Friday

Peringkat-Peringkat Hiburan


Berhibur dan menghibur itu tidak salah.Yang salah itu kalau kita tersalah dalam memilih hiburan dan tersilap dalam memberi hiburan.....

Secara kasarnya, hiburan dapat dibahagi kepada empat peringkat:


1. Hiburan yang melalaikan .
Hiburan yang muatan isinya sangat melalaikan, lupa dengan Tuhan, lupa akhirat tidak kira halal dan haram.

 


2. Hiburan orang biasa/ awamul muslimin
Hiburan yang mengandungi zikir, selawat dan lain-lain. Contoh hiburan ini di antaranya nasyid, selawat dan lain-lain.

 


3. Hiburan orang-orang soleh
Orang soleh hatinya akan terhibur dengan melihat keindahan alam ciptaan Tuhan, melihat gunung, bukit-bukit, lautan dan sebagainya sehingga terasa dalam hatinya kuasa dan hebatnya Tuhan.

 
4. Hiburan para nabi, para rasul dan para kekasih Allah
Hiburan ini adalah hiburan sejati tingkat tinggi, mereka merasa sangat terhibur dengan ujian dari Allah, kerana ujian adalah sebagai tanda perhatian dan kasih sayang Allah serta peningkatan darjat . Bahkan apabila Allah tidak mendatangkan ujian, mereka rasa menderita, takut kalau-kalau Allah sudah tidak memberikan kasih sayang dan perhatian-Nya lagi.

" Hiburan yang mendidik manusia membawa kepada cinta dan takutkan Tuhan. Ianya selamat lagi menyelamatkan serta kesannya berkekalan. Merupakan makanan yang berkhasiat dan berzat, cukup dengan segala vitamin untuk keperluan pembentukan dan pembangunan jiwa, mental dan fizikal manusia, juga berupaya menjadi racun membunuh nafsu yang merosakkan. Hasilnya akan terbinalah peribadi agung yang kuat jiwanya, tinggi akhlaknya, tajam mindanya, menjadikan tamadun ilmu sebagai budaya serta mampu mencorak dan melahirkan bangsa baru yang gemilang, cemerlang dan terbilang. "
Islam Tamadun Yang Berjaya

No comments:

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏