Muadz Al-Juhani r.a memberitahu,
Rasulullah s.a.w bersabda,
“ Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka
pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih
terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan
kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri?
Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud
Melalui
keberkatan membaca al-Quran dan
mengamalkan isi kandungan, kedua ibu bapa si pembaca akan dipakaikan mahkota
kemuliaan yang sinarnya dapat melebihi sinar matahari yang sinarnya di dalam
rumah kita. Sedangkan matahari itu letaknya sangat jauh dari tempat kita tetapi cahayanya sangat terang, apalagi jika
matahari itu berada dalam rumah kita, pasti sinaranya luar biasa.
Sedangkan
cahaya mahkota yang di pakaikan kepada ibu bapa si pembaca al-Quran adalah
lebih terang lagi. Sekiranya ibu bapanya sudah diberi kemuliaan begitu hebat,
sudah semestinya si pembacanya sendiri akan mendapat pahala yang berlipat kali
ganda banyaknya. Orang yang menjadikan perantaraan sahaja akan mendapat
martabat yang tinggi, apalagi orang yang menjadi penyebabnya. Kedua-dua ibu
bapa si pembaca di beri kemuliaan ini kerana mereka sudah melahirkan dan mendidiknya.
Penekanan,
beradanya matahari di rumah kita’ mempunyai maksud yang sangat mendalam.
Kecintaan dan kesenangan kepada sesuatu akan bertambah sekiranya sesuatu itu
selalu berada di samping kita. Walaupun matahari letaknya sangat jauh, tetapi
ia mendatangkan rasa cinta kepadanya, apalagi sekiranya ia berada hampir dengan
kita.
Sebagai
tambahan dalam menerangkan sinar mahkota yang disebutkan dalam hadis di atas,
iaitu adanya kecintaan dan kepuasan terhadap mahkota itu. Setiap orang
mendapatkan manfaat dari cahaya matahari, tetapi jika ia dapat memberikan manfaat itu kepada
seseorang, sudah tentu hal ini merupakan kebanggaan kepada si pemberinya.
Contoh Yang Di Maksudkan Wallahu a'lam |
Hakim
r.a meriwayatkan sebuah hadis dari Buraidah r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda,
“ Seseorang yang membaca al-Quran dan beramal dengannya, dia akan dipakaikan mahkota yang diperbuat dari nur dan kedua-duanya ibu bapanya akan diberi pakaian yang lebih berharga daripada dunia dan seisinya. Mereka akan berkata, “ Wahai Allah! Mengapa kami diberi pakaian ini? ’’ Allah menjawab, “ Kerana bacaan al-Quran yang dibaca oleh anakmu.”
“ Seseorang yang membaca al-Quran dan beramal dengannya, dia akan dipakaikan mahkota yang diperbuat dari nur dan kedua-duanya ibu bapanya akan diberi pakaian yang lebih berharga daripada dunia dan seisinya. Mereka akan berkata, “ Wahai Allah! Mengapa kami diberi pakaian ini? ’’ Allah menjawab, “ Kerana bacaan al-Quran yang dibaca oleh anakmu.”
Dari
Ibnu Abbas r.a memberitahu, suatu ketika Jibril a.s turun lalu memberitahu
kepada Rasulullah s.a.w bahawa akan terjadi banyak fitnah. Rasulullah s.a.w
bertanya,
“ Apakah jalan keluarnya ( agar selamat
darinya, wahai Jibril a.s ? ” Jibril a.s menjawab, “ Kitabullah ( al-Quran yang
mulia ).” Hadis riwayat oleh Razin
Beramal dengan
apa yang terkandung dalam kitab Allah akan menjaga kita daripada fitnah dan keberkataan
daripada membacanya juga adalah suatu cara bagi menghindari maksiat.
Waallahu a’lam
No comments:
Post a Comment