Wednesday

Belajar Menghargai Milik Sendiri.


Kita selalu macam tu. Bila depan mata tak nampak berharga, bila dah tiada sibuk mencari. Sewaktu bersama macam tak ada apa-apa yang istimewa, setelah pergi jauh baru terasa berharganya dia. Semasa boleh tertawa bersama selalu bermasam muka, setelah pergi ingin sekali berkongsi cerita.
            Kita memang selalu macam tu. Jarang menghargai apa yang dimiliki tetapi selalu terbulau oleh apa ditangan orang. Tidak salah mencemburui sebab itu semulajadi dan ada nilai motivasi, tetapi jika cemburu menyebabkan kita bertindak gila tentu tidak sesuai untuk dibanggakan oleh diri.
            Bukan kita saja macam tu, ramai lagi manusia pun sama. Sewaktu bersama asyik hendak berpisah, setelah berpisah baru tahu makna rindu. Sewaktu dalam genggaman tidak mahu dihargai, setelah terlepas baru tahu nilainya tinggi.
            Ketika boleh jalan-jalan hirup udara segar, tidak mahu melakukannya. Lebih suka tidur dan bermalas-malasan di hadapan TV. Tatkala telah hilang nikmat berjalan, baru sibuk hendak melihat alam. Kalau boleh membina cerita, ambillah masa untuk mendengar juga.
            Hargai bila berdua, sayangi bila bersama, maafkan bila terluka, ingati bila sunyi, selalulah bertenang, hasilnya selesa dan bahagia. Anak-anak selalunya renyah berbuat bising. Ingin sangat kalau mereka cepat besar dan rumah menjadi senyap. Ketika anak-anak telah besar dan pergi, terasa benar sunyinya, kalau boleh mahu kembali bising macam dulu.
            Kita memang selalu menyesali sesuatu yang telah berlaku. Ketika bersama terasa beban, tetapi bila tiada,beban terasa semakin berat. Kesempatan untuk bersama selalunya tidak lama. Ketika kesempatan itu ada, sepatutnya dinikmati dan dipelihara. Tidak perlu bersusah payah untuk memberhentikannya, sebab tiba masanya ia akan berhenti dengan sendiri.
            Memang kita selalu macam itu. Selalu nampak terang di seberang sungai sedangkan di sebelah sini tidak kurang. Bila kita sampai disana baru tahu yang terang itu bukan semestinya meriah dan menyenangkan, kadang-kadang yang terang itu memanglah benderang tetapi tidak semestinya ia membahagiakan.
            Selalulah katakan begini, tiada yang yang paling indah dalam hidup melainkan bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.
            Kena anggap setiap yang ditempuh suatu kenangan untuk iktibar. Setiap yang dikenali sebagai teman sejalan menuju titik akhir. Yang diambil untuk hidup bersama sebagai teman membina persiapan disini untuk dipetik hasilnya ‘disana’ nanti. Setiap yang dimiliki adalah berharga dan perlu dipelihara. Jika perlu berpisah, kita berpisah dengan rela.
            Kita selalu macam tu. Maka batasi setiap langkah dan perhati bicara. Jangan sampai tersilap melangkah, usah sampai tersilap bicara. Tersilap langkah selalunya membawa masalah, setiap bicara selalunya membawa duka. Setiap kita hanya ada kesempatan yang sedikit untuk menghargai makna kehidupan yang benar.

Monday

Bendera Islam


Bendera Islam? Ada banyak negara & ada banyak bendera dalam dunia ni.? 
Agaknye yang mana satu bendera Islam ye? Warna apa? Tulis apa?
 
BENDERA AL-LIWA DAN PANJI AR-RAYAH..

Bendera al liwa'
 

Bendera al liwa' adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘La ilaha ilLallah Muhammad Rasulullah’ dengan warna hitam. Kalimah tersebut bermaksud 'Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad rasulNya'.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, "bahawa bendera nabi muhammad s.a.w. berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih."

Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafaz, "bahawa pada bendera Nabi Muhammad s.a.w. tertulis kalimat ‘la ilaha illallah muhammad rasulullah’.

Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh amirul jihad (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi amirul jihad tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af’al) Nabi Muhammad s.a.w. sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa pembukaan Kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya.

Dari jabir, "bahawa Nabi Muhammad s.a.w. memasuki Makkah dengan membawa bendera al liwa' berwarna putih." [hr ibnu majah]. An-nasa'i juga meriwayatkan hadis melalui anas bahawa semasa nabi muhammad s.a.w. mengangkat Usama Ibn Zaid sebagai amirul jihad (panglima) pasukan ke Rom, baginda menyerahkan bendera al liwa' kepada Usama Ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.
 
 
Panji Ar Rayah
 
Panji ar rayah adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘La ilaha ilLallah Muhammad Rasulullah’ dengan warna putih.

Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (samada division, batalion, detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah nabi muhammad s.a.w., semasa menjadi panglima perang di khaibar, bersabda, "
 
Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai allah dan rasul-nya, serta dicintai oleh Allah dan rasul-nya, lalu rasulullah memberikan panji itu kepada Ali." [hr bukhari].
 
Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun regimen.
 
Diriwayatkan dari Harits bin Hassan al Bakri yang mengatakan, "kami datang ke Madinah, saat itu dan Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di atas mimbar, sementara itu bilal berdiri dekat dengan beliau dengan pedang di tangannya. Dan di hadapan Rasulullah terdapat banyak rayah (panji) hitam. Lalu aku bertanya: "ini panji-panjii apa?" mereka pun menjawab: "(panji-panji) Amru bin Ash, yang baru tiba dari peperangan."
 
Dalam riwayat at-Tirmidzi, menggunakan lafaz, "aku datang ke Madinah, lalu aku masuk ke masjid di mana masjid penuh sesak dengan orang ramai, dan di situ terdapat banyak panji hitam, sementara bilal -ketika itu- tangannya sedang memegang pedang dekat Nabi Muhammad s.a.w.. Lalu aku bertanya: "ada apa dengan orang-orang itu?" mereka menjawab: "beliau (Nabi Muhammad s.a.w.) akan mengirim Amru bin Ash ke suatu tempat." 
 
Maksud ungkapan “terdapat banyak rayah (panji) hitam” menunjukkan bahawa terdapat banyak panji-panji yang dibawa oleh para tentera, walaupun amir (panglima perang)nya hanyalah seorang, iaitu Amru bin Ash. Dalam riwayat An Nasa'i, dari Anas, "bahawa Ibnu Ummi Maktum membawa panji hitam, dalam beberapa pertempuran bersama nabi muhammad s.a.w.." hadis-hadis di atas dan banyak lagi hadis-hadis lain menunjukkan kepada kita bahawa itulah ciri-ciri bendera dan panji nabi muhammad s.a.w.. Nas-nas tersebut juga menunjukkan bahawa hanya terdapat satu bendera (liwa’) di dalam satu pasukan, tetapi boleh terdapat banyak panji (rayah) di dalam setiap unit dalam pasukan yang sama, yang dipegang oleh ketua unit masing-masing.

 
 



 

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏