Untuk Lelaki Dari Wanita... Lelaki Mesti Baca...
Kalau
perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam, kita... kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Kalau lelaki tak boleh jadi imam, kita... kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah
kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka
jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari
kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada
pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad
dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
"Habis
sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh
dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya
juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"
Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita
sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi
imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita
yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur
sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya
sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan
tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang
bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami
sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif
mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka
rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar
perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau
boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang
telah ditetapkan.
Bolehkah kita
meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,
belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh
mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak,
mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapa kawan wanita yang lain.
Betul juga.
Berapa kerat
lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai
agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah
wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai
yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak
sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang
kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab,
rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya
kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak
jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan
mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apalah
salahnya lelaki juga disuruh belajar.
2 comments:
"Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan."
huishhh. agak2 r 3 pasukan. yang laki tu pon belom tentu boleh imamkan makmum 3 saf. huhu.
Syukran diatas meninggalkan komen disini..
Hebatnya jika seseorang boleh memasak makanan sampai 3 pasukan bola..
Namun Realitinya sekarang,jika kita lihat untuk mengimamkan solat jemaah agak sukar kecuali yang selalu bertandang ke masjid..
Post a Comment