Sunday

Persoalan Hidup Seorang Manusia, Kenapa?


 Kenapa Aku Diuji?
“ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan  saja mengatakan ; “ kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?
“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
“ Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”
-Surah Ali-Imran ayat 139

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?
“ Hai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu Berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200

“Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka…….”
-Surah At-Taubah ayat 111

Kepada Siapa Aku Berharap?
“ ….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal… ’’
-Surah At-Taubah ayat 129

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!!
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12
Lembaran Al-Quran

Pesanan Ana kepada Antum semua..  Jadikan Ayat Al-Quran ini Satu Panduan kita seharian supaya kita tidak terleka daripada ZatNya.

Jazakallah Khairan
Ilallah : An-Nuayman Ibn Amru

Saturday

Tinggal Satu Peluru

Dunia hari ini kadang-kadang mengukur kemaskulinan lelaki pada apakah dompetnya penuh. Nampaknya dunia seolah-olah tidak adil, tetapi untuk kelihatan macho memang poket perlu penuh. Seorang lelaki ibarat kehilangan taring tanpa duit. Seorang yang selalu pokai menggambarkan banyak kelemahan pada dirinya, contohnya dia tidak pendai menguruskan wang atau tidak pandai mencari wang. Semua berkaitan dengan harta pada kehidupan kini boleh meletakan seseorang itu di hormati ataupun tidak.
            Tuntutan untuk memiliki harta ataupun sekurang-kurangnya pendapatan yang menjamin cukup penting untuk berada pada tahap kemaskulinan yang sejati. Bayangkan seorang lelaki tanpa duit, segalanya akan terbatas buat dia. Seorang lelaki tanpa duit ibarat seorang pahlawan tanpa senjata. Apa yang hendak diharapkan pada pahlawan tanpa senjata?
            Seseorang lelaki itu meskipun handsome tetapi miskin adalah amat rendah di sisi seorang wanita yang buruk tetapi kaya. Sekurang-kurangnya seorang lelaki perlu yakin dengan keupayaannya untuk melindungi dan memberikan kebahagiaan kepada seseorang wanita dan wang yang mencukupi adalah satu.
            Anda lelaki? Maka anda perlukan pekerjaan menjamin pendapatan. Kemuncak kemaskulinan masa kini adalah pangkat dan pendapatan. Tanpa menyampingkan soal-soal keperibadian dan kerohanian yang baik, duit tetap menjadi dalam kesempurnaan kehidupan seorang lelaki.
            Sebuah Negara yang terkategori dalam kelompok Negara miskin telah mencapai pertumbuhan yang merangsangkan, sudah tentu ini satu cabaran bagi anda yang tinggal di Malaysia, sebuah Negara yang pesat dalam segala hal.
            Bagaimana? Bukankah itu bermakna usaha untuk mengubah hidup patut menjadi agenda utama anda selain hal-hal lain yang sama penting? Kelakian bermakna kejantanan dan kejantanan yang diperlukan itu adalah yang bersifat melindungi, menjamin, dan harmoni. Kesemuanya ini, boleh di bentuk dengan wang yang cukup. Meskipun, tidak semestinya wang melindungi, menjamin kehidupan dan memberikan keharmonian sejati, ia tetap menjadi faktor menyumbang.
            Bina hidup anda agar boleh dibanggakan sebagai lelaki sejati. 

Berusaha keras
Hari ini adalah untuk keperluan esok. Orang menanam padi hari ini untuk dituai hasilnya kemudian. Setiap yang malas tidak berbuat apa-apa hari ini, besok tidak akan memungut apa-apa hasil. 

 Rancang hidup anda
Rancanglah hari anda agar hidup menjadi lebih bermakna dan terarah. Berikan target-target tertentu untuk dicapai dalam hidup. Kita akan menjadi lebih kuat dan mantap jika ada matlamat besar yang diletakan dihadapan. 

 Bina keperibadian tinggi
Anda akan berada pada pakej yang mengagumkan apabila sumber pendapatan anda kukuh, hidup pula kelihatannya dirancang dengan baik dan teliti serta, memiliki keperibadian yang tinggi. Kemaskulinan sejati yang sebenar adalah pada wang, kedudukan pada masyarakat dan juga keperibadian yang mengagumkan.
Lelaki Muslim Sejati Pemangkin Ummah

Hidup semalam banyak mengajar, ingat-ingat tinggalkan satu peluru, wayang dulu tak pernah reda, hitam putih telah pun diterima, helah mengelah mencuru mimpi.

Jazakallah Khairan.

Friday

Himpunan Doa-Doa Solat Sunat


 Doa Solat Dhuha

“ Ya Allah Bahawasanya Waktu  Dhuha Itu Waktu Dhuha Mu, Kecantikan Itu Ialah KecantikanMu, Keindahan Itu KeindahanMu, Kekuatan Itu KekuatanMu, Kekuasaan Itu KekuasaanMu, Dan Perlindungan Itu PerlindunganMu. Ya Allah Jika Rezekiku Masih Di Atas Langit Turunkanlah Dan Jika Sukar Mudahkanlah Jika,  Haram Sucikanlah, Jika Masih Jauh Dekatkanlah. Waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan Kekuatan Dan Kekuasaan, Limpahkan Kepada Kami Segala Yang Telah Engkau Kepada Hamba-HambaMu Yang Soleh ”.


 Doa Solat Tahajjud
“ Ya Allah, BagiMu Segala Puji. Engkau Penegak Langit Dan Bumi Dan Segala IsiNya. BagiMu Segala Puji. BagiMu Kerajaan Langit Dan Bumi Serta IsiNya. Dan BagiMulah Segala Puji Cahaya Bagi Langit Dan Bumi, Engkaulah Yang Hak, Dan JanjiMu Adalah Hak, Dan Syurga Adalah Hak, Dan Neraka Adalah Hak, Dan Nabi-Nabi Adalah Hak, Dan Nabi Muhammad S.A.W Adalah Hak, Dan Saat Hari Kiamat Itu Adalah Hak, Ya Allah , KepadaMulah Kami Berhukum. Ampunilah Kami Atas Kesalahan Yang Sudah Kami Lakukan Dan Yang Belum Kami Lakukan, Baik Yang Kami Sembunyikan Mahupun Yang Kami Nyatakan. Engkaulah Tuhan Yang Terdahulu Dan Tuhan Yang Terakhir. Tiada Tuhan Melainkan Engkau. Tiada Daya Dan Kekuatan Melainkan Dengan Allah”.

Doa Solat Taubat
“ Ya Allah, Engkau Adalah Tuhanku, Tidak Ada Tuhan Selain Engkau, Engkau Yang Menciptakan Dan Aku AbdiMu, Dan Aku Berada Dalam Perjanjian DenganMu, Ikrar KepadaMu (Yang Akan Kulaksanakan Dengan) Segala Kemampuanku, Aku Berlindung PadaMu Dari Kejahatan Apa-Apa Yang Telah Aku Lakukan, Aku Mengakui (Dengan Sebenar-benarNya) NikmatMu Kepadaku, Dan Aku Mengakui Dosaku, Maka Ampunilah Aku, Kerana Tidak Ada Yang Boleh Mengampuni Dosa-Dosa, Kecuali Engkau”.

Doa Solat Hajat
“ Maha Suci Allah Yang Bersifat Dengan Kemuliaan Dan Dia Berfirman DenganNya. Maha Suci Allah Yang Mempunyai Sifat Ketinggian Dan Menjadi Mulia DenganNya. Maha Suci Allah Yang Meliputi IlmuNya Segala Sesuatu, Maha Suci Allah Yang Tidak Ditasbih MelainkanNya. Maha Suci Allah Yang Mempunyai Pemberian Dan Kelebihan. Maha Suci Allah Yang Mempunyai Kebesaran Dan Kemuliaan. Maha Suci Allah Yang Mempunyai Pemberian Dan Nikmat. Aku Memohon Rahmatmu Dari KitabMu Dan Dengan NamaMu Yang Mulia Dan KehormatanMu Yang Tinggi Dan Kalimat-KalimatMu Yang Sempurna Yang Tidak Dapat Diatasi Oleh Sebarang Kebaikan Dan Kejahatan Bahawa Engkau Selawat Dan Salam Kepada Nabi Muhammad SAW Dan Segala Keluarganya”.

Doa Solat Witir
“ Ya Allah, Sesungguhnya Aku Berlindung Dengan KeredhaanMu Daripada KemurkaanMu, Dan Aku Berlindung Dengan KemaafanMu Daripada BalasanMu, Dan Aku Berlindung DenganMu Seperti PujiMu Sendiri Ke Atas DiriMu. Maka Segala Pujian Dan Sanjungan Sehingga Engkau Redhai”. 

Doa Solat Istikharah.
“ Ya Allah, Aku Pohonkan Pilihan Menurut PengetahuanMu Dan Pohonkan Penetapan Dengan KekuasaanMu. Aku Juga Memohon KurniaMu Yang Besar, Sebab Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui Dan Aku Tidak Mengetahui Apa-Apa. Engkau Maha Mengetahui Segala Yang Ghaib. Ya Allah, Jikalau Di Dalam IlmuMu Bahawa Urusan Ku Baik Untukku Dalam Agamaku, Kehidupanku Serta Akibat Urusanku, Maka Takdirkanlah Untukku Dan Mudahkanlah Serta Berikalah Berkah Kepadaku DalamNya. Sebaliknya Jikalau Di Dalam IlmuMu Bahawa Urusan Ini Buruk Untukku, Dalam Agamaku, Kehidupan Serta Akibat Urusanku, Maka Jauhkanlah Hal Itu Daripadaku Dan Jauhkanlah Aku Daripadanya Serta Takdirkanlah Untukku Yang Baik-Baik Saja Dimana Saja Adanya, Kemudian Puaskanlah Hatiku Dengan Takdirmu Itu”.



Insya’allah dengan doa yang sedia ada ini, bolehlah kita beramal dan menambahkan pahala kebaikan untuk bekalan didunia yang sementara ini..

Apa yang baik itu datangnya dari Allah, yang tidak baik itu datangnya dari silap Ana sendiri…

Dari Usrah Huzaifah Ibn Yaman

Sunday

3 Anak Muda Menggegar Dunia



 
           
            Freemason Adalah Musuh Sebenar Umat Islam..Sedarlah Umat Islam ,Kajilah Tentang Pertubuhan Freemason.. Kelak Kamu Akan Tahu Mengapa Zionist Mahukan Al-Aqsa.. Ada Di Antara Pemimpin Kita Terlibat Secara Langsung Dalam Pertubuhan Freemason (Pertubuhan Penyembah Dajjal).. Yasser Arafat & Mahmoud Abbas Adalah Pengkhianat Umat Islam ,Mereka Adalah Ahli '33rd Masonic'.Bangkitlah Umat Islam, Jalankan Tanggungjawab Kita Sebagai Hamba Allah & Kita Hendaklah Sentiasa Berpegang Kepada Al-Quran Serta Hadith.....

            Tegakkan Khilafah, Hancurkan Kapitalis...Kita Harus Berusaha Sekarang! Imam Mahdi Akan Memimpin Kelak,Nabi Isa Akan Turun Membunuh Dajjal!....Saya Menyeru Pada Saudara Dan Saudari...Mari Bersama-Sama Kita Berjuang Bagi Mengembalikan Kehidupan Islam, Kita Harus Sama2 Berganding Bahu Jangan Hanya Melihat Sahaja,Tapi Berusaha Dengan Mensatukan Diri Kita Di Dalam Golongan Saudara Kita Yg Memperjuangkan Khilafah...Kerana Itulah Institusi Yg Dijanji Allah Dan Rasulnya..

Thursday

♥ AYAH♥




Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

          Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian ?

          Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.?

          Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. 

          Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kepercayaannya...Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

 Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

          Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

          Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakanlah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..




Tatapilah Pengorbanan Wajah Ayahanda Sejenak

Renung-Renungkanlah Pergorbanan Seorang Yang Bergelar AYAH..

Segala Kebaikan Itu Datang Dari Allah SWT Dan Segala Kelemahan Itu Datangnya Dari Diri Saya Sendiri.

Sunday

Kenapa Allah Ciptakan Neraka???

Ini kisah benar.. kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’ kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah. Untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Tidak pasti beberapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharapkan saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.. kalau derhaka tak nak patuhi perintaNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Allah Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak “Kalau Allah Itu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu Ke Allah Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung…
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis itu membebel, ustaz pun menjawab : “Dik, kalau Allah tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..kan Allah tu baik?”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan : “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Allah hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.. maka apa guna orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.. perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga.. lepas tu boleh rogol lagi kalau nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Allah itu ‘baik’. Adakah Allah macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke? ; Tanya ustaz.
“ Ah… mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je…’ rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi : “ Bila Allah tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: “ Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah ; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.. semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.” 
Sumber Rujukan : http://feryco.com/kenapa-diciptakan-neraka

Al Akh Fil Islam… ana An-Nuayman Ibn Amru

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏