Saturday

Qunut Nazilah Senjata Mu'min


(klik untuk lebih jelas)

Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.
Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.
Dari Abu Hurairah RA :"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).  
 
1. Mazhab Hanafiah: 
    Tidak disyariatkan bacaan qunut pada Solat Fajar dan solat lima waktu,    
    melainkan pada solat witir.

2. Mazhab Hanabilah (hambali): 
    Bacaan doa qunut nazilah pada Solat Fajar sahaja.

3. Adapun Mazhab Syafie, Maliki dan sebahagian ulama’ lain: 
    Disunatkan membaca qunut nazilah pada solat lima waktu dan juga pada 
    Solat Fajar.


Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita kaum muslimin dimana saja berada, khususnya yang sedang terkena ancaman, penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah. 

Inilah Doa Qunut Nazilah,rumi(Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab) ;
Allahumma inna naj’aluka fii nuhuri a’ada ina wa nauzubilLahi min syuruurihim, Allahumma badid syamlahum, wa farriq jam’ahum, wa syattits kalimatahum, wa zalzil aqdaamahum, wa sallidt ‘alaihim kalban min kilabik Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim, Ya Allah ,Ya Allah, Ya Allah.
Allahumma ya munzilal kitab, wa Ya mujriassahaab, wa Ya hazimal Ahzab ihzimhum, wansurna alaihim. Amiin.



Ertinya:
"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin, Perbaikilah keadaan mereka, Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuhMu, dan musuh-musuh mereka Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,
Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka, Hancur leburkan kekuatan mereka, Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa..
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"

Ingatlah Senjata Orang Mukmin Itu Adalah Doa Yang Sememangnya Lebih Tajam Daripada Mata Pedang
 -JANJI ALLAH PASTI BERLAKU-

5 comments:

amirazid said...

kakak,nak tanya
kalau pengikut mazhab syafie macam saya kat malaysia ni, maksudnya boleh dibaca ketika bangun sesudah rukuk dan iktidal lah ye? boleh dibaca dalam solat berjemaah ke?

Anonymous said...

salam, sy nk ty Qunut Nazilah ni baca lps rukuk mcm solat subuh ke?

Mohamad Azizan said...

Alhamdulillah Syukran,
Qunut Nazilah boleh di baca secara berjemaah seperti solat subuh di masjid2 dan di surau,

Dari Abu Hurairah RA :"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku'
(Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).

Maknanya di sini, untuk membaca Doa Qunut Nazilah perbuatannya seperti Doa Qunut biasa iaitu selepas rukuk serta selepas bacaan iktidal..

Selamat Beramal Semua..

Sufian Sokhaimi said...

macam lain je maksud qunut nazilah tu...

Mohamad Azizan said...

apa yang lain saudara?

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏