Di suatu kawasan perumahan di pinggir bandar.. Ada
satu pasangan kekasih ini nak keluar berdating. Setibanya si pakwe di hadapan
rumah makwenya… maka berlakulah dialog
berikut..
Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah,
saya nak bersiap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama.
Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.
Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus
si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan
dari lamunan itu.
Gadis : Mari, duduk kat kerusi ini.
Teruna : Eh..
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut,
duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar
yang menjadi tabir antara mereka.
Bapa Gadis: Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak
cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya
Bapa Gadis : Oh..
Teruna : ??
Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis
keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut
kering. Si teruna senyum kelat.
Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis: Eh.. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang
kata nanti?
Teruna : (Eh. Malu
ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum)
Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik
sikit.
Bapa Gadis : Boleh takde masalah
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa
ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak
lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak
lelaki
Teruna : (Amboi, ko
melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya
mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami.
Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak
grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si
gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.
Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya
Teruna : (Ehh. Boleh
pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang
sepatutnya didik anak
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (Pulak dah,
gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab
kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah.
Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?
Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih,
bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini,
dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah
kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak
dia baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm..
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu
ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang
bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut
wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.
Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak
reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini
saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik.
Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni
‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke
atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup
bayar.
Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk
serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah
mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis.
Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk
menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan
kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis
perkahwinan.
Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan
dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad
telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung
oleh si suami.
Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan
sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama
perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si
isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali.
Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa
grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa
anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia
saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang
memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.
Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah
dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap
menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si
teruna itu.
Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal
agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa
agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31
dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru
dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak
pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap
tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak
apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik.
Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit
sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin.
Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan
dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia.
Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina.
Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik,
pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi
lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh
bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang,
biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik?
Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu..
Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk
berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak
berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau.
Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina
bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu
yang akan jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool
je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu
nak bagi dia makan
Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah
Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang
bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh
dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas
(rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”
( TQS An Nuur 32).
Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan.
Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya
beri pada dia.
Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni
boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah
disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.
Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung
kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan
kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.
Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap
basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia TAKDE HUDUD, dan kalau untung. Boleh nikah
masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak
kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang
anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu
hahh.
Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak
pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan
orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik.
Saya yang tanggung dosa dia.
InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat
memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda
remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang
telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.
Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang
dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.
Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10
meter dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau
dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan
lembut.
Lantas si teruna memberi salam dan memohon untuk
keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah
dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari
penglihatan bapa si gadis tadi.
Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik
tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna
terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya
yang lepas digenggam erat.
Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat
pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak
beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul
budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor
dia amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..
Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum
apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis..
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku
redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada
padamu.”
“Petang ni takde mood nak keluar, sorry……..
Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”
Islam Itu Indah
Bukan =) ???
Sumber :