Tuesday

Kepentingan Ilmu Tasawuf


Dari Ustaz Azhar Idrus

Ilmu Tasawwuf merupakan salah satu cabang ilmu-ilmu islam selain daripada ilmu akidah dan juga ilmu syariat(fiqh). Ia merupakan suatu ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap muslim demi kesempurnaan sesuatu ibadah yang dilakukan. Oleh itu, ilmu tasawwuf ini harus difahami berlandaskan tuntutan Al-Quran dan Sunnah, agar kita tidak tergelincir menjadi kaum yang memahami secara melampau berkaitan ilmu tasawwuf ini seperti ada orang yang mendalaminya supaya mendapat kelebihan kelebihan tertentu seperti kebal, dapat terbang di udara, berjalan di atas air dan
sebagainya. Kita tidak menolak karamah yang diberikan Allah, tetapi janganlah karamah itu yg menjadi tujuan utama.

Di dalam kesempatan ini, marilah kita sama sama meneliti beberapa kepentingan dan tujuan tujuan mendalami ilmu tasawwuf. Antara kepentingan dan tujuan mendalami ilmu tasawwuf adalah :

1. Agar ummat islam dapat menjalani hidup dengan baik dan seimbang selaras dengan identiti mereka yang difirmankan Allah Taala (maksud): "dan demikianlah kami telah menjadikan kamu satu ummat pertengahan"(143:Al Baqarah).

Ummat pertengahan adalah ummat yang bersikap sederhana dalam urusan kehidupan,tidak terlebih dan tidak terkurang. Mereka dapat mengimbangi antara urusan dunia dan urusan akhirat. Mereka mengambil kedua-duanya tetapi mereka mengutamakan akhirat kerana akhirat itu "khairun wa abqo". Mereka tidak mengabaikan dunia, malah menjadikan dunia sebagai "mazraa'tul akhirat".

Mereka sedar jika mereka tidak menguasai dunia nescaya ianya akan dikuasai oleh ummat lain yang akan mengancam keselamatan ummat islam dan keutuhan syariat islam itu sendiri.Sebagaimana yang dapat kita lihat pada hari ini,kuasa kuffar laknatullah sedang menggayang daging ummat islam seluruh dunia terutama di palestin, iraq, afghanistan dan sebagainya.

2. Agar ummat islam bukan hanya ummat yang berdoa semata mata kepada Allah tanpa adanya usaha yang bersunguh sungguh. Mereka tidak semata mata berdoa tetapi mereka terus berusaha kerana mereka faham maksud firman Allah Taala ( maksud): "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang berusaha mengubahnya"(11:ArRa'd). 

Mereka juga faham apa yang dilarang oleh Saidina Umar r.a "janganlah seseorang daripada kamu duduk tanpa berusaha mencari rezeki sambil berdoa"Ya Allah, kurniakan rezeki kepadaku" maka sesungguhnya kamu mengetahui bahawa langit tidak menurunkan hujan emas dan perak".

3. Agar kita memahami dan mengerti tentang pengertian ibadah itu sendiri dalam lingkungan yang luas.Mereka memahami ibadat itu sebagaimana yang tersebut dalam hadis nabi s.a.w daripada Abi said Al khudri, sabda nabi (maksud) "peniaga yang benar sifatnya lagi amanah adalah bersama sama para nabi,para siddiqin dan para syuhada'" (riwayat attirmizi).

Dr. Yusuf Al Qardawi dalam bukunya " Al Ibadah Fi Islam" telah memetik apa yang ditulis oleh Syaikh Islam ibnu Taimiah dalah risalahnya "Al Ubudiah", katanya "ibadah adalah satu nama yang merangkumi bagi semua perkara yang dikasihi dan diredhai Allah daripada perkataan-perkatan dan perbuatan-perbuatan, batinnya dan zahirnya, sembahyang,zakat,puasa,haji,bercakap benar,menunaikan amanah,berbuat baik pada ibubapa, menghubung silaturrahim,setia pada janji, menyuruh berbuat baik, baik pada jiran tetangga, anak yatim,orang musafir, orang miskin, hamba sahaya dan binatang,berdoa,berzikir,membaca dan seumpamanya itu adalah ibadah.

Begitu juga cintakan Allah dan rasulNya, takutkan Allah, kembali kepadaNya, ikhlas beragama kepada Allah, sabar terhadap hukumanNya, syukur atas nikmatNya, redha dengan qada'Nya, bertawakkal padaNya, berharap pada rahmatNya, takut pada azabNya dan seumpama itu adalah beribadah kepada Allah."

4. Memahami benar-benar pengertian sebenar zuhud, uzlah dan tawakkal. Dengan itu tidak menjadikan mereka lemah, tidak menjadikan mereka miskin dan makan bantuan orang lain, tidak menjadikan meraka jahil bebal dan mereka tidak dikuasai oleh orang kafir tetapi mereka menguasai orang kafir. Mereka sanggup berkorban bukan dikorbankan sebagaimana yang berlaku pada ummat islam hari ini.

5. Dengan kefahaman yang benar terhadap tasawwuf ini berlandaskan Al Quran, Sunnah dan sirah rasul dan disusuli dengan penghayatan, meletakkan ummat islam sebagai sebaik baik ummat. Dan pada ketika itu, ummat umat lain akan tertarik dan terpesona dengan "khairun ummat" ini dan seterusnya akan berlakulah apa yang difirmankan Allah Taala (maksud) "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, kamu melihat manusia masuk ke dalam agama Allah beramai-ramai"
(1-2 : An Nasr).

Sebagai kesimpulannya, kemunduran ummat islam tidak boleh dipersalahkan kepada ulama' ulama' tasawwuf, mereka menekankan agar manusia bencikan dunia kerana mereka bimbang bila manusia memiliki dunia, mereka akan lupa daratan.Berkata Sayid Ahmad Al Badawi "orang boleh kaya dunia tetapi nabi s.a.w melarang kita cintakan dunia, seperti nabi Sulaiman a.s. dan para sahabat r.a yang kaya, kita harus menundukkan dunia, dunia tidak boleh diletak di dalam hati".

Mereka ( ulama' tasawwuf) mendesak agar beruzlah kerana bimbang terhadap mereka yang rapuh imannya, yang tiada ketahanan jiwa dan kurang takwa, kemungkinan akan terpengaruh dengan masyarakat yang sudah rosak tamadunnya. Mereka bertindak demikian untuk menyelamatkan mereka yang lemah agar tidak musnah.

Oleh itu, untuk memiliki dunia, setiap orang islam mesti mempunyai ilmu, iman yang kuat, takwa, kesabaran, ketahanan, keikhlasan dan kesedaran betapa pentingnya akhirat berbanding dunia. Dunia hanya batu loncatan sahaja untuk ke akhirat.

Wassalam.

10 Surah Dapat Menghalang Daripada 10 Ujian Besar Allah


            

            1- Surah Al-Fatihah :
            Dapat memadam kemurkaan Allah SWT.


            2- Surah Yasin :
             Dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.


            3- Surah Dukhan :
            Dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.


            4- Surah Al-Waqiah :
            Dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.


            5- Surah Al-Mulk :
            Dapat meringankan azab di dalam kubur.


            6- Surah Al-Kauthar :
            Dapat merelaikan segala perbalahan.


            7- Surah Al-Kafirun :
            Dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.


            8- Surah Al-Ikhlas :
            Dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.


            9- Surah Al-Falq :
            Dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.


            10- Surah An-Nas :
            Dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

  Wallahualam

 

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏