Monday

Standard Islam Bagi Masyarakat Maju


Justeru sebuah masyarakat yang bertamadun menurut perspektif Islam, berkepimpinan cemerlang dalam tanggungjawab adalah mereka yang berjaya membentuk rakyat sehingga hatinya bertaut jernih di antara satu dengan lain. Sanggup dan 'ringan tulang', bantu membantu dan harmoni tanpa ada kerakusan untuk mengambil harta orang lain secara salah.
Hanya dengan itu statistik rasuah benar-benar akan berjaya dikurangkan, demikian juga rompakan, pencurian, pecah amanah, penindasan riba dan lain-lain jenayah. Selagi kepimpinan meletakkan sasaran kemajuan hartabenda, kekayaan harta dan material sebagai ‘standard’ atau kayu ukur kejayaan sehingga mengabaikan tugas memulih dan membersihkan jiwa dan hati rakyat, selagi itulah pertambahan manusia rakus akan sentiasa seiringan dengan pembangunan material. Tatkala itu pembangunan material itu akan naik bersama sekumpulan manusia rakus yang memonopoli dan mengambil keuntungan dari pembangunan itu. Keuntungan menjadi tersekat kepada satu kumpulan sahaja, tanpa dapat ia dikongsi oleh masyarakat ramai. Di waktu itu, yang kaya bertambah kaya, yang miskin semakin papa kedana. (Sekularisme).

Kerana itulah Allah swt berfirman ;
“..supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu..” 
(TQS Al-Hasyr : 7)


Namun apabila bab hukum dalam pentadbiran kuasa, ekonomi, perniagaan dan kontrak pertukaran hak pemilikan ini tidak diberikan perhatian wajar, gejala negatif akan meningkat.
Nabi bersabda :
“Tiadalah seorang hamba yang diberikan oleh Allah tanggungjawab kepimpinan, lalu dia tidak menasihati rakyatnya, kecuali tiadalah akan diperolehi bau syurga (sekalipun).”
(Riwayat Al-Bukhari, kitab al-ahkam, no 6731) 

No comments:

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏