Wednesday

Penagih Arak Adalah Penyembah Berhala



Hukuman sebat
"Tiap-tiap sesuatu yang yang jika diminum boleh memabukkan, maka sedikitpun hukumnya haram". (HR Nasai dan Abu Daud)
Orang yang meminum arak, hatinya tidak pernah tenang sebenarnya. Kerana Allah SWT telah memberitahu manusia, bahawa dengan meminum arak, syaitan dengan mudah menggoda dan menguasai hati mereka supaya tidak mengingati Allah. Dari tidak mengingati Allah, mereka tidak akan menunaikan sembahyang, kerana sembahyang kepada mereka adalah sesuatu yang amat berat ditunaikan.
Bila hati sudah tidak mengingati Allah dan tidak pula menunaikan sembahyang dengan sebaik-baik dan sekhusyuk-khusyuknya, maka jauhlah manusia itu dari rahmat Allah. Kejauhan manusia dari rahmat itulah akan menambahkan lagi sengsara manusia. Dengannya lahirlah masalah keburukan-keburukan  moral yang amat sulit untuk diatasi.

Di samping itu pula , ada lagi  satu keburukan yang sukar hendak dikesan dengan akal fikiran  yang biasa. Akan tetapi jika dilihat dari keterangan-keterangan al-Qur'an dan as-Sunnah, maka kita akan menerimanya secara ikhlas, bahawa dengan meminum arak maka iman seseorang itu terjejas.
Rasulullah Saw.bersabda yang mafhumnya :
"Penagih arak adalah penyembah berhala". (HR Abu Hurairah).
Pernyataan Rasulullah SAW itu memberi erti yang amat besar, di mana Rasulullah SAW menyamakan penagih  arak itu dengan penyembah berhala . Menyembah berhala adalah perbuatan syirik. Syirik adalah musuh iman, yang akan mencacatkan iman malah merosakkannya sama sekali.
Oleh kerana itu perbuatan meminum arak akan membawa kepada syirik dalam pengertian bahawa amalan-amalan yang dilakukan oleh peminum-peminum arak tidak akan diterima Allah SWT.
Dengan dua keburukan dari perbuatan meminum arak itu maka memang patutlah hukuman yang akan dijatuhkan ke atas mereka di dunia ini lagi jika sabit kesalahan peminum arak itu dengan empat puluh kali dera, sepertimana hadis Rasulullah SAW. yang maksudnya :
Dari Abi Sa'id  al-Khudri katanya :
" Sesungguhnya Rasulullah saw. telah menghukum sebat peminum arak dengan empat puluh kali sebat ".
Untuk menderakan orang yang meminum arak, tidak semestinya dengan menggunakan rotan dan yang seumpamanya. Malahan boleh digunakan alat-alat seperti pelepah kurma (sebagai contoh), dahan-dahan kayu yang sesuai, kasut atau kain yang dijadikan alat untuk menyebat dan sebagainya. Yang pentingnya peminum tersebut menerima 40 kali sebat.
Wallahu A'lam

Rujukan :

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏