OK!!! |
Pada hari kiamat
nanti Allah akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis golongan manusia iaitu:
I.
Allah menolak alasan dari orang kaya kalau
sekiranya ia berkata, “Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri
telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan
kebajikan.” Firman Allah kepadanya, “Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan
Nabi Sulaiman a.s. tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa dari
mengingati Aku.”
II.
Allah menolak alasan dari hamba sahaya sekiranya
ai berkata, “Aku adalah seorang hamba dari sentiasa terikat kepada suruhan yang
menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat
kepada kepadaMu.” Firman Allah kepadanya, “ UtusanKu yang bernama Nabi Yusuf a.s. juga
pernah menjadi hamba tetapi tidak pula ia leka dari mengerjakan ibadatnya
terhadapKu.’’
III.
Allah menolak alasan dari orang miskin sekiranya
ia berkata, “Kemiskinan dan kekurangan yang kami miliki inilah yang menyebabkan
kami tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu.” Firman Allah kepadanya, “ Kemiskinan
yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusanKu iaitu Nabi Isa
a.s. dan ia tidaklah pula mengabaikan tanggumgjawabnya kepadaKu.”
IV.
Allah menolak alasan dari orang yang sedang
menderita sakit sekiranya ia berkata, “Penyakit inilah yang menghalang aku dari
melakukan sujud kepadaMu.” Firman Allah kepadanya, “Penyakitmu itu
tidaklah seteruk seperti apa yang dialami oleh hambaKu yang mulia iaitu Nabi
Ayub a.s. tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti dari menyebutkan
akan namaKu.”
Waallahua’lam