Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah s.a.w. menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).
Dalam
salah satu riwayat dinyatakan bahawa Abdul-Rahman bin Auf melihat Nabi Muhammad
Saw. sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama sekali, maka
timbullah kebimbangan kepada Abdul-Rahman bin Auf kalau-kalau Rasulullah
saw. dalam keadaan'bahaya', mungkin baginda dipanggil Tuhan secara mendadak.
Dengan segera Abdul-Rahman bin Auf mendatangi Rasulullah saw. untuk mengetahui
keadaan baginda yang sebenarnya.
Sejenak
kemudian Rasulullah saw.mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya
kepada Abdul-Rahman bin Auf : " Ada Apa gerangan, wahai Sahabatku, maka
anda nampak seperti orang yang bingung ?"
Abdul-Rahman
bin Auf menjelaskan kebimbangannya itu, sepertimana yang dinyatakan di atas.
Akhirnya Rasulullah saw.. menyatakan yang
maksudnya : " Bahawasanya Jibril datang kepadaku dan berkata : Sukakah
engkau : Barangsiapa yang mengucapkan salawat ke atas engkau, maka Allah
Swt. akan memberikan salawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam
kepada engkau,maka Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya..Mendengar hal
itu, maka saya (Rasulullah) terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda
bersyukur". (HR Ahmad)
Berdasar ke atas Sunnah Nabi itu, maka
ianya tidak hairanlah apabila para Sahabat sering melakukan sujud
syukur tatkala mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang
menggembirakan. Amalan sujud syukur itu adalah antara
manifestasi untuk menyatakan kesyukuran atau terimakasih
kepada Allah swt.
Tatacara Sujud Syukur
Sujud syukur itu dilakukan secara spontan (seketika)
tatkala mendapat nikmat atau menerima berita menggembirakan.
Adapun
cara mengerjakan sujud syukur itu tidak berbeza sepertiaman sujud
tatkala solat. Hanya syarat-syarat yang diwajibkan dalam mengerjakan solat,
seperti harus mempunyai wuduk (air sembahyang), menghadap qiblat, pakaian yang
bersih daripada najis dan lain-lain, itu semua adalah tidak disyaratkan didalam
sujud syukur.
Juga
tidak disyaratkan untuk dilakukan ditempat-tempat tertentu seperti
masjid/surau, tetapi dibolehkan dilakukan disetiap tempat, asalkan tidak
ditempat-tempat yang kotor, seperti tandas dan lain-lain. Boleh ianya dilakukan
di tepi jalanan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai, di atas kereta
dan sebagainya.
Dalam pada itu, tidak ada bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu. Menurut penjelasan Jumhur Ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan takbir lebih dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bagkit dari sujud dan terus memberi salam. Ada juga sebatengah Ulama yang berpendapat bahawa sujud syuklur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan salam, tetapi ianya cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangkit dan duduk kembali.
Rujukan :
No comments:
Post a Comment