Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah
bersabda tentang Nabi Isa: “Beliau akan turun berdekatan dengan menara
putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya
terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya
menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya
seperti untaian mutiara.”
Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di
Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu
fajar. Ibnu Katsir ada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang
dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi,
iaitu di sebelah timur Damsyik.”
Menara tersebut telah diperbaiki pada
zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari
harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid
tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: “Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya
ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang
yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami.
Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk mengenalinya
orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang
kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak
basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali
Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di
tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta
berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan
kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit
mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi
Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”
Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi
sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran
agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa
dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada
Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan
oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi,
sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.
Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah.
Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau
diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin
Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk
menguatkan agama Islam,
Ummu Syuraik bertanya kepaad
Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: “Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab
ketika itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Jumlah mereka pada waktu itu terlalu
sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki
soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).
“Ketika Imam mereka sudah berdiri di
depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu
mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu
tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah,
sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.” Maka sembahyanglah mereka semua di
belakang Imam tadi.
“Selesai solat, Isa a.s berkata
kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu,
tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi
lengkap membawa senjata.
“Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu,
Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal
itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus
saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa
membunuh Dajal itu.
“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu
itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka
bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda
dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang
Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan
memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi),
jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini
ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Dajal akan berada di dunia selama empat
puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu
bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa
sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada
zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.”
Mendengar yang demikian ada yang bertanya: “Bagaimana kami mengerjakan
solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w
menjawab: “Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang
sekarang ini.”
Rasulullah s.a.w berkata: “Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan
bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini
dan akan membunuh semua babi. Beliau
juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu
membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang
berhak menerimanya.
“Pada hari itu semua makhluk dalam
keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi
dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang
bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga
kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh
kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada
pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.
“Orang Arab ketika itu nanti akan
merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan
tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah
anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.”
Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya
hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak
hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan
oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu akan memerangi orang-orang
Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka
bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi,
bunuhlah dia.”
Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah
kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan
makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima
zakat.
Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sudah hampir
masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan
membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai
kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud
kepada Allah Tuhan sekalian alam.”
Kisah Israk mikraj
Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas’ud, dari Rasulullah s.a.w: “Pada
malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa
a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada
Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab: “Tidak ada pengetahuanku tentang hari
kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa.” Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau
juga hanya menjawab: “Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan
kepada Isa.”
“Mereka tanyakan kepada Isa kemudian
beliau berkata: “Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali
Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di
tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia
pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan
membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok
kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir
bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.”
Kata Nabi Isa lagi: “Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang
muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula
Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru.
Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj
itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka.
Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis
makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan
tasik semua habis mereka minum.”
Tambah beliau lagi: “Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat
ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya
dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati
semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan
Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau
bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu
hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.”
Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda: “Belum
terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji
dan umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan
Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan
untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah
mengerjakan haji.”
Sebelum ini sudah diterangkan
riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin
dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim,
dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun.
Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir
kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat
ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun
lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin
dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun.
Wallahu A'lam.
Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih,
Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT
memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam
hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin
Ka’ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti
dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di
Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan
berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.
Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan
kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi
Isa merupakan kuburan yang keempat.
Wallahu a’lam
Dipetik Dari Buku: Menunggu Kedatangan
Imam Mahdi, Dajjal & Nabi Isa.
Pengarang: Abdul Latif Asyur.
No comments:
Post a Comment