Ali bin Abi
Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin
dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang
Yahudi lalu berkata : “Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu
kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang
tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.”
Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda:”Silakan bertanya.” Berkata orang Yahudi: “Sila
terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh
Allah ke atas umatmu.”
Rahsia
Solat
Sabda Rasullullah S.A.W.: “Sembahyang Zuhur
jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya,
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang
Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S.,maka setiap mukmin
yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu
pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isya'
itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku. Sembahyang
Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit,
terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.”
Pahala
Orang Yang Menunaikan Solat
Setelah orang Yahudi mendengar
penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: “Memang benar apa yang
kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati
oleh orang yang sembahyang.”
Rasullullah S.A.W bersabda: “Jagalah waktu-waktu sembahyang
terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu
nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika
itu akan diharamkan keatasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.” Sabda
Rasullullah S.A.W. lagi: “Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana
Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang
Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.' Setelah itu
Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: “Jagalah waktu-waktu sembahyang
terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu
adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas
mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan
perkenankan.”
Sabda Rasullullah S.A.W.: “ Sembahyang
Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga
pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap
untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan
dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi
sirath.' Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: “ Sembahyang Subuh pula,
seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah,
diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan
dari api neraka.
2. Dibebaskan
dari nifaq.*
Klik Gambar Ini Untuk Besarkannya Selamat Beramal |
Puasa
30 Hari?
Setelah
orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W.maka mereka berkata: “Memang
benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula
kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas
umatmu?”.
Sabda Rasullullah S.A.W.: “Ketika Nabi Adam memakan buah pohon
yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S.selama 30
hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S.berlapar
selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah
S.W.T. kepada makhlukNya.”
Ganjaran
Berpuasa
Kata orang Yahudi:
“Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan
kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.”
Sabda Rasullullah S.A.W.: “Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan
Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T.
tujuh perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang
tumbuh dari badannya (daging yang
tumbuh dengan makanan yang haram)
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan)
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T.
pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'
Kelebihan
Para-Para Nabi
Kata orang Yahudi: “Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.” Sabda Rasullullah
S.A.W.: “Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya,
tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada
umat saya di hari kiamat).”
Kata orang
Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan
ucapan Asyhadu Alla Ilaha Illallah, Wa
Asyhadu Anna Muhammad Rasulullah (Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali
Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh Allah).”
Firman Allah
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan
kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan
buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar.”
orang-orang yang sabar.”
(TQS Al-Baqarah : 155)