Abi Qalabah r.a. menceritakan
tentang mimpinya yang pada suatu malam ia melihat satu kawasan kubur telah terbongkar lalu keluarlah
mayat-mayatnya. Pada setiap mayat terdapat cahaya nur di wajah masing-masing
kecuali satu mayat dari jiran tetanggannya. Bertanya Abi Qalabah, “Kenapa
dengan wajahmu ?” Jawab mayat itu, “Cahaya nur yang terdapat pada wajah
mayat-mayat itu kerana mereka memiliki anak yang soleh dan tidak lupa mendoakan
kesejahteraan buat ibu bapa mereka serta sentiasa melakukan amal jariah.
Aku
ada seorang anak tetapi tidak pernah sekalipun ia mendoakan untukku dan tidak
pernah melakukan amal soleh buatku. Aku amat sedih dala hal ini dan terasa amat
malu dengan jiran-jiranku di sini.” Bila tersedar mimpi Abi Qalabah segera
memanggil anak lelaki ini dan menceritakan segala mimpinya itu. Anak lelaki ini
mengakui akan kebenaran mimpi itu dan mula menyedari akan kesilapan serta
kelalaiannya yang telah ia lakukan selama ini.
Lalu
di depan Abi Qalabah juga ia melafazkan taubatnya dan menginsafi perbuatan lama
serta berjanji akan melakukan amal soleh
dan amal jariah buat ayahnya. Setelah sekian lama masa berlalu, Abi Qalabah
bermimpi lagi dengan mimpi yang sama. Tetapi kali ini ia melihat pada wajah
mayat lelaki itu telah berubah, terdapat cahaya nur pada wajahnya malah lebih
terang dari mayat-mayat lain. Kata lelaki ini, “Wahai Abi Qalabah, Aku patut
berterima kasih padamu dan semoga Allah sahajalah yang dapat membalas
kebaikanmu. Nasihatmu itu telah mententeramkan aku dari malu terhadap jiranku.”
Waallahua’lam
No comments:
Post a Comment