Monday

Sejarah Al Imam Ahmad Bin Hambal



Sabda Rasulullah, "Sebesar besar jihad adalah menyampaikan kalimah haq di hadapan penguasa yang zalim." Usaha usaha ulama terdahulu yang mempertahankan yang benar dihadapan penguasa zalim sepatutnya menjadi tauladan kepada kita. Kisah kisah mereka banyak dibukukan untuk pembacaan generasi kita dan akan datang. Semoga ringkasan contoh contoh ulama mempertahankan kebenaran ini menjadi tauladan kepada kita.


Di zaman Imam Ahmad terdapat suatu golongan dipanggil Mu'tazilah yang mana mereka percaya bahawa Al Quran adalah makhluk Allah. Golongan Mu'tazilah ini sangat besar pengaruhnya diperingkat tertinggi pemerintahan. Termasuk Amirul Mukminin Al Ma'mun juga terpengaruh sama. Gologan Mu'tazilah senang mempengaruhi  pihak pengusa kerana mereka begitu rapat dengan penguasa dan mereka tidak pernah menentang apa yang dilakukan oleh penguasa dan pegawai-pegawainya. Dengan ini mereka sangat terpengaruh dan diberi kepercayaan oleh penguasa. Mereka menamakan fahaman ini Aqidah Taqiyah.
            Pendapat ini sangat bertentangan dengan pendapat ulama ulama besar ketika itu termasuk Imam Ahmad .  Kaum Mu'tazilah mempengaruhi penguasa supaya meyebarkan fahaman Aqidah Taqiyah mereka dan mana mana yang menentang  akan dikenakan siksaan. Mereka juga menyiksa dan memenjara ulama ulama yang menentang fahaman mereka. Imam Ahmad juga dipenjarakan. Sahabat Imam Ahmad, Muhammad bin Nuh meninggal didalam penjara akibat disiksa begitu kejam sekali.
            Kematian sahabatnya tidak melemahkan imannya supaya terus menentang Aqidah Taqiyah dan kezaliman pengusa. Beliau menerima sebatan sebanyak 110 kali tetapi tetap berkata Al Quran bukanlah makhluk Allah. Imam Ahmad dibebaskan dari penjara dibawah pimpinan Al Wastiq setelah kematian Al Mu'tashim, ayahnya yang mengambil alih kuasa setelah kematian  Al Ma'mun , juga terpengaruh dengan Mu'tazilah. Pembebasan in kerana atas desakan dari rakyat yang bangun menentang kezaliman penguasa. Imam Ahmad hampir tidak dapat berjalan semasa dibebaskan. Setelah kesihatannya pulih beliau meneruskan aktivitinya sebagai ulama yang tegas dengan fatwanya  dan gurubesar disebuah sekolah. Al Wastiq begitu geram kerana rakyat masih menentangnya walaupun telah membebaskan Imam Ahmad. Beliau mula berbincang dengan gologan Mu'tazilah dan akhirnya mereka mula menangkap dan menghalang sesiapa yang pergi belajar dengan Imam Ahmad.
            Cara ini juga tidak berjaya dan akhirnya Al Wastiq yang telah terpengaruh oleh Mu'tazilah mengenakan tahanan rumah yang mana Imam Ahmad tidak boleh keluar dan menerima  kunjungan dari anak anak muridnya maupun saudara-saudaranya. Pemerintah bertujuan menghapuskan pengaruh Imam Ahmad. Penahanan ini berlaku sehinggalah kematian Al Wastiq. (Dipetik dari buku "Ulama' dan Penguasa" - Abdul Aziz Ismail)

No comments:

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏