Showing posts with label Cinta Allah. Show all posts
Showing posts with label Cinta Allah. Show all posts

Monday

Makan Harta Bathil




Allah berfirman :
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah : 188)

Ayat ini turun berkenaan dengan Imriil Qais bin 'Abis dan 'Abdan bin Asyma' al-Hadlrami yang bertengkar dala soal tanah. Imriil Qais berusaha untuk mendapatkan tanah itu menjadi miliknya dengan bersumpah di depan Hakim. Ayat ini sebagai peringatan kepada orang-orang yang merampas hak orang dengan jalan bathil.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Sa'id bin Jubair.)

Imam ibn Al-‘Arabi
Imam ibn Al-‘Arabi menegaskan ayat ini menerangkan satu dari kaedah utama dalam muamalat Islam, juga merupakan asas bagi semua kontrak pemilikan. Erti ‘makan’ didalam ayat tersebut adalah merangkumi penerimaan, pemberian dan penguasaan, digunakan lafaz ‘makan' sebagai suatu perumpamaan.
Manakala maksud al-bathil menurut Ibn Al-Arabi :
“ Apa sahaja yang tidak halal menurut syarak seperti riba, gharar dan seumpamanya yang tiada satu faedah dan manfaat (buat Islam).”

Imam Al-Qurtubi
Imam Al-Qurtubi memasukkan perjudian, pertaruhan, penipuan, rampasan, khianat, mengingkari hak orang lain, mengambil hak orang lain tanpa restui, upah pelacuran, upah tukang tilik, bomoh, harga dan untung jualan arak, babi dan banyak lagi, semua ini tergolong dalam makanan harta secara bathil.
Imam Al-Qurtubi menyimpulkan bahawa :
“Sesiapa yang memakan harta orang lain tidak di atas landasan izin syarak, maka dia telah makan secara bathil.”

Syeikh Rashid Ridha
Syeikh Rashid Ridha meluaskan lagi bentuk dan erti ‘bathil’ kepada :
“Apa sahaja (bayaran) yang tidak mempunyai timbal balik yang wajar (yang punyai nilai pada pandangan syarak), lagi sebenar, maka ia tergolong dalam erti bathil.”

Kalau Menang Di Mahkamah?
Mungkin ada yang mendakwa bahawa melalui proses kehakiman dan mahkamah, mereka berjaya memperolehi hak ke atas sesutau harta  yang pada asalnya bukan miliknya. Namun, hasil kemenangan tersebut, kini ia telah sah menjadi haknya hasil pengiktirafan hakim atau qadhi.
Al-Qurtubi menolak dakwaan tersebut dengan katanya:
“Barangsiapa yang memakan secara bathil, walaupun jika seorang qadhi (hakim) memutuskan kemenangan kepadamu, sedang kamu sesungguhnya tahu kamu  (hakikatnya) bersalah (menipu), maka yang haram tidak akan sesekali menjadi halal dengan keputusan hakim itu, dia hanya memberikan hukum berdasarkan zahir dan bukti sahaja, dan inilah (hukum yang) ijma’  dalam bab harta.”
 (Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, 2/338)

Pandangan itu jelas bersumberkan hadis Nabi :
“Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka"
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain: Rujuk Naylul Awtar, 8/632,
no 3920 )

Kesimpulan.
Demikian perlunya umat Islam mengambil berat perihal pendapatan mereka, kita bimbang ambil berat ini semakin suram apabila objektif mengumpul dan memperbanyakkan harta menjadi target utama di dalam kehidupan. Apabila itu berlaku, kita akan dapati gejala negatif ini bertambah. Kerana itulah para pemimpin yang berkuasa di semua peringkat perlu segera kembali berperanan untuk mengikat dan mengakarkan hati rakyat jelata dengan pembalasan baik buruk di akhirat. Hanya dengan demikian, keharmonian hakiki akan mampu dikembalikan.
Ringkasannya, termasuk juga dalam erti memakan atau menerima dan mengambil harta secara batil antaranya:-
a.  Menjual sesuatu yang memudaratkan masyarakat seperti menjual ubat dan makanan yang telah tamat tempoh, kesan buruk akibat tercemar atau mempunyai aib tapi disembunyikan,
b.  Upah menjampi yang bercanggah dengan Islam,
c.  Mengadakan kursus motivasi dengan ilmu-ilmu karut dan meragukan seperti sandaran ramal masa hadapan sama ada melalui tarikh lahir, rupa paras dan yang sepertinya,
d.  Menyalahgunakan pekerja sehingga mereka disuruh melakukan tugasan yang tidak dibayar setimpal serta dizalimi dari sebarang kenaikan walau mempunyai merit yang tinggi dan baik.
e.  Mengambil upah hiburan (entertaintment cost) dari syarikat-syarikat sebagai pra-syarat untuk memastikan peluang kontrak dan tender sentiasa baik.
f.   Sengaja dengan niat berhutang dengan niat untuk tidak membayar semula, dan sentiasa beralasan untuk melepaskan diri dari pembayaran semula hutangnya, walau dalam keadaan mampu.
g.  Individu yang tidak termasuk dalam kategori asnaf zakat tetapi menerima wang zakat. Mereka juga adalah pemakan harta secara bathil.
h.  Individu yang mengambil dan menikmati harta waqaf secara peribadi dan menjadikannya sebagai hak miliknya secara tetap. Ini juga ditegah dan termasuk dalam harta bathil.
i.   Memakan dan menyalahgunakan harta anak yatim piatu yang masih kecil.
j.   Hadiah-hadiah yang diberi oleh pelanggan atas alasan kononnya berterima kasih atas kecekapan dan bantuan kita selaku pekerja yang menyiapkan kerja tepat waktunya atau segera. Ia dinamakan wang ‘ghulul’ atau ‘khianat’ oleh Nabi s.a.w.
k.  Mencipta dan menghasilkan filem, novel, penulisan majalah, artikel, kartun, animasi, drama, buku, cerpen dan sepertinya yang meraikan nafsu manusia, bertemakan nafsu dan hiburan bagi meraih keuntungan dari undstri nafsu yang tiada bertepian. Keuntungan yang diperolehi hasil dari hasil 'seni' yang merosakan jatidiri kemanusian, ini tentulah tergolong di dalam harta bathil.
l.   Mencuri dan mengambil kesempatan di atas musibah yang sedang menimpa orang lain, lalu berganda-gandalah dosa mereka.

Akhir sekali nabi mengingatkan kita bersifat unik khususnya di akhir zaman di mana terlalu ramai yang kemaruk wang bathil, sabda Nabi:
“Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya mendengar Nabi Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Seandainya manusia memiliki dua lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah harta) yang ketiga. Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat. “
( Al-Bukhari)

Thursday

Kelebihan Anak Membaca Al-Quran


 Muadz Al-Juhani r.a memberitahu, Rasulullah s.a.w bersabda,
“ Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri?   Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud
                Melalui  keberkatan membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungan, kedua ibu bapa si pembaca akan dipakaikan mahkota kemuliaan yang sinarnya dapat melebihi sinar matahari yang sinarnya di dalam rumah kita. Sedangkan matahari itu letaknya sangat jauh dari tempat kita  tetapi cahayanya sangat terang, apalagi jika matahari itu berada dalam rumah kita, pasti sinaranya luar biasa.
                Sedangkan cahaya mahkota yang di pakaikan kepada ibu bapa si pembaca al-Quran adalah lebih terang lagi. Sekiranya ibu bapanya sudah diberi kemuliaan begitu hebat, sudah semestinya si pembacanya sendiri akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda banyaknya. Orang yang menjadikan perantaraan sahaja akan mendapat martabat yang tinggi, apalagi orang yang menjadi penyebabnya. Kedua-dua ibu bapa si pembaca di beri kemuliaan ini kerana mereka sudah melahirkan dan mendidiknya.
                Penekanan, beradanya matahari di rumah kita’ mempunyai maksud yang sangat mendalam. Kecintaan dan kesenangan kepada sesuatu akan bertambah sekiranya sesuatu itu selalu berada di samping kita. Walaupun matahari letaknya sangat jauh, tetapi ia mendatangkan rasa cinta kepadanya, apalagi sekiranya ia berada hampir dengan kita.
                Sebagai tambahan dalam menerangkan sinar mahkota yang disebutkan dalam hadis di atas, iaitu adanya kecintaan dan kepuasan terhadap mahkota itu. Setiap orang mendapatkan manfaat dari cahaya matahari, tetapi  jika ia dapat memberikan manfaat itu kepada seseorang, sudah tentu hal ini merupakan kebanggaan kepada si pemberinya.
Contoh Yang Di Maksudkan
Wallahu a'lam
                Hakim r.a meriwayatkan sebuah hadis dari Buraidah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
 “ Seseorang yang membaca al-Quran dan beramal dengannya, dia akan dipakaikan mahkota yang diperbuat dari nur dan kedua-duanya ibu bapanya akan diberi pakaian yang lebih berharga daripada dunia dan seisinya. Mereka akan berkata, “ Wahai Allah! Mengapa kami diberi pakaian ini? ’’ Allah menjawab, “ Kerana bacaan al-Quran yang dibaca oleh anakmu.
                Dari Ibnu Abbas r.a memberitahu, suatu ketika Jibril a.s turun lalu memberitahu kepada Rasulullah s.a.w bahawa akan terjadi banyak fitnah. Rasulullah s.a.w bertanya,
“ Apakah jalan keluarnya ( agar selamat darinya, wahai Jibril a.s ? ” Jibril a.s menjawab, “ Kitabullah ( al-Quran yang mulia ).” Hadis riwayat oleh Razin
Beramal dengan apa yang terkandung dalam kitab Allah akan menjaga kita daripada fitnah dan keberkataan daripada membacanya juga adalah suatu cara bagi menghindari maksiat.
Waallahu a’lam

Monday

Lauk Ku Dah Cukup Masin



Saya juga hendak mengatakan cinta 100 hati tidak boleh diberikan sewaktu sedang bercinta. Sewaktu bercinta, hati perlu di reserved kan. Masalahnya, rata-rata orang akan melakukan yang sebaliknya~sewaktu bercinta memberikan 100 hati, tapi setelah berkahwin hanya 50 peratus sahaja hati yang diberikan.
            Apa sudah jadi? Sepatutnya setelah berkahwin 100 hati, semasa bercinta 50 hati, tapi mengapa begitu terbalik?
            Di sinilah silapnya kebanyakan daripada kita. Ketika bercinta, terlalu menyintai, ketika berkahwin berpada-pada pula. Sewaktu bercinta hingga makan tak lalu, tidur tak lena tapi setelah berkahwin berpada-pada hingga bebas rasa empunya. Sewaktu bercinta terlalu menyayangi tapi lepas berkahwin rasa sayang dibatas-batasi.
            Aneh sungguh fenomena ini berlaku. Jika tidak tentulah seorang semakin bahagia setelah sah bergelar suami atau isteri. Saya melihat orang menjadi rosak dengan mudahnya sewaktu bercinta kerana mereka terlalu menyintai, nisbahnya 100 hati (100 percent ). Mudahnya seorang anak dara menyerahkan tubuhnya untuk diratah oleh sang lelaki kerana dia terlalu menyintai dan menyayang. Jika tidak, pasti dia tidak sanggup memberi, sebab risikonya amat tinggi untuk ditanggung sendiri? Kegadisannya telah hilang, mungkin juga hamil. Tidakkah itu memberi impak yang cukup besar dan menakutkan sekali?
            Soalnya mengapa masih berbuat demikian? Sebab terlalu menyintai, terlalu menyayangi dan terlalu kepada segala terlalu.
            Kemudian, cuba lihat situasi satu-satu perkahwinan. Kalaulah masing-masing terlalu menyintai, terlalu menyayangi, apakah mungkin mereka akan bertengkar? Apakah mungkin mereka memenuhkan kehidupan mereka dengan airmata?
            Saya tidak fikir begitu. Tak tahulah kalau ada rumahtangga yang saling menyayangi, nisbahnya 100 percent, tapi hidup ibarat duduk di atas bara api.
            Melalui pemerhatian saya, apabila perempuan menyintai dia akan benar-benar menyintai sedangkan tatkala lelaki bercinta, dia akan reserved kan sebahagian dari hatinya. Entah untuk siapa? Sesetenggah lelaki memang tidak memberikan walau sedikit pun daripada hatinya, tapi disambut dengan sepenuh hati oleh si perempuan. Kalau pun dia ‘bekerja keras’ mungkin ada sesuatu yang ‘ditagih’ dari orang perempuan.
            Apabila saya berkata begini, saya tidak mengatakan semua lelaki. Tidak dinafikan ada lelaki yang amat jujur, ikhlas dan amanah dalam bercinta, namun barangkali jumlahnya sekitar seorang dalam seratus, yang lainnya ke parit.
            Begitulah juga apabila saya berkata begini, saya tidak mengatakan kesemua perempuan. Sesetengah perempuan memang mencurangi cinta dan sengaja mencari peluang untuk memangsakan lelaki. Dia bercinta sekadar untuk berseronok-seronok, seronok dapat di bawa bersiar-siar, seronok dapat ‘di payung’, untuk wang sekadar suka-suka. Tidak kurang juga yang ingin melihat di manakah dirinya di mata lelaki.

            Wanita selalu lebih ramai yang menjadi mangsa cinta. Sebab apa? Sebab mereka terlalu menyintai. Usah ‘ambil pot’ sangat dengan perhatian yang di berikan oleh lelaki, itu biasa. Kalau lelaki memang benar-benar menyintai anda, pecayalah, dia tak akan ‘usik’ anda. Tapi malangnya perempuan dan lelaki sama naik. Kerana apa? Kerana terlalu menyintai.
            Maka, buat sekian kalinya, perhatikanlah pesanan saya, tatkala anda sedang bercinta, cintailah dia seadanya, berbatas-batas, 50 hati dan berikanlah dia hati anda keseluruhannya, 100 peratus, tatkala anda telahpun bergelar suami atau isteri.

            Hidup bukanlah susah sangat kalau kita dapat melihat semuanya sebagai membahagiakan. Kalau nak reserve, set 200 peratus hati. Jadi, kalau berlaku sesuatu, anda masih ada 100 hati lagi untuk diberikan kepada Pengganti.
            Belajarlah dari kesilapan, belajarlah dari pengalaman.
 Wallahualam

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏