Thursday

Doa Rabitah



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ، قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَت عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ.

فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ.

إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْر،ِ اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ.

Terjemahan:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya."

http://kautharhilmyz.iluvislam.com/2011/06/doa-rabitah/

Tuesday

Kepentingan Ilmu Tasawuf


Dari Ustaz Azhar Idrus

Ilmu Tasawwuf merupakan salah satu cabang ilmu-ilmu islam selain daripada ilmu akidah dan juga ilmu syariat(fiqh). Ia merupakan suatu ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap muslim demi kesempurnaan sesuatu ibadah yang dilakukan. Oleh itu, ilmu tasawwuf ini harus difahami berlandaskan tuntutan Al-Quran dan Sunnah, agar kita tidak tergelincir menjadi kaum yang memahami secara melampau berkaitan ilmu tasawwuf ini seperti ada orang yang mendalaminya supaya mendapat kelebihan kelebihan tertentu seperti kebal, dapat terbang di udara, berjalan di atas air dan
sebagainya. Kita tidak menolak karamah yang diberikan Allah, tetapi janganlah karamah itu yg menjadi tujuan utama.

Di dalam kesempatan ini, marilah kita sama sama meneliti beberapa kepentingan dan tujuan tujuan mendalami ilmu tasawwuf. Antara kepentingan dan tujuan mendalami ilmu tasawwuf adalah :

1. Agar ummat islam dapat menjalani hidup dengan baik dan seimbang selaras dengan identiti mereka yang difirmankan Allah Taala (maksud): "dan demikianlah kami telah menjadikan kamu satu ummat pertengahan"(143:Al Baqarah).

Ummat pertengahan adalah ummat yang bersikap sederhana dalam urusan kehidupan,tidak terlebih dan tidak terkurang. Mereka dapat mengimbangi antara urusan dunia dan urusan akhirat. Mereka mengambil kedua-duanya tetapi mereka mengutamakan akhirat kerana akhirat itu "khairun wa abqo". Mereka tidak mengabaikan dunia, malah menjadikan dunia sebagai "mazraa'tul akhirat".

Mereka sedar jika mereka tidak menguasai dunia nescaya ianya akan dikuasai oleh ummat lain yang akan mengancam keselamatan ummat islam dan keutuhan syariat islam itu sendiri.Sebagaimana yang dapat kita lihat pada hari ini,kuasa kuffar laknatullah sedang menggayang daging ummat islam seluruh dunia terutama di palestin, iraq, afghanistan dan sebagainya.

2. Agar ummat islam bukan hanya ummat yang berdoa semata mata kepada Allah tanpa adanya usaha yang bersunguh sungguh. Mereka tidak semata mata berdoa tetapi mereka terus berusaha kerana mereka faham maksud firman Allah Taala ( maksud): "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang berusaha mengubahnya"(11:ArRa'd). 

Mereka juga faham apa yang dilarang oleh Saidina Umar r.a "janganlah seseorang daripada kamu duduk tanpa berusaha mencari rezeki sambil berdoa"Ya Allah, kurniakan rezeki kepadaku" maka sesungguhnya kamu mengetahui bahawa langit tidak menurunkan hujan emas dan perak".

3. Agar kita memahami dan mengerti tentang pengertian ibadah itu sendiri dalam lingkungan yang luas.Mereka memahami ibadat itu sebagaimana yang tersebut dalam hadis nabi s.a.w daripada Abi said Al khudri, sabda nabi (maksud) "peniaga yang benar sifatnya lagi amanah adalah bersama sama para nabi,para siddiqin dan para syuhada'" (riwayat attirmizi).

Dr. Yusuf Al Qardawi dalam bukunya " Al Ibadah Fi Islam" telah memetik apa yang ditulis oleh Syaikh Islam ibnu Taimiah dalah risalahnya "Al Ubudiah", katanya "ibadah adalah satu nama yang merangkumi bagi semua perkara yang dikasihi dan diredhai Allah daripada perkataan-perkatan dan perbuatan-perbuatan, batinnya dan zahirnya, sembahyang,zakat,puasa,haji,bercakap benar,menunaikan amanah,berbuat baik pada ibubapa, menghubung silaturrahim,setia pada janji, menyuruh berbuat baik, baik pada jiran tetangga, anak yatim,orang musafir, orang miskin, hamba sahaya dan binatang,berdoa,berzikir,membaca dan seumpamanya itu adalah ibadah.

Begitu juga cintakan Allah dan rasulNya, takutkan Allah, kembali kepadaNya, ikhlas beragama kepada Allah, sabar terhadap hukumanNya, syukur atas nikmatNya, redha dengan qada'Nya, bertawakkal padaNya, berharap pada rahmatNya, takut pada azabNya dan seumpama itu adalah beribadah kepada Allah."

4. Memahami benar-benar pengertian sebenar zuhud, uzlah dan tawakkal. Dengan itu tidak menjadikan mereka lemah, tidak menjadikan mereka miskin dan makan bantuan orang lain, tidak menjadikan meraka jahil bebal dan mereka tidak dikuasai oleh orang kafir tetapi mereka menguasai orang kafir. Mereka sanggup berkorban bukan dikorbankan sebagaimana yang berlaku pada ummat islam hari ini.

5. Dengan kefahaman yang benar terhadap tasawwuf ini berlandaskan Al Quran, Sunnah dan sirah rasul dan disusuli dengan penghayatan, meletakkan ummat islam sebagai sebaik baik ummat. Dan pada ketika itu, ummat umat lain akan tertarik dan terpesona dengan "khairun ummat" ini dan seterusnya akan berlakulah apa yang difirmankan Allah Taala (maksud) "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, kamu melihat manusia masuk ke dalam agama Allah beramai-ramai"
(1-2 : An Nasr).

Sebagai kesimpulannya, kemunduran ummat islam tidak boleh dipersalahkan kepada ulama' ulama' tasawwuf, mereka menekankan agar manusia bencikan dunia kerana mereka bimbang bila manusia memiliki dunia, mereka akan lupa daratan.Berkata Sayid Ahmad Al Badawi "orang boleh kaya dunia tetapi nabi s.a.w melarang kita cintakan dunia, seperti nabi Sulaiman a.s. dan para sahabat r.a yang kaya, kita harus menundukkan dunia, dunia tidak boleh diletak di dalam hati".

Mereka ( ulama' tasawwuf) mendesak agar beruzlah kerana bimbang terhadap mereka yang rapuh imannya, yang tiada ketahanan jiwa dan kurang takwa, kemungkinan akan terpengaruh dengan masyarakat yang sudah rosak tamadunnya. Mereka bertindak demikian untuk menyelamatkan mereka yang lemah agar tidak musnah.

Oleh itu, untuk memiliki dunia, setiap orang islam mesti mempunyai ilmu, iman yang kuat, takwa, kesabaran, ketahanan, keikhlasan dan kesedaran betapa pentingnya akhirat berbanding dunia. Dunia hanya batu loncatan sahaja untuk ke akhirat.

Wassalam.

10 Surah Dapat Menghalang Daripada 10 Ujian Besar Allah


            

            1- Surah Al-Fatihah :
            Dapat memadam kemurkaan Allah SWT.


            2- Surah Yasin :
             Dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.


            3- Surah Dukhan :
            Dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.


            4- Surah Al-Waqiah :
            Dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.


            5- Surah Al-Mulk :
            Dapat meringankan azab di dalam kubur.


            6- Surah Al-Kauthar :
            Dapat merelaikan segala perbalahan.


            7- Surah Al-Kafirun :
            Dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.


            8- Surah Al-Ikhlas :
            Dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.


            9- Surah Al-Falq :
            Dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.


            10- Surah An-Nas :
            Dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

  Wallahualam

 

Monday

Lauk Ku Dah Cukup Masin



Saya juga hendak mengatakan cinta 100 hati tidak boleh diberikan sewaktu sedang bercinta. Sewaktu bercinta, hati perlu di reserved kan. Masalahnya, rata-rata orang akan melakukan yang sebaliknya~sewaktu bercinta memberikan 100 hati, tapi setelah berkahwin hanya 50 peratus sahaja hati yang diberikan.
            Apa sudah jadi? Sepatutnya setelah berkahwin 100 hati, semasa bercinta 50 hati, tapi mengapa begitu terbalik?
            Di sinilah silapnya kebanyakan daripada kita. Ketika bercinta, terlalu menyintai, ketika berkahwin berpada-pada pula. Sewaktu bercinta hingga makan tak lalu, tidur tak lena tapi setelah berkahwin berpada-pada hingga bebas rasa empunya. Sewaktu bercinta terlalu menyayangi tapi lepas berkahwin rasa sayang dibatas-batasi.
            Aneh sungguh fenomena ini berlaku. Jika tidak tentulah seorang semakin bahagia setelah sah bergelar suami atau isteri. Saya melihat orang menjadi rosak dengan mudahnya sewaktu bercinta kerana mereka terlalu menyintai, nisbahnya 100 hati (100 percent ). Mudahnya seorang anak dara menyerahkan tubuhnya untuk diratah oleh sang lelaki kerana dia terlalu menyintai dan menyayang. Jika tidak, pasti dia tidak sanggup memberi, sebab risikonya amat tinggi untuk ditanggung sendiri? Kegadisannya telah hilang, mungkin juga hamil. Tidakkah itu memberi impak yang cukup besar dan menakutkan sekali?
            Soalnya mengapa masih berbuat demikian? Sebab terlalu menyintai, terlalu menyayangi dan terlalu kepada segala terlalu.
            Kemudian, cuba lihat situasi satu-satu perkahwinan. Kalaulah masing-masing terlalu menyintai, terlalu menyayangi, apakah mungkin mereka akan bertengkar? Apakah mungkin mereka memenuhkan kehidupan mereka dengan airmata?
            Saya tidak fikir begitu. Tak tahulah kalau ada rumahtangga yang saling menyayangi, nisbahnya 100 percent, tapi hidup ibarat duduk di atas bara api.
            Melalui pemerhatian saya, apabila perempuan menyintai dia akan benar-benar menyintai sedangkan tatkala lelaki bercinta, dia akan reserved kan sebahagian dari hatinya. Entah untuk siapa? Sesetenggah lelaki memang tidak memberikan walau sedikit pun daripada hatinya, tapi disambut dengan sepenuh hati oleh si perempuan. Kalau pun dia ‘bekerja keras’ mungkin ada sesuatu yang ‘ditagih’ dari orang perempuan.
            Apabila saya berkata begini, saya tidak mengatakan semua lelaki. Tidak dinafikan ada lelaki yang amat jujur, ikhlas dan amanah dalam bercinta, namun barangkali jumlahnya sekitar seorang dalam seratus, yang lainnya ke parit.
            Begitulah juga apabila saya berkata begini, saya tidak mengatakan kesemua perempuan. Sesetengah perempuan memang mencurangi cinta dan sengaja mencari peluang untuk memangsakan lelaki. Dia bercinta sekadar untuk berseronok-seronok, seronok dapat di bawa bersiar-siar, seronok dapat ‘di payung’, untuk wang sekadar suka-suka. Tidak kurang juga yang ingin melihat di manakah dirinya di mata lelaki.

            Wanita selalu lebih ramai yang menjadi mangsa cinta. Sebab apa? Sebab mereka terlalu menyintai. Usah ‘ambil pot’ sangat dengan perhatian yang di berikan oleh lelaki, itu biasa. Kalau lelaki memang benar-benar menyintai anda, pecayalah, dia tak akan ‘usik’ anda. Tapi malangnya perempuan dan lelaki sama naik. Kerana apa? Kerana terlalu menyintai.
            Maka, buat sekian kalinya, perhatikanlah pesanan saya, tatkala anda sedang bercinta, cintailah dia seadanya, berbatas-batas, 50 hati dan berikanlah dia hati anda keseluruhannya, 100 peratus, tatkala anda telahpun bergelar suami atau isteri.

            Hidup bukanlah susah sangat kalau kita dapat melihat semuanya sebagai membahagiakan. Kalau nak reserve, set 200 peratus hati. Jadi, kalau berlaku sesuatu, anda masih ada 100 hati lagi untuk diberikan kepada Pengganti.
            Belajarlah dari kesilapan, belajarlah dari pengalaman.
 Wallahualam

Jangan Buka !!!

Daulah Islam

Daulah Islam

Singgah Sana

(Jom Buka) Realiti Umat Islam Zaman Sekarang‬‏