Friday

Tengok Rama-rama Teringat Wanita



Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
         Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihatlah apa yang melekat di jari anda. Warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi.
            Begitulah tamsilan, rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan yang hinggap di tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tak luak, tetapi Harga Diri dan maruahnya telah mula tercemar.
            Begitulah wanita, ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak akan dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya, Harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
            Rama- rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar dari kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong, tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ai lebih di benci.
            Sulit untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenangkanlah kehidupan yang serba susah sebelum itu.  Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu oleh sang lelaki kebaret, usah terlalu mudah untuk menyerah dan diratah. Ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa anda.
            Hak anda adalah memelihara kehormatan diri. Selama-mana maruah anda berada pada taraf A1, sebaik saja anda tidak peduli kepada sesiapa saja maruah itu hendak diberikan, boyfriend yang bertukar-tukar ganti, lepas satu-satu, anda sebenarnya telah kehilangan masa depan. Namun anda cuba nafi dan sembunyikan pada diri anda sendiri.
            Kalaulah rama-rama tahu dan sedar ia sentiasa memukau penglihatan manusia, ia tentu tidak akan bebas sebebasnya untuk terbang ke sana ke mari. Sebab setiap kali ia bebas untuk keluar kemana saja yang ia suka, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun, rama-rama tidak pernah tahu itu. Jesteru, jika anda tidak pernah tahu, kewanitaan  anda itu adalah sasaran terpenting, keutamaan sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
            Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki, semakin mahal nilai anda di sisi seorang lelaki yang budiman berbanding sesorang lelaki yang cacamerba. Lelaki perosak hanya inginkan keseronokan, kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia, bertanggungjawab apatah lagi memelihara dan melindungi anda.
            Usah terperangkap ke dalam tangan yang akan meleraikan warna-warna anda. Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri..anda akan lebih di hormati.
            Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas.
            Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.


Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏