Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing
selama 44 tahun Umur Akhirat dalam keadaan Tidak Makan dan Tidak Minum , Tidak
Duduk dan Tidak Bercakap .
Bertanya Sahabat kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali Orang-Orang
Mukmin kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw “Umatku dikenali kerana Wajah mereka putih
disebabkan oleh Wudhu'.” Bila qiamat datang, maka malaikat datang ke kubur
orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka Kecuali pada tempat
sujud. Bekas Sujud tidak dihilangkan. Subhanallah..
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu
kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu Keimanan' mereka. Oleh
itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan
memasuki Alam Syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu
mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Orang Alim Ulama |
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya Tidak
Busuk dan Tidak Reput dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1.
Para Nabi
2.
Para Ahli Jihad
3.
Para Alim Ulama
4.
Para Syuhada
5.
Para Penghafal Al Quran
6.
Imam atau Pemimpin yang Adil
7.
Muazzin (Tukang
Azan)
8.
Wanita yang mati kelahiran / beranak
9.
Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari
atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah
saw: Apabila datang hari Qiamat dan orang-orang yang berada
di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat
Ridhwan:
“Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (
Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah
dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan Syurga.”
Gambaran Semata-Mata |
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang
dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan
buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi
daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada
mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah
Al-Haqqah bermaksud :
(kepada mereka dikatakan): "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu." (TQS Al-Haqqah : 24)
Untuk renungan dan amalan bersama ..
Doa Nabi Yunus Ikan Nun
'Laa
Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minalzhaalimiin'
No comments:
Post a Comment