Doa Akhir Tahun
Ini adalah cara membaca doa akhir tahun hijrah.
Diibaca 3 kali selepas waktu asar sebelum masuk waktu maghrib akhir bulan
zulhijjah.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada
perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum
bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan
aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk
menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku
melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka
ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang
Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian
itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang
Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau
menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat
ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya
dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas
kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru
yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di
sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan
tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan
melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha
Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah
berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli
keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".
Ringkasan
Manakala
berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan:
Ibnu Abbas
berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua
malikat memeliharanya pada tahun itu".
Selepas
doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan
sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya
setahun".
Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".
Bacalah doa awal
tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.
Bacalah doa akhir tahun
sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.
Kami telah
cuba untuk mencari serta menjejak kesemua fadhilat serta kaedah pembacaan di
atas, namun sayangnya hasil pencarian kami tidak membuahkan sebarang hasil.
Bukan hanya kitab-kitab hadis sittah, malahan kitab hadis dhaif dan palsu juga
telah kami cuba mencarinya namun hasilnya serupa, hampa.
Bukan di situ
sahaja usaha kami, bahkan fatwa-fatwa dan sumber dari ulama-ulama luar negara
selain nusantara telah kami selongkar, tapi juga tidak membuahkan hasil. Maka
kami telah membuat kata putus bahawa semua fadhilat serta kaedah pembacaan yang
dinyatakan di atas adalah batil dan tidak sabit pada nas al-Quran dan hadis
sahih.
Rasulullah saw
telah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari yang beerti:
Barangsiapa
yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak ada hubungan dengan urusan kita,
maka ia tertolak.
Maka di sini
telah jelas bahawa barangsiapa yang mengamalkan amalan awal Muharam(Doa Awal
dan Akhir Tahun), beriqtikadkan bahawa ia mempunyai kelebihan sepertimana yang
digambarkan, apatah lagi mengatakan amalan ini adalah sunnah Rasulullah saw,
maka amalannya tertolak. Dan Allah Rasulullah saw juga telah memberi amaran
kepada mereka yang berdusta terhadap baginda saw dalam hadis sahih yang
bermaksud:
Barangsiapa
yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat
duduknya di dalam neraka. Hadis Mutawtir
Ibnu Masud
pernah berkata yang bermaksud:
Hendaklah anda
sekalian mengikuti apa saja yang dibawa oleh Rasulullah saw dan jangan anda
mengada-adakan sesuatu yang baru. Sesungguhnya sudah cukup bagi anda
sekalian(sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw).
Ibnu Abbas
juga pernah berkata:
Hendaklah anda
sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah. Ikutilah(apa saja yang
disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah anda mengada-adakan sesuatu yang
baru.
Kesimpulan
Doa pada asal
memang terdapat dalam Islam. Dalilnya cukup banyak. Baik di dalam Al-Quran
maupun hadis-hadis sahih. Namun begitu, terdapat juga sesetengah pihak yang
menaylahgunakan konsep berdoa itu yang sebenar. Mereka menciptakan waktu-waktu
khas yang kononnya mustajab yang tidak sabit dari al-Quran dan hadis, mereka
menciptakan fadhilat-fadhilat yang kononnya memberi ganjaran apabila
dilakukannya dan bermacam-macam lagi. Kesan dari itu wujudlah sepertimana yang
sedang kita bincangkan ini iaitu doa awal dan akhir tahun.
Kami
berpendapat adalah tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut. Kerana berdoa
memanglah digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah seharusnya dijadikan satu
amalan yang dilakukan hanya kerana datangnya tahun baru. Apatah lagi dikaitkan
doa tersebut kononnya sabit dari Rasulullah saw. Juga mengatakan dengan
membacanya maka akan diperolehlah fadhilat-fadhilat tertentu. Kerana kesemua
riwayat yang berkaitan doa awal dan akhir tahun ini adalah batil. Ingatlah pada
sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud:
Sesungguhnya
benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk
ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang
diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bidah manakala setiap
bidah adalah sesat. Hadis riwayat Muslim
Dalam hadis
riwayat An-Nasai pula terdapat tambahan:
..dan setiap
kesesatan itu di dalam neraka.
Doa tersebut
boleh saja dibaca pada lain-lain waktu. Bukan dikhaskan hanya ada awal dan
akhir tahun sahaja.
Beginilah
pendapat dan pegangan kami. Sekiranya terdapat sesiapa yang mungkin dapat
mengutarakan dalil dari al-Quran dan hadis yang sahih berkaitan amalan ini
haraplah berbuat demikian. Kerana sesungguhnya kami hanyalah hamba Allah yang
lemah.
Rujukan :
No comments:
Post a Comment