Sabda Rasulullah, "Sebesar besar jihad adalah menyampaikan kalimah haq di hadapan
penguasa yang zalim." Usaha usaha ulama terdahulu yang mempertahankan
yang benar dihadapan penguasa zalim sepatutnya menjadi tauladan kepada kita.
Kisah kisah mereka banyak dibukukan untuk pembacaan generasi kita dan akan
datang. Semoga ringkasan contoh contoh ulama mempertahankan kebenaran ini
menjadi tauladan kepada kita.
1. Al Imam Said Bin Musayyab.
Menunaikan
haji sebanyak 40 kali. Tidak pernah ketinggalan
solat berjemaah jika tiada alasan dan selalu di saf hadapan.
Menolak lamaran Amirul Mukminin, Abdul Malik bin Marwan untuk dinikahkan
dengan puteranya Al Walid, kerana tidak
mahu membiarkan anak gadisnya dihiasi
dengan kemewahan dunia yang boleh mengakibatkannya lupa kepada akhirat. Anak
gadisnya dikahwinkan dengan anak muridnya yang kematian isteri dengan mas
kahwin hanya 2 dinar. Tidak menghadiri
majlis membai'tkan putera Al Walid yang
dinobatkan mengganti Amirul Mukminin
Abdul Malik dan pelantikan Sulaiman bin Yasar sebagai Pemimpin Pemerintah bagi
suatu wilayah kekuasaan Amirul Mukminin, kerana tidak mendapat persetujuan dari
masyarakat . Pelantikkan itu terkeluar dari syariat Islam kerana memperkosa hak hak asasi manusia untuk menentukan
orang yang mereka sukai dan cintai. Jadi menurutnya pembai'tan itu dilakukan
secara paksa.
Lalu
Imam Al Said disiksa dengan 50 kali
sebatan dan diarak megelilinggi pasar untuk dipertontonkan. Imam Said sekali
lagi disiksa dengan 60 kali sebatan kerana tidak bersetuju perlantikkan Jahir
Al Aswaad Az Zuhri sebagai wali di sebuah kota, kerana Jahir seorang yang
banyak melakukan kesalahan dan tidak mahir dalam syariat Islam. Imam Said juga dipenjara oleh Jahir. Dibebaskan semula oleh Abdullah bin Zubair. Segala penderitaan ini
dilalui oleh Imam Al Said dengan tabah
dan lebih berani kerana membenarkan apa
yang benar. Beliau meninggal pada tahun
91 H.
No comments:
Post a Comment