islam yang tidak 'menghiraukan' dan tidak dapat menerima hakikat ini, malah di setengah-setengah kampung tabiat ini dianggap sebagai 'adat' terutamanya selepas majlis syarahan agama, di dalam masjid pulak tu. Bolehkah Tuan jelaskan scenario ini dengan mengemukakan hujah yang bernas untuk tujuan perbahasan dengan ustaz-ustaz kampung ini.
Jawab:

Jawapan panjang lebar dengan syarah yang berjela-jela boleh dibaca dalam kitab Fatawa Muasirat karangan Syaikh Qardhawi; saya hanya menurunkan rumusannya sahaja.
Ø  Tobacco atau tembakau mula dikenali oleh umat Islam pada 10 Hijrah. Maka keluarlah pelbagai fatwa dan pendapat fuqaha' serta madzhab yang setengahnya mengharamkan, ada yang memakruhkan dan ada yang mengharuskan.

Ø  Oleh kerana zaman itu ilmu perubatan belum dapat mempastikan bahayanya tembakau, maka kita tinggalkan pendapat-pendapat mereka yang pelbagai itu dan kita boleh dengan secara pasti sudah boleh mengharamkan tembakau kerana sudah diperkuat dengan penemuan dari ilmu perubatan (kedoktoran) yang secara pasti (qat'iy) telah mengesahkan bahaya akibat merokok.




Ø  Haramnya rokok tidak sama tarafnya dengan haramnya arak, zina dan mencuri. Dalam Islam, haram ada tingkatannya, yang ringan dan ada yang berat. Haram yang berat hanya dapat ditebus dengan taubat nasuha, manakala haram yang ringan dapat dihapuskan dengan solat lima waktu.


Ø  Haram sesuatu yang tidak ijmak (sepakat di kalangan fuqaha') tidak sama dengan haram sesuatu yang ijmak di kalangan fuqaha'. Rokok tidak sampai lagi ke tahap ijma' di kalangan fuqaha'. Implikasinya para perokok tidak boleh dituduh fasik atau murtad lantaran mereka melakukan yang haram yakni merokok.





Bagaimana ada ulamak dan ustaz yang merokok?

Ø  Mereka adalah sama dengan para doktor yang tahu bahaya merokok tetapi masih ramai doktor yang merokok, bezanya mereka ini tahu hukum makruh tanzih atau haram. Ini semua kerana mereka telah belajar merokok sejak kecil dan tidak dapat melepaskan diri daripada ketagihan kepada rokok. Mereka juga sama tidak terlepas daripada tiga keadaan yang kita sebutkan diatas

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏