Friday

Meniti titian usang

Mencari Jalan Yang Lurus

Orang cemerlang akan dimusuhi oleh orang yang tidak cemerlang. Orang berjaya akan dimusuhi oleh orang yang tidak Berjaya. Orang bijak akan dimusuhi oleh orang yang tidak bijak. Orang baik akan dimusuhi oleh orang yang tidak baik. Pak imam akan dimusuhi oleh kaki nombor dan kaki judi. Polis akan dimusuhi oleh penjenayah. Orang kaya akan dimusuhi oleh perompak. Orang cantik akan dimusuhi oleh orang buruk dan orang yang hebat akan dimusuhi oleh orang yang tidak hebat.
            Maka itu tidak hairanlah kalau Ferguson punyai ramai “musuh” kerana dia orang yang berjaya. Kalau anda dicemburui, itu tandanya anda Berjaya. Kalau anda tidak berjaya, mustahil anda akan dicemburui kawan dan lawan. Sifir kehidupan memang macam itu. Baik lawannya buruk. Neraka lawannya Syurga.
            Kalau anda baik dan anda akan dimusuhi orang jahat, itu biasa sebab memang kerja orang jahat memusuhi orang baik. Tak ada orang jahat memusuhi orang jahat. Selalunya orang jahat bergabung untuk musuh dengan orang baik.
            Kalau anda berjaya berdiri di puncak, kemudian anda pun dimusuhi orang, apa nak hairan, memang kebanyakan manusia gagal akan bertindak begitu. Jarang orang gagal mahu belajar daripada kegagalannya. Jarang orang gagal mahu membina kejayaan setelah menempuh kegagalan, sebaliknya memang ramai orang gagal sakit hati dengan orang Berjaya akan cuba melakukan bermacam-macam perkara untuk menggagalkan orang Berjaya itu.
            Seorang guru yang cemerlang akan dimusuhi oleh guru yang tidak cemerlang. Apa nk hairan, memang kebanyakan manusia berperibadi rendah akan berbuat begitu. Memang manusia begitu. Jarang hendak memperbaiki diri dan bersaing secara sihat, sebaliknya mencari jalan bagaimana hendak jatuh menjatuhkan.
            Seorang rakan memberitahu saya, suatu hari semasa dia sedang makan sotong sumbat di sebuah gerai, tidak semena-mena keluar beberapa ekor ulat dari sotong sumbat itu dan ulat-ulat itu hidup. Macam mana boleh ada ulat hidup sedangkan sotong sumbat itu masih panas lagi??
            Perbuatan siapakah itu?? Apakah perbuatan orang yang sama cemerlang atau mereka yang jauh ketinggalan. Jarang orang yang cemerlang ada masa untuk melakukan berbagai-bagai perkara untuk melingkupkan perniagaan orang lain, tetapi selalu berlaku orang yang ketinggalan, ada banyak masa untuk menjatuhkan orang cemerlang itu tadi.
Jika hal semacam ini berlaku ke atas diri anda, usahlah terlalu kecewa, sebab memag manusia itu macam-macam. Kadang-kadang manusia macam langsung tiada perasaan kasih, cinta dan saying. Sejak dulu hingga kini, dunia terpaksa menyimpan orang tidak cemerlang untuk sama-sama melata di atasnya bersama-sama orang yang cemerlang. Orang tidak cemerlang, tidak akan suka buat apa sahaja yang dilakukan oleh orang cemerlang.
Maka, orang tidak cemerlang ini, akan melakukan pelbagai perkara bertentangan. Dia akan menggunakan bermacam-macam saluran untuk menjatuhkan anda. Misalnya internet, SMS, risalah, akbar malah dari mulut ke mulut.
Apa nak hairan sangat, seorang senior lawannya junior, manusia gemilang lawannya manusia keciciran. Biarlah mereka terus tercicir dengan pelbagai hal yang akan menambahkan lagi dosa mereka, sedangkan anda menerima pahala percuma hasil perbuatan mereka. Mengapa perlu sakit hati? Tidak perlu sakit hati tetapi teruskan usaha-usaha anda itu untuk Berjaya, sampai ketikanya nanti, anda semakin berada puncak sedangkan dia semakin jauh ketinggalan di jurang yang dalam.

No comments:

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏