Monday

Siapakah Bani Tamim


Ucapan Rasulullah SAW tentang Bani Tamim
Hadith Nabi SAW :
" Sesungguhnya Bani Tamim itu mempunyai kekuatan jiwa yang hebat, tetap pendirian dalam mempertahankan prinsip. Mereka juga adalah pembela kebenaran diakhir zaman"

Sabda Nabi SAW:
" Bani Tamim merupakan golongan dari umatku yang amat memusuhi Dajjal "

Imam Al-Qurthubi ketika menghuraikan hadith di atas mengatakan bahawa;
" Berdasarkan hadith tersebut dapatlah diyakini bahawa Bani Tamim tidak akan terputus keturunan mereka sehinggalah kehari kiamat, bahkan Bani Tamim di akhir zaman nanti merupakan kelompok yang amat kuat berpegang dengan kebenaran serta memperjuangkannya".

Hadith Nabi SAW:
" Kelompok yang paling ramai dimasukkan ke dalam syurga melalul jalan syafaat seseorang ialah Bani Tamim ".

Hadith Nabi SAW juga menyebutkan:
"Bani Tamim merupakan suku bangsa arab yang paling fasih berbahasa arab berbanding suku arab yang lain ".

lmam lbnu Hajar pula menjelaskan tentang ciri utama bagi Bani Tamim yaitu:
"Adalah dimaklumi sejak dari zaman jahiliah hingga zaman Islam sentiasa berlaku penguasaan kelompok Bani Tamim dalam pemerintahan disamping mereka juga merupakan golongan atasan dalam masyarakat dimana mereka dihormati dan dimuliakan"

Rasulullah SAW ketika menggambarkan tentang Bani Tamim berpesan:
"Janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Bani Tamim melainkan sesuatu yang baik-baik sahaja ".

Sabda Nabi SAW:
" Mereka itu (Bani Tamim) adalah dari kaum kami"

Hadith dan selainnya yang mengakui Bani Tamim sebagai sabahagian dari kaum Baginda SAW merupakan satu pengiktirafan terhadap suku pilihan ini.

lmam At-Tabrani menyatakan:
"Bani Tamim terkenal tetap pendirian, berjiwa besar, jelas cita-cita, amat memusuhi Dajal di akhir zaman, cukup tahan menghadapi apa saja halangan. Bani Tamim tidak akan tergugat dengan sebarang halangan, ancaman dan penentangan dari mana-mana pihak yang mahu memudharatkan perjuangan mereka".


Asal Keturunan Bani Tamim

1. Pilihan Tuhan dari kalangan hambanya

Hadith Rasul SAW yang bererti:
" Sesungguhnya Allah Tabaraka Wataala telah menciptakan langit lalu dipilihNya untuk diletakkan di bahagian yang tinggi. Di situlah Tuhan memilih pula sebahagian makhlukNya sebagai penghuni, Kemudian Allah menjadikan makhluk-makhluk (di atas muka bumi) lalu dipilihnya Bani Adam (manusia-sebagai khalifah), kemudian Tuhan memilih daripada Bangsa Arab itu Bani Mudhor sehingga akhirnya daripada Mudhor itulah Tuhan memilih suku Quraisy ".

2. Asal mereka dari pada anak cucu Mudhor

Imam Bukhori ketikamemperkatakan Nasab Rasululah SAW menyatakan:
Muhammad ibni Abdullah ibni Abdul Muthalib ibni Hasyim ibni Abdu Manaf ibni Qusoai ibni Kilab ibni Murrah ibni Ka'ab ibni Lu'aie ibni Ghalib ibni Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni Mudhor ibni Nizar ibnl Ma'add ibni Adnan.

Suku Quraisy:
Dari pada Bani Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni Mudhor.

Suku Tamim:
Dari pada Tamim ibni Mur ibni Udd ibni Thobikhah (Amru) ibni llyas ibni Mudhor.

3. Bani Tamim tunggak keturunan Arab

"Bani Tamim adalah dari pada keturunan Nabi Ismail dan Nabi lbrahim Alaihi mas salam"

lbnu Hazm menyatakan bahawa:
"Bani Tamim adalah sebuah Qabilah terbesar dalam qabilah arab dengan bilangan kaumnya yang ramai serta rangkaian sukunya yang luas sehlngga Bani Tamim dikatakan sebagai tunggak utama bagi bangsa arab keseluruhannya .... Bahkan mereka mula bertebaran keluar dari dunia arab sejak zaman awal Islam melalui penyertaan mereka yang ramai di dalam bala tentera Islam. Ramai yang digerakkan menuju ke kawasan Khurasan dan lain-lain kawasan penerokaan wllayah .... ".

BANI Tamim DIANGGAP KELUARGA OLEH RASULULLAH SAW.
Diriwayatkan oleh Saiyidina Abbas RA. ketika turunnya ayat yang bererti:
"Dan (wahai Muhammad) mulakanlah memberi peringatan kepada kaum keluargamu yang terdekat ", lantas ketika itu Baginda SAW menyeru: " wahal Bani Fihr, Wahai Bani 'Adiey", ... memanggll kelompok asal umat arab yaitu termasuk di dalamnya Bani Tamim. .."

Terdapat banyak riwayat hadith yang menunjukkan pengakuan Rasulullah saw. bahawa Bani Tamim adalah termasuk dalam kaum / suku kesayangan Baginda.

Mengenali Lelaki Dan Perempuan


Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-
 


Lelaki:
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 





Wanita:

1. - Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

 2. - Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak   sebaliknya.

3. - Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. - Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. - Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. - Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. - Walak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. - Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj.

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. 

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?



4 Golongan Lelaki




Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempua! ! nnya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

 
Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak, nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.













Mengapa


Mengapa seseorang Yahudi  dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?


Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?


 Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...
.....tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"


 Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?(Luar negara)


Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...
             ....tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?


Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... 
tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili.


Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?


Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...(faham - faham kereta siapa)


...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!





 
Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?


Mengapa umat Islam berpecah kepada beberapa kumpulan?

Sedang Nabi Muhammad s.a.w telah bersusah payah menyatukan kita semua manusia di bawah satu kalimah? iaitu kalimah syahadah yang semua umat Islam lafaz 5 kali sehari setiap hari..


Waallahua'lam

Secebis Nasihat Untuk Wanita



Untuk Membentuk Bibir Yang Menawan
Ucapkan Kata2 Kebaikan
Untuk Mendapatkan Mata Yang Indah
Carilah Kebaikan Pada Setiap Orang Yang Dijumpai

Untuk Mendapatkan Badan Yang Langsing
Berkongsilah Makanan Dengan Mereka Yang Kelaparan
Untuk Mendapatkan Rambut Yang Indah
Mintalah Sikecil Untuk Menyisir Dengan Jemarinya
Setiap Hari

Untuk Mendapatkan Susuk Tubuh Yang Indah
Berjalanlah Dengan Segala Ilmu Pengetahuan
Dan Engkau Tidak Akan Pernah Berjalan Sendirian
Manusia Jauh Melebihi Segala Ciptaan Yang Lain
Perlu Senantiasa Diubah Diperbaharui,
Di Bentuk Kembali Dan Diampuni

Jadi, Janganlah Ketepikan Seseorang Dari Hatimu,
Apabila Engkau Sudah Melakukan Semuanya Itu,
Maka Ingatlah Sentiasa,
Jika Suatu Ketika Engkau Memerlukan Pertolongan
Akan Sentiasa Ada Tangan Yang Terhulur


Dan Dengan Bertambahnya Usiamu
Engkau Akan Semakin Mensyukuri Nikmat Diberi Dua Tangan
Satu Untuk Menolong Dirimu Sendiri
Dan Satu Lagi Untuk Menolong Insan Lain

Kecantikan Wanita Bukan Terletak Pada  Pakaian Yang Dipakainya
Bukan Pada Tubuhnya, Atau Pada Cara Dia Menyisir Rambutnya
Kecantikan Wanita Ada Pada Matanya,
Cara Dia Memandang Dunia
Kerana Matanyalah Terletak Gerbang Menuju Ke Setiap Hati Manusia
Dimana Cinta Dapat Berkembang

Kecantikan Wanita Bukan Pada Kehalusan Wajahnya,
Tetapi Kecantikan Yang Murni Terpancar Pada Jiwanya,
Yang Penuh Dengan Kasih,
Memberikan Perhatian Dan Cinta
Dan Kecantikan Itu Akan Sentiasa Tumbuh Sepanjang Waktu
Kerana Cintanya Pada Tuhannya Tidak Pernah Padam...



 Kaum Hawa Lebih Cantik Bila Imannya Dan Ilmunya
Di Bawa Oleh  Mereka Bersama-sama

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏