Wednesday

Pedihnya Sakaratul Maut



Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda katanya, “Apabila telah tiba kiamat kelak maka diperintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan sangkakala sebanyak 3 kali. Tiupan pertama sebagai peringatan, tiupan kedua untuk mematikan semua makhluk yang ada di bumi ini dan tiupan ketiga untuk menghidupkan kembali  semua umat, bermula dari umat Nabi Adam hinggalah kepada umat Nabi Muhammad. Setelah semuanya mati maka tinggallah Malaikat Jibril a.s., Mikail a.s, Israfil a.s. dan Hamalatul Arsy.
                Allah lalu memerintahkan Malaikat Maut ( Izrail a.s. ) mencabut semua nyawa malaikatnya. Maka Allah bertanya, “Wahai Izrail ! Siapa yang masih tinggal ?” Jawab Izrail, “Engkau ya Allah, zat yang Maha Hidup dan tidak akan mati untuk selama-lamanya, yang tinggal hanyalah aku seorang, hamba yang lemah dan tak berdaya.” Lalu Allah berfirman, “Wahai Izrail ! Tidakkah engkau tahu, setiap yang bernyawa itu akan merasai mati, Aku jadikan engkau untuk melaksanakan tugasanmu dan kau juga harus mati.”
                Maka pergilah Izrail ke suatu tempat diantara syurga dan neraka ( menurut sebahagian riwayat ) untuk mencabut nyawanya sendiri. Apabila rohnya dicabut maka terjerit terlolonglah Malaikat Izrail seperti orang gila yang tidak keruan. Andaikata masih ada makhluk Allah di muka bumi waktu itu nescaya akan mati semuanya kerana mendengar jeritan yang amat dahsyat. Berkata Malaikat Izrail a.s., “Kalaulah begini kesakitan semasa mencabut nyawa, sudah tentu ketika mencabut roh orang-orang mukmin aku akan cabut dengan cara yang paling lembut sekali.”
Waallahua’lam

No comments:

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏