Saturday

Perintahmu Adalah Belenggu


Bosan sangat ke?
           
Setiap kali bangun tidur, terkadang-kadang anda akan berasa benci, malas, tak ada mood dengan rutin harian yang bakal anda depani, itulah namanya kerja. Bukan kerjaya. Kerjaya adalah rutin harian yang anda lalui dengan rasa seronok, gembira dan tidak sabar-sabar untuk melihat hasilnya meningkat menurut unjuran yang telah disasarkan. Itulah namanya kerjaya. Tetapi jika anda rasa menyampah dengan perkara sama terpaksa dilakukan hari-hari, ia dinamakan kerja.  

            Kerja tidak akan memberikan kepuasan yang mutlak. Sampai satu tahap, anda akan berasa bosan dan bosan, anda akan memikirkan untuk ‘blah’ mencari tempat kerja lain. Setelah anda dapat, keadaan yang sama juga akan berlaku. Anda akan kembali bosan dan memikirkan tempat lain.

            Lalu akhirnya anda akan melompat dan lompat kerja. Sampai satu ketika, anda akan sedar betapa banyaknya masa yang telah dibazirkan untuk membina kerja, bukan kerjaya. Sepatutnya, setelah sepuluh tahun berlalu, anda tentu telah punyai apa-apa, tetapi malangnya anda tidak punya apa-apa. Mungkin juga anda telah membuat persediaan untuk memulakan bisnes sendiri, tetapi disebabkan terlalu banyak melompat kerja, akhirnya anda tidak ke mana-mana. 

            Kerja tidak akan membawa kejayaan dalam ertinya yang lebih luas,tetapi membina kejaya menjanjikan kecemerlangan dan keterbilangan. Kerja adalah rutin tetap yang dilakukan hari-hari dan berulangan-ulang. Sebaliknya, kerjaya ialah gaya hidup gabungan pada aktiviti pekerjaan, keyakinan dan usaha secara menyeluruh. 

            Mengapa kerja sukar mendapat kepuasan? Sebab orang yang bangkit dari tidur semata-mata untuk kerja, dia hanya akan melakukan kerja. Dia tidak akan lakukan lebih dari itu. Mindanya telah ‘di Set’ untuk menjadikan pekerja dan bekerja. Dia patuh, berdisplin tetapi kurang wawasan. Dia akan berakhir sebagai pekerja yang baik dan layak menerima ‘pinggat emas sukan SEA’ Gold Coin sekiranya sepuluh tahun tetapi hanya daripada sudut kepatuhan dan disiplin, itu sahaja. 

            Daripada kacamata kejayaan, kecemerlangan dan keterbilangan dalam erti kata yang lebih luas, itu belumlah di kira mampan dan luar biasa. Sebab ia hanya memberi faedah kepada diri pekerja itu sendiri sahaja.  

            Sebaliknya, kerjaya menjanjikan kepuasan secara mutlak. Maka itu tidak hairanlah bila anda membaca ada yang bergaji besar sanggup melepaskan jawatan dan membina kerjaya sebagai usahawan. Kerana apa? Kerana kepuasan. Walaupun sedikit/kecil tapi kepuasan itu dapat. 

            Kerjaya bermakna ‘kerja dan berjaya’. Kerja pula bermakna ‘kena kerja’. Orang yang hanya bekerja tanpa mahu menukarnya menjadi kerjaya adalah orang yang rugi dan tewas dalam perlumbaan yang bermatlamatkan kejayaan dalam erti kata yang luas. Betul, kerjaya tidak semestinya membawa kejayaan, tetapi ternyata ianya menyeronokkan dan memberikan kepuasan.

Hari-Hari Bagaikan Berlari,
Tiada Sesaat Berhenti,
Yang Masih Berdiri,
Tiada Arah Yang Pasti.


Segala Kebaikan Itu Datang Dari Allah SWT Dan Segala Kelemahan Itu Datangnya Dari Diri Saya Sendiri.




No comments:

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏