Wednesday

Kebesaran Solat Sunat 2 Rakaat



Dari Rasulullah s.a.w. menceritakan bersabda, “Setelah Allah selesai menciptakan Jibril a.s. dalam bentuk yang cantik dan bersamanya juga dengan 600 sayap yang panjangnya dari Timur ke Barat, maka bertanyalah Jibril a.s. kepada Allah, “Adakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik dari aku? “ Firman Allah, “Tidak.” Lalu Jibril a.s. bangun untuk solat sunnat 2 rakaat kerana bersyukur kepada Allah. Setiap rakaat lamanya 20,000 tahun.
                Bila Jibril selesai solat Allah pun berfirman, “Engkau telah menyembah Aku dengan bersungguh-sungguh dan tiada siapa yang pernah menyembah Aku sepertimu itu tetapi aka nada seorang nabi yang mulia akhir zaman nanti namanya “Muhammad”. Umatnya sering melakukan dosa tetapi jika mereka mengerjakan solat sunat 2 rakaat maka demi keagonganKu solat mereka itu lebih aku sukai dari solatmu. Mereka menunaikan solat di atas perintahKu sedangkan solatmu itu bukanlah dari perintahKu.” Jibril a.s. bertanya lagi, “Apakah yang telah Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai balasannya? “Firman Allah, “Aku berikan mereka Syurga Ma’wa.”
                Lalu jibril meminta izin dari Allah untuk pergi melihat syurga itu. Setelah diizinkan ia pun pergi dengan mengembangkan sayap yang besar dan menempuh perjalanan selama 300 tahun. Setelah penat Jibril pun rehat untuk seketika lalu bertanya kepada Allah, “Apakah aku sudah sampai separuh jalan atau sepertiga atau seperempat? “Firman Allah, “Wahai Jibril ! Jika engkau selama 3000 tahun lagi pun engkau tidak akan sampai pada 1/10, itulah syurga Ma’wa yang Aku sediakan untuk Umat Muhammad yang mengerjakan solat sunat dua rakaat.”
Waallahua’lam

No comments:

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏