Perlukah Bersebab Untuk Bercinta? |
Dalam satu kisah percintaan yang
menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah.
Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka:
Isteri :
Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami :
Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi
dan mencintai Sayang!
Isteri :
Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakana abang sayang
dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami :
Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang
cintakan Sayang!
Isteri :
Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan
saya yang lain yang mempunyai suami dan teman. Lelaki, semuanya tahu
menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun
begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia
berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap
tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan
penerangan suaminya tadi.
Selang
Beberapa Hari.
Namun begitu selang beberapa hari si
isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis
sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah
katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak
boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai
mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang
bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab
mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu
dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara
tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu...
ia boleh dirasai dalam hati."
No comments:
Post a Comment